Selebriti Amerika Syarikat, Aaron Carter,29 mengejutkan peminat selepas mengaku dirinya adalah seorang biseksual.
Pengumuman tersebut dibuat melalui laman sosialnya senditi dan sehari selepas itu dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan teman wanitanya, Madison Parker.
Pihak pengurusan penyanyi tersebut memberitahu, keputusan untuk berpisah itu dibuat secara bersama namun akan kekal sebagai kawan baik.
Foto: Daily Mail
"Aaron dan Madison saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain dan keputusan ini dibuat secara bersama," kata sumber pada majalah People.
Adik kepada salah seorang anggota kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki sebelum ini.
Foto: Daily Mail
"Ketika saya berusia 13 tahun, saya mula tertarik pada lelaki dan wanita. Pada usia 17 tahun, selepas beberapa perhubungan dengan perempuan, saya pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki yang saya membesar dan bekerja bersama dia," katanya.
Aaron menganggap pengakuan tersebut bukan sesuatu yang memalukan tapi sebaliknya berasa lega kerana dapat berterus terang.-CARI