KUALA LUMPUR 6 Okt. - Aktor Bront Palarae, 39, menzahirkan rasa syukurnya apabila penglibatan dalam filem terbitan Indonesia, Pengabdi Setan diterima baik oleh penduduk republik berkenaan.
Bukan itu sahaja, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin turut digelar ‘hot daddy’ oleh warga tempatan yang telah menonton naskhah arahan Joko Anwar itu.
Dia ketika dihubungi Utusan Online memberitahu, respons positif tersebut amat menggembirakan dan menyenangkan hatinya. “Saya hanya mampu bersyukur atas setiap pujian yang disuarakan mereka. Orang suka sentiasa lebih baik daripada orang yang menyampah dengan kita,” katanya ringkas.Terdahulu, di laman sosial terutama dalam Twitter, penonton memuji penampilan Bront yang disifatkan seorang yang kacak, malah ada yang terganggu dengan kekacakannya. Bahkan menerusi tanda pagar #pengabdibapak, terdapat segelintir daripada mereka menonton filem berkenaan berulang kali semata-mata untuk melihat sosok anak kelahiran Alor Star, Kedah itu. Pengabdi Setan yang ditayangkan di Indonesia dan Malaysia adalah sebuah filem seram, mengisahkan watak Bapak lakonan Bront yang telah kematian isteri, namun kelibat wanita berkenaan kembali untuk melawat anak mereka. - UTUSAN ONLINE
Nampaknya our award winning actor (pelakon terbaik dianugerah skrin 2010, 2014 dan ffm 2010) kini menjadi sebutan dan kegilaan peminat indonesia. Tak sia2 lah bront berulang alik kl jakarta shooting filem pengabdi setan yg melonjakkan namanya di sana. Yg lebih menarik lagi filem pengabdi setan ini mendapat 13 pencalonan dalam Festival Filem Indonesia uolllsss. Walaupun nama bront sendiri tidak tercalon, tetapi as one of the main cast, berita ini pasti sesuatu yg membanggakan. Selain mendapat rating yg tinggi di imdb, filem ini juga antara plg tinggi jumlah penonton of all time. untuk penonton di tanah air Pengabdi Setan akan ditayangkan di sini mulai 23 November ni. Dengarnya akan ditayangkan di US dan europe... wahh kalau betul la, ini suatu pencapaian yg hebat buat bront. semoga bront terus sukses dgn projek2 akan datang!
|