CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5016|Reply: 40

Imam Tanam Pistol Lepas Bertengkar Dengan Isteri Kerana Pokok Rambutan

  [Copy link]
Post time 28-1-2019 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Seorang imam mengaku melepaskan tembakan ketika bertengkar dengan isterinya berhubung pokok rambutan di rumah mereka pada 24 Januari lalu.


Memetik Sinar Harian, Sulaiman Abdul Rahman, 61, yang sebelum ini menafikan ada memiliki sepucuk pistol atau melepaskan tembakan mengaku menanam pistol jenis revolver itu di belakang sebuah rumah di Pulau Indah, Selangor.




Kredit foto: Kosmo!




Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, suspek yang juga pesara polis menukar pengakuan selepas disoal siasat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D6A Bukit Aman pada Sabtu.

"ada mulanya, suspek mendakwa telah membuang pistol dan peluru yang disimpan di dalam kotak aluminium warna hitam ke dalam sungai di belakang Masjid Kampung Bukit Kadir.

"Setelah itu, kita membuat serbuan di rumah suspek dan membuat rampasan satu sarung pistol PDRM dan 90 butir peluru shotgun disorokkan di dalam stor kayu hadapan rumahnya," katanya.


Tambah Mohd Nor, suspek tiba-tiba menukar pengakuan dan menafikan membuang senjata itu ke dalam sungai ketika polis memulakan perjalanan ke lokasi sungai berkenaan.

"Suspek mengaku bahawa kesemua peluru disorok dalam sampul surat atas almari kanopi belakang rumah dan pistol berkenaan ditanam di sebuah kawasan di Pulau Indah," katanya.




Kredit foto: Sinar Harian




Polis kemudian menemui tujuh butir peluru Winchester 38 Special, sebutir peluru 38 SPL, sebutir peluru SME, sepucuk Revolver, satu kabinet besi berlaci bertulis UKK Dangi dan dua tong besi bekas peluru.


Media sebelum ini melaporkan, pada Khamis lalu suspek menumbuk muka, menarik rambut dan menendang isterinya serta melepaskan tembakan ke arah udara selepas berang kerana mangsa memajak pokok rambutan kepada orang kampung.


Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 11:11 AM | Show all posts

Mohon Makcik Minte Cerai

Jangan kangkang lagi kat pokcik ye mokcik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:14 AM | Show all posts
imam? haaaaa... baru best nak tunggu komen
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:34 AM | Show all posts
bini imam dah filekan cerai belom? pak imam pun gigih berpistol bagai. penunggang unta betoi
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:55 AM | Show all posts
pajak pokok tu mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 12:12 PM | Show all posts
rosasen replied at 28-1-2019 11:55 AM
pajak pokok tu mcm mana?

Orang yang bayar tu boleh ambil buah kat pokok tu..agaknya buah rambutan pokok tu sedap sangat kot..ataupun banyak pokok rambutan yang dipajak..tu pokcik maroh...pakcik nak makan kena kena beli kat luar pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2019 12:33 PM | Show all posts
kompom...thread ini akan meriah....



harhahahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat menunggang imam haprak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik malaysia tak legalize firearms. Belum legalize pun dah ada yg pandai seludup sorok2 malah guna untuk mengugut isteri sendiri pula. Ramai orang panas baran dan mental di malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap lepaskan tembakan lagi lain macam dia punya marah... tua2 pun gigih pukul bini...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 01:28 PM | Show all posts
aku rasa org sekarang dah ramai senang sgt hilang pedoman..

marah minik sikit main tembak je..

x kira la ko imam ke.. lebai ke.. hatta org yg bese2.. semua senang benor nak temper tak tentu pasal...

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 01:34 PM | Show all posts
■ LAPORAN SEBELUM INI ■

Imam didakwa pukul isteri kerana pajak pokok rambutan

SEREMBAN 26 Jan. - Gara-gara dua batang pokok rambutan, seorang imam ditahan polis kerana disyaki memukul isterinya hingga cedera dan melepaskan satu das tembakan menggunakan sepucuk pistol di Kampung Bukit Kadir di Nilai, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, suspek yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah didakwa berang dengan tindakan isterinya memajakkan pokok rambutan itu yang telah berbuah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, suspek yang bersara pada 2015 dan berkhidmat sebagai Imam 2 di Masjid Kampung Bukit Kadir ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Januari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

"Isteri suspek berusia 58 tahun mendakwa suaminya tidak berpuas hati dengan tindakannya memajak pokok rambutan itu kepada orang kampung. Dia mendakwa ditumbuk di bahagian muka, rambutnya ditarik dan ditendang oleh lelaki itu.

"Wanita itu turut mendakwa suaminya memegang sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke udara. Suaminya kemudian mengambil parang dan mahu menyerangnya, tetapi dapat dihalang oleh salah seorang anak lelaki mereka," katanya di sini hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, suspek bagaimanapun tidak mengaku melepaskan tembakan dalam kejadian tersebut dan memiliki senjata api apabila disoal siasat oleh polis.

"Pemeriksaan polis di halaman rumah iaitu lokasi suspek didakwa melepaskan tembakan tidak menemukan kelongsong peluru, namun siasatan masih berjalan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 01:35 PM | Show all posts

Imam tanam pistol di Selangor selepas berselisih faham dengan isteri

NILAI - Polis berjaya menemui sepucuk pistol jenis Revolver yang dipercayai digunakan oleh seorang imam di Masjid Kampung Bukit Kadir dekat sini semasa berselisih faham dengan isterinya berhubung dua batang pokok rambutan di rumah mereka pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, suspek yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah menanam pistol itu di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Selangor.

"Suspek yang ditahan pada hari kejadian pada mulanya menafikan ada memiliki atau melepaskan tembakan. Dia mengaku hanya memukul isterinya. Bagaimanapun pada 26 Januari lalu suspek mengaku ada menyimpan pistol Revolver dan melepaskan tembakan semasa kejadian.

"Pada mulanya suspek mendakwa dia membuang pistol itu ke dalam sungai yang terletak di belakang Masjid Kampung Bukit Kadir. Dia kemudian mengubah pengakuan pistol itu ditanam di Pulau Indah semasa mahu dibawa ke sungai itu semalam," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Semalam akhbar Kosmo! melaporkan seorang imam berusia 63 tahun ditahan polis kerana disyaki memukul isterinya sebelum melepaskan satu das tembakan menggunakan sepucuk pistol gara-gara berselisih faham dengan isterinya itu berhubung dua batang pokok rambutan di rumah mereka di Kampung Bukit Kadir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, suspek bertindak demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya memajak pokok rambutan berkenaan yang telah berbuah kepada penduduk kampung.

Suspek yang bersara pada tahun 2015 dan berkhidmat sebagai Imam 2 di Masjid Kampung Bukit Kadir ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Januari ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Mohd. Nor Marzukee berkata, polis menemui pistol itu di tanam di sebuah kawasan di Kampung Sungai Pinang semalam dan turut menemui beberapa butir peluru disorokkan dalam sampul surat atas rak besi di belakang rumahnya di Kampung Bukit Kadir.

Menurut beliau, polis turut merampas satu gari polis di sorok di bahagian tempat duduk penumpang hadapan kereta suspek, satu sarung pistol dan 90 butir peluru shortgun yang disorok dalam stor kayu di hadapan rumah suspek sepanjang siasatan kes tersebut berjalan. - K! ONLINE

ZULKIFLI MANZOR
28 Januari 2019 8:27 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:09 PM | Show all posts
abas8888 replied at 28-1-2019 12:12 PM
Orang yang bayar tu boleh ambil buah kat pokok tu..agaknya buah rambutan pokok tu sedap sangat kot ...

lorh..itu pn nk marah ke.. dpt hasil ape..pokcik2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baran benor pokcik
Tak mustahil sblum pencen dulu asal gaduh ngn bini jek acu pestol
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:06 PM | Show all posts
yang gi pajak pokok rambutan tu kenapa?
tak cukup duit ke camna?

ke memang saja2 cari alasan suruh imam aka polis pencen tu ngamuk?

donia2...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 03:09 PM | Show all posts
ko dah kenapa mam oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pajak pokok moktan  tu, makcik mkn duit sorang ke, xnak share ke pakcik?
Tu yg marah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambutan pon sanggup belasah bini. Bukannya habis makan pon kalau simpan. Kalau habis, kena diabetes.
Mesti masa muda ex polis ni selalu ugutdan belasah bini. Lelaki dayusssss.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kat kpg aku rambutan tak laku. semua rumah ada 2-3 pokok berbuah serentak siapa nak makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197508 Replies : 4564
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4536 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.492135 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list