CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Perlu ada kempen oleh media dan civil society agar semua menteri yg fake degree

  [Copy link]
 Author| Post time 17-2-2019 08:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 08:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 08:57 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 09:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 09:18 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 09:34 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 09:35 AM

tengok kelakuan zuraida dlm video nih, bangganya dia setelah anwar gah announce pencapaian education " fake degree " nya tu ......memperlihatkan zuraida nih adalah seorang habitual liar yg bangga dgn pembohongan yg dia buat. She has no integrity whatsoever. She will lie to cover up her lies , nonstop.




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2019 09:41 AM | Show all posts
To think that rakyat marhein tu semua makan gaji ala kadar je bertungkus lumus cari duit siang malam diperolehi dgn belajar bersengkang mata mencari ilmu utk bayar tax bagi memewahkan hidup habitual liar mcm zuraida tu dgn gaji dan elaun tinggi nak mampusss hingga hidup mcm puteri raja senangnya.... ish ish ish zalim dan tarak rasa peri kemanusiaannya kerajaan PH nih mengutamakan penipu bersiri gitu.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 10:40 AM | Show all posts
penal code utk segala maknenek penipuan.
Seksyen 415 membabitkan harta di beri kepada penipu dan seksyen 417 tanpa involve pemberian pepe pung sekadar tipu dah cukup boleh di dakwa under seksyen nih.



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

ARKIB : 19/04/2007

Mengesan jenayah penipuan


GEJALA penipuan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Antaranya cabutan hadiah bertuah dengan ‘menggoda’ orang ramai membeli sesuatu barang, gores dan menang atau teka dan menang.
Banyak lagi gimik yang digunakan di pasaran bagi mengumpan orang awam untuk ‘menghulurkan’ wang ringgit dan harta-harta lain yang berharga seperti barang kemas dengan cara menipu.
Menurut Statistik Jenayah Indeks, Polis Di Raja Malaysia kesalahan penipuan termasuk dalam kategori jenayah komersial. Bagi tahun 2005 sebanyak 3,949 kes penipuan dikenal pasti dan melonjak kepada 5,055 kes pada tahun lepas. Ini menunjukkan kenaikan sebanyak 1,106 kes iaitu pada kadar 21.8 peratus penambahan.

Dalam Kanun Keseksaan kesalahan Penipuan ini atau dalam bahasa Inggeris cheating terdapat di bawah Seksyen 415 iaitu:

Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;

(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.
Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.

Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.

Jika tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara adalah lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.

Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.

Dalam konteks ini ada juga orang yang sengaja berpakat dengan pekerja bank untuk menaikkan lagi penilaian harta bagi membolehkan dirinya mendapat pinjaman bank pada kadar yang dihajati.
Urus niaga pakatan sebegini memang lazim dijalankan bagi mempermudahkan pinjaman diluluskan. Ada juga membawa slip gaji palsu bagi maksud menipu institusi kewangan bagi mendapat kemudahan kredit. Hakikatnya, ia adalah tetap suatu penipuan walau apa sekalipun tujuannya.
Jadinya bagi mensabitkan kesalahan penipuan ini hendaklah dibuktikan bahawa orang yang berniat untuk menipu telah pun membuat suatu kenyataan yang memang dia tidak percaya kebenarannya dan telah wujud suatu kehilangan di pihak mangsa penipuan itu.
Kadangkala ada juga orang yang suka menyamar menjadi sebagai orang lain seperti orang ternama dan kaya bagi maksud melakukan penipuan.
Contoh: Jika Along menyamar diri sebagai pegawai perkhidmatan kerajaan telah mendorong Zoro untuk membenarkan Along membeli barang secara kredit yang mana Along tiada niat untuk membayar maka Along telah melakukan penipuan
Contoh: Jika Shahrul Kan menyamar sebagai pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan dan menyatakan dia berhajat untuk bercuti di hotel lima bintang selama seminggu dan tiada niat untuk membayar sewa maka Shahrul Kan telah melakukan penipuan.
Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi. Di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah penjara tidak melebihi daripada tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.
Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan dan juga denda.
                                          
        
      



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 10:44 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 10:48 AM

kalau korang tengok dlm penjelasan artikel tu , org yg menipu kadang2 guna pihak ketiga utk laksanakan penipuannya tu ...

contoh mcm zuraida dia guna anwar utk sampaikan info fake degree nya tu atau dia guna kakitangan kerajaan utk boh di website kerajaan mengenai fake degree dia ....

dlm kes camni zuraida masih boleh di caj under penal code tu kerana dia dalang utama sebenarnya walau dia guna org lain utk lakukan bagi pihaknya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 10:53 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 11:00 AM

dlm post #27 dan #28    m/s 2....... akta MACC 2009 seksyen 18 dan penal code seksyen 464 membabitkan penipuan dokumen ...contoh kalau print out ijazah yg palsu lalu paparkannya atau guna nya  .

Yg seksyen 417 tak perlu ada dokumen pun, cukup sekadar tipu je dah boleh di caj dahhhh .


nak semak semua seksyen dlm kanun keseksaan dgn lebih complete click link nih      https://ms.wikipedia.org/wiki/Kanun_Keseksaan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 11:08 AM | Show all posts
ok korang hadam dulu info mengenai seksyen2 nih sebab ada pendedahan lebih bombastik lagi yg aku nak buat lepas ni ......tungguuuuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 11:46 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 11:49 AM

Ini penjelasan dari CEO agensi kelayakan malaysia mengenai akta2 khusus di bawah peruntukan KPT yg boleh digunapakai utk caj institusi pengajian kerana fake degree , sementara individu pemegang fake degree boleh di caj under penal code.

Jadi tarak pihak yg involve dgn penipuan dan pemalsuan degree boleh terlepas ok dari proses keadilan . Please bear that in mind.....very crucial ya knawwww.


]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


Facebook
Correo electrónico o teléfonoContraseña




OFFICIAL : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) está aquí: OFFICIAL : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
29 de diciembre de 2016 · Ciberjaya


Berikut adalah pandangan CEO MQA yang juga merupakan bekas Ketua Pengarah JPT, KPT mengenai PhD palsu:

1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pernah membuat pengumuman di akhbar tidak akan berkompromi dan memandang berat kes membabitkan ijazah palsu termasuk Doktor Falsafah.
Pertamanya,
individu yang mengaku graduan PhD (ijazah kedoktoran) walhal tidak pernah memilikinya. Keduanya,
mereka memakai gelaran Dr. diawal namanya walhal tidak pernah memiliki Ijazah Kedoktoran.
Kedua-dua ini merupakan suatu kesalahan yang berat apabila digunakan dalam permohonan kerja mahupun melariskan produk perniagaan mereka.

Setiap majikan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah KPT (termasuk Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti) perlulah menapis setiap maklumat pemohon sebelum dilantik ke jabatan masing-masing untuk memastikan sijil atau ijazah yang digunakan benar-benar tulen atau sebaliknya. Jika berlaku penipuan tindakan tegas perlu diambil.

2.  Pelbagai tindakan boleh diambil melalui pelbagai kaedah. Pertamanya, melalui peruntukan di bawah Akta IPTS (Akta 555) jika ianya melibatkan Universiti Swasta (US) sahaja. Seksyen 51 berkenaan pengeluaran permit untuk mengajar (issuance of permit to teach) dan Seksyen 52 memberi kuasa kepada Ketua Pendaftar untuk menolak dan membatalkan permit untuk mengajar (power of Register General to refuse and revoke permit to teach) jika didapati membekalkan maklumat palsu mengenai kelayakan akademik tenaga pengajar mereka.

Keduanya, jika IPT (samada Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) atau mana-mana pemberi pendidikan tinggi (PPT) telah memperolehi Sijil Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sijil akreditasi ini boleh dibatalkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta MQA (Akta 679) seksyen 49. Sekiranya PPT memalsukan maklumat permohonan maka ia boleh dikenakan tindakan dibawah seksyen 99 jika disabitkan didenda atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua peruntukan di atas hanya dikenakan kepada institusi dan tidak ke atas individu yang membuat penipuan. KPT tidak mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan undang-undang secara terus ke atas individu berkenaan. Individu hanya boleh dipecat oleh IPT masing-masing dari meneruskan tugas pengajaran masing-masing apabila dibuktikan melalui JK Disiplin dalaman.
3. Kes penipuan menggunakan gelaran Dr. dan sebagainya untuk melariskan produk sebenarnya masih boleh didakwa di bawah Penal Code atau Kanun Kesiksaan Seksyen 420 di bawah kesalahan jenayah sepertimana kes-kes penipuan yang lain. UA dan US atau orang awam yang terlibat bolehlah membuat aduan kes 'false representation' di bawah Penal Code. Sesiapa yang mendapati dirinya tertipu dan mengalami kerugian dengan seseorang yang menggunakan gelaran akademik yang salah seperti gelaran 'Dr.' atau 'Prof' untuk melariskan produk mereka bolehlah membuat aduan dan tindakan boleh diambil melalui Penal Code

4. Peraturan kepada akta sedia ada boleh ditambah atau dibuat satu undang-undang baharu untuk memasukkan perkara ini. Ianya bukan sahaja untuk kesalahan menipu kelayakan akademik tetapi juga kesalahan kepada pemakaian gelaran akademik.

Hari ini kita mendengar banyak gelaran akademik seperti Dr., Profesor Madya, Profesor, Doktor Kehormat, Profesor Kehormat, Profesor Adjung (Adjunct Professor), Profesor Ulung (Distiguished Professor), Profesor Emeritus/Emerita dan Profesor Diraja. Siapakah yang boleh memantau perkara ini? Siapakah yang boleh memakai gelaran-gelaran ini? Apakah ada satu Pendaftaran Kebangsaan merekodkan kesemua penerima yang sah dan tulen demi mengelakkan penipuan?

Pemakaian gelaran ini perlu dipantau kerana setakat ini ia hanya dikawal melalui definisi atau 'operational definition' di IPT masing-masing. Untuk tujuan ini, saya sebutkan beberapa definisi yang betul dan pemakaiannya kerana kita dapati banyak pihak terkeliru dengan perkara ini.
Seseorang yang telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) sahaja boleh memakai gelaran 'Dr.' diawal namanya. Dalam hal ini juga, graduan bidang perubatan sememangnya boleh memakai gelaran Dr.

Akhir-akhir ini kita dapati ramai tokoh-tokoh negara, tokoh-tokoh kerajaan, korporat, tokoh masyarakat dan NGO dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari beberapa IPT. Penerimanya, tidaklah dipanggil sebagai 'Dr.' atau 'Dr Kehormat' tetapi boleh diletakkan gelaran ini di dalam tulisan dan ucapan dalam kurungan (Dr.) seperti YBhg Tan Sri (Dr.) dan YBhg Datuk (Dr.).

Seseorang Profesor Madya tidak boleh dipanggil 'Professor'. Etikanya  adalah salah. Jika dia sudah memiliki PhD cukuplah dengan memanggilnya 'Dr.' sahaja. Jika belum memiliki PhD, bolehlah dipanggil dengan Saudara/Encik/Tuan-Puan.

Seseorang Profesor dilantik kerana sumbangan dan kejayaan yang tinggi berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalamannya dalam pengajaran, penyelidikan, pengurusan dan sumbangan lain kepada masyarakat. Ianya mestilah seorang ahli akademik yang telah lama berkecimpung dan terserlah kesarjanaannya.  

Semasa saya di JPT dulu, KPT pernah mengeluarkan Garis Panduan perlantikan Profesor dan Profesor Madya. Seseorang Profesor juga sebaiknya tidak lagi menggunakan gelaran 'Dr.' selepas dilantik kepada jawatan Profesor. Tetapi masih ramai yang mengekalnya. Ianya tidak salah. Gelaran 'Prof' juga tidak boleh digunakan selepas berpencen dan mereka boleh dipanggil 'Dr.' sahaja jika pernah memiliki PhD. Tiada istilah Profesor (Bersara) dalam dunia akademik. Apabila berpencen panggilan 'Prof' tidak lagi digunakan.

Walau bagaimanapun, sesorang ahli akademik  dan juga bekas Profesor yang dianugerahkan di majlis khas konvo dengan gelaran Profesor Emeritus/Profesor Emerita dari universiti asal di mana beliau banyak memberikan sumbangannya dan diiktiraf keserjanaannya,  dan diisytiharkan melalui majlis konvo boleh memakai gelaran Prof Emeritus/Prof Emerita dan boleh dipanggil dengan gelaran ini disepanjang hayat mereka.
Sementara Profesor Adjung hanya boleh dipakai ketika berada di dalam kampus ketika menyampaikan syarahan. Gelaran ini diberikan oleh IPT kepada calon yang berkelayakan dalam bidang tertentu untuk menyampaikan syarahan kepada pelajar dan tidak boleh dipanggil sebagai Profesor di luar kampus tetapi diboleh meletakkan dalam pengenalan diri seperti di atas Business Card selepas nama penuh.

Profesor Ulung merupakan anugerah khas KPT kepada profesor yang mempunyai kesarjanaan yang tinggi dan perlu melepasi tapisan yang ketat. Mereka dipanggil 'Prof.' dan boleh menulis 'Profesor Ulung' dalam penulisan.

Profesor Diraja juga boleh dianugerahkan oleh IPT kepada seseorang profesor dan sehingga kini hanya Universiti Malaya merupakan satu-satunya IPT yang pernah menganugerahkan gelaran ini dan boleh dipakai sepanjang hayat.

Akhir-akhir ini ada juga beberapa IPT yang memberikan gelaran 'Profesor Kehormat' secara pentadbiran kepada bekas profesor yang kembali mengajar di IPT selepas berpencen tanpa menerima faedah kewangan. Ini sebagai penghargaan kepada mereka yang mempunyai 'passion' yang tinggi dalam bidang pengajaran.

Sehingga kini, belum ada peraturan kepada pemakaian ini sebagai panduan kepada masyarakat. Oleh itu didapati pemakaian juga  berleluasa sewenang-wenangnya. Saya berpandangan perkara ini perlu diambah baik lagi.

Akhir sekali, saya menyambut baik tindakan proaktif pihak KPT melalui JPT yang telah menyenaraikan nama-nama pemegang PhD dari UA baru-baru ini untuk menangani isu ini. Saya berpandangan langkah ini sangat tepat pada masanya dan diharapkan akan ditambahbaik lagi seperti dengan  menyenaraikan nana-nama pemegang PhD dari luar negara pula di masa akan datang.

(Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Prof. Dato Dr. Rujhan Mustafa , CEO MQA. Daftar pemegang PhD yang dibangunkan oleh KPT melalui JPT yang disebut oleh CEO MQA di atas boleh diakses melalui pautan berikut: https://www.mohe.gov.my/…/473-senarai-daftar-nama-pemegang-…


https://es-la.facebook.com/AgensiKelayakanMalaysia/posts/berikut-adalah-pandangan-ceo-mqa-yang-juga-merupakan-bekas-ketua-pengarah-jpt-kp/1244196222327282/







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 11:57 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 12:44 PM




Siapa wakil rakyat miliki ijazah palsu, MP DAP mahu beri bukti

      
                             
                                              KiniTV                              
                              
Published on Apr 2, 2017
                    Ahli Parlimen DAP-Serdang, Ong Kian Ming mendakwa terdapat wakil rakyat yang memiliki kelayakan akademik palsu, termasuk ijazah sarjana dan kedoktoran.“

Ada YB yang duduk di dalam dewan ini, yang mempunyai ijazah palsu, bukan saja PhD (doktor falsafah) tapi di tahap Master (sarjana) juga," katanya tanpa menamakan ahli parlimen berkenaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, pemimpin DAP itu mencabar mereka yang memegang ijazah doktor falsafah membuktikan bahawa kelayakan mereka adalah tulen.“(Buktikan) bukan dari ijazah kilang dan ini akan memberi satu impression yang sangat baik kepada semua rakayat Malaysia bahawa kita sebagi ahli parlimen tidak boleh guna ijazah palsu sebagai cara untuk dapat PhD,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap (BN-Tawau) bersetuju dengan Ong dan berkata isu itu berkaitan dengan akademik.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti bahawa terdapat individu yang mempunyai kelayakan akademik palsu untuk membuat laporan supaya kementeriannya dan polis boleh mengambil tindakan.

“Memang saya juga bersetuju dengan komen YB tadi tentang isu berkaitan dengan integriti akademik.“Kami tidak setuju pihak tertentu menggunakan gelaran ‘Doktor’ sekiranya tidak dapat PhD.“Untuk dapatkan PhD ambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun, sekiranya ada pihak tertentu dapat PhD (dalam) sepuluh bulan, memang kita tahu itu PhD palsu,” katanya.

Mengulas jawapan itu, Ong mencelah dan berkata, "Saya akan beri bukti."
   
                        

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 12:04 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 12:08 PM

Pheewittt ....pada tahun 2017 DAP begitu mengambil berat woooo utk kena kan tindakan tegas pada wakil rakyat dan ahli parlimen yg berijazah palsu. tup tup pada tahun ni lge boleh mendabik dada nak saman org yg pertikaikan gelaran palsu yg dia guna malah semua menteri2 PH yg fake degree boleh terlepas gitu je .

Wow, kuasa boleh jadi mcm dadah melalikan manusia. Putrajaya tu kira ibarat sarang dadah PH utk menteri2 pi lali tak sedar kediri .


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 12:19 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 17-2-2019 12:36 PM

MP DAP ni laa yg bangkitkan isu fake degree dlm video atas nih pada tahun 2017 ....

tengok kenyataannya sekarang setelah pegang kuasa di putrajaya ,

bukan stakat dia tak mahu sebut nama menteri2 PH yg miliki fake degree ,

tapi dia jugak berani kata miliki ijazah palsu bukan kesalahan bawah undang2 malaysia jadi tak perlu involve pihak polis langsung utk menyiasat .....malah serah je pada pucuk pimpinan parti utk buat decision sesuka hati .

Tindakan dia tu bukan hanya sekadar menipu mengenai akta2 penipuan yg terkandung dlm kanun keseksaan tetapi juga dia melumpuhkan kuasa polis utk menyiasat jenayah yg dilakukan.

walau dia tak tipu degree dia sendiri tapi dia tipu mengenai undang2 negara utk kaver rakan2 menteri dia yg lain .

Dia seorang dr takkan tak boleh faham undang2 kot sebelum warwarkan di media ?                                                                                                                                                                                                              



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]                                                                                                                                             

Govt should not sweep degree issue under the carpet, says Kian Ming              

                 
  •                 Friday, 8 Feb 2019                           
                                 1:08 PM MYT
                                                    image: https://www.thestar.com.my/~/med ... 1656E01B457021F2F97

                    
                                PETALING JAYA: The government should not sweep Datuk Marzuki Yahya’s admission about “Cambridge degree” under the carpet, says Dr Ong Kian Ming (pic), albeit without naming his colleague.
The Deputy International Trade and Industry Minister said that regardless of the choice Marzuki makes, he should ask if the Prime Minister still has confidence in him to serve in his government.
“Under ‘New Malaysia’, such issues should not be swept under the carpet and ignored.
“We have to hold ourselves up to higher standards of public accountability and transparency.
“If not, we would be seen as being no different than the previous Barisan Nasional administration,” he said in a statement Friday (Feb 8).
Ong did not name anyone, but mentioned in his statement that a deputy minister from Pakatan Harapan had recently been accused of having a degree from a degree mill, an apparent reference to Deputy Foreign Minister Marzuki whose academic qualifications have come under scrutiny.

Ong said that whenever the issue of a politician with dubious academic credentials makes the news, the question one should ask is whether an academic qualification is even necessary for a person to be an effective politician.
“My answer is a definite no! Let me state clearly so that there is no ambiguity whatsoever – you don’t need an academic degree to be an effective politician,” said Ong, who is also DAP assistant national director for political education.
He, however, conceded that it was not acceptable for politicians to buy degrees from degree mills and then try to pass these off as genuine.
“I have blogged about this before and have raised this issue in Parliament many times in the past. My stand on this issue is clear and has not changed.
“It is not acceptable for politicians to buy degrees from degree mills and then try to pass these off as being genuine academic degrees,” he said.
Marzuki recently said his degree was from the Cambridge International University in the United States, after previously saying he had a degree from the University of Cambridge, the prestigious UK institution.
Calls have grown for Marzuki to resign, while his Parti Pribumi Bersatu Malaysia colleagues have largely come to his defence.
Ong said a deputy minister having a degree from a degree mill was a serious accusation.
“Since having a degree from a degree mill is not illegal, there is no point in asking the police to investigate this case.
“If the deputy minister in question feels that he has done no wrong, he should ask for a proper investigation to be conducted by his own party,” he said.
Ong added that the party can call in education experts to verify whether or not the degree is from a degree mill.
“And if this is indeed the case, his party can take disciplinary action as the leadership sees fit,” he said.
In the run-up to the 2013 general election, Ong, who was then DAP’s election strategist, revealed that two deputy ministers at the time had obtained their qualifications from degree mills.
In an April 18, 2013, report in the online edition of The Edge, he was quoted as saying that not having a degree did not disqualify a person from being a candidate.
“But having lied about how one has obtained a degree most certainly disqualifies a person, from an integrity standpoint, from being a candidate.
“I reiterate my call for all these candidates to explain to the public whether their degrees were properly earned or whether they were ‘purchased’.
“If they acknowledge that their degrees were purchased, I call for them to withdraw their candidacy for the upcoming 13th general election,” Ong was quoted as saying in the 2013 report


Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... Z4OiTKehm2tlEpg9.99

                                                                                                                                                                                    

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 12:28 PM | Show all posts
Dlm masa mulut dia dok kata don't sweep under the carpet tu lah dia automatik sedang sweeping it under the carpet .....dia main silap mata dah tuuu tipah tertipu tertipah .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Si mat sabu pon plz la ganti org lain. Muka x berkaliber langsung nk jd Mnteri Pertahanan. Memalukan. Dah la xde degree. Diploma pn x habis. Bidang pon kelautt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 12:40 PM | Show all posts
DAP  = Dalang Angkuh Penipu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 12:51 PM | Show all posts
Aku mula merasakan yg perintah malaysia sekarang ni adalah geng2 dajal sebab penipuan yg dibuat tu dahsyat sungguh , mcm mana tarak rasa bersalah dan malu langsung apabila penipuan terdedah tu yg very shocking to see..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/17/soldier-nabbed-with-rm4000-in-fake-notes/
Malangnya askar Ni memiliki note palsu, kalau memiliki ijazah palsu yg boleh tipu berjuta ringgit mungkin dia selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199723 Replies : 4690
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11862 Replies : 11
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5041 Replies : 9
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10822 Replies : 57
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3631 Replies : 27
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21549 Replies : 62

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.191259 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list