CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chacon

[Jenayah] Tembakan rambang Christchurch: "Assalamualaikum..." ucap PM New Zealan

[Copy link]
Post time 15-3-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-3-2019 05:23 PM
Rasis bigot sebegini tak lain tak bukan biasanya datang dari religious background yang kuat. Ummah ...

Alim dan tua. Baca full statement dia ni mmg bikin naik darah. Kalau mcm ni, mmg dia yg sebarkan sentimen anti islam kt orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] 49 sudah terbunuh
Agensi

ANGKA kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera masih berada dalam keadaan kritikal. FOTO AFP
CHRISTCHURCH: Jumlah korban dalam kejadian serangan pengganas di dua buah masjid di New Zealand meningkat kepada 49 orang.

Pihak berkuasa New Zealand memberitahu, lebih 20 orang lagi dilaporkan cedera akibat ditembak dan kini dirawat di hospital.

Angka kematian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.

Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya hanya nak suami selamat

RAHIMI Ahmad, 39, seorang daripada dua rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam tembakan rambang dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand.

Isterinya dikenali sebagai Azila berkata, ketika ini dia tidak mengetahui keadaan suaminya namun anak lelakinya berusia 11 tahun selamat.

“Suami ke Masjid Al Noor di Deans Avenue untuk solat Jumaat, manakala anak saya sedang bermain di luar masjid dan sempat ditarik jemaah lain sebaik mendengar bunyi tembakan dalam masjid.


“Anak saya dibawa ke sebuah rumah untuk berlindung manakala suami masih tidak diketahui keadaan,” katanya seperti dilaporkan portal tempatan, NZHerald.

Katanya, ketika ini dia hanya mampu berdoa suaminya selamat dalam insiden berkenaan.

“Saya hanya mahu tahu suami selamat, kini saya berdoa dan berharap dia menghubungi saya.

“Suami ada membawa telefon bersama, saya pasti dia akan menghubungi saya nanti. Sekarang saya tidak pasti apa terjadi kepada dia,” katanya.

Azila berkata, suaminya ke masjid sekitar jam 1 tengah hari (waktu tempatan), bersama anak lelakinya.

“Sebaik saya mengetahui mengenai insiden tembakan berkenaan, saya terus risau mengenai keselamatan mereka.

“Saya dihubungi rakan memaklumkan anak lelaki selamat tetapi nasib suami tidak diketahui berikutan dia berada dalam masjid ketika insiden berkenaan,” katanya.

Azila berkata, Rahimi berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan keluarga mereka menetap di Christchurch sudah lima tahun.

“Kami diberitahu untuk berada dalam rumah, saya tidak tahu apa perlu dilakukan sekarang dan mahu hubungi siapa.

“Saya masih menunggu dan berdoa untuk mengetahui keadaan suami selamat atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Rakyat Malaysia Canterbury Sam Yau berkata pihaknya sudah dihubungi oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengenai keadaan Rahimi.

“Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai keadaan Rahimi sekarang,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:40 PM | Show all posts
Syurga buat mu wahai mangsa2 tembakan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pitera replied at 15-3-2019 05:38 PM
Alim dan tua. Baca full statement dia ni mmg bikin naik darah. Kalau mcm ni, mmg dia yg sebarkan s ...


Satu spisis dengan Hadi Bawang manusia gini bagi akak. Akak doakan anak dia ka cucu dia ka, masuk Islam. Biasanya apa ngko benci, itu yang Tuhan bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
camflo03 replied at 15-3-2019 01:34 PM
berderau jantung tengok video tu..tembak berkali2 plak tu...salam takziah buat mangsa yang terlibat.

Mmg nk betul2 mati kan huhuu..murung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanak tau berapa orang yang dah mati
Nak tau apa yang kena kat si babi tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Peluru lintas kepala
MyMetroGlobal
Share

Tweet

Share

INSIDEN serangan di dalam masjid. FOTO/AGENSI

Agensi
CHRISTCHURCH: “Ketika sedang bersolat saya terdengar bunyi letupan sebelum seorang jemaah di sebelah saya rebah akibat ditembak di kepala,” kata seorang lelaki Palestin antara mangsa yang selamat dalam kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di sini.

“Saya terdengar tiga bunyi tembakan dan selepas 10 saat bunyi itu kedengaran semula. Semua jemaah bertempiaran melarikan diri dan ada yang berlumuran darah,” ujarnya yang enggan dikenali.

Katanya ketika kejadian dia bersolat di Masjid al Noor di sini yang penuh dengan jemaah menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, seorang lagi saksi memberitahu stuff.co.nz, dia bersolat di Masjid Deans Ave sebelum terdengar bunyi tembakan.


“Saya terus melarikan diri dan ketika menuju ke pintu keluar saya melihat mayat isteri saya terbaring di lantai. Saya juga melihat kanak-kanak ditembak. Mayat mereka bergelimpangan di mana-mana,” katanya.

Pihak berkuasa memberitahu, berpuluh-puluh mangsa dipercayai maut dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand memberitahu seorang rakyat Malaysia cedera ditembak dalam kejadian itu.

“Setakat ini seorang warga Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital,” katanya di Twitter.

Bandar itu juga dikepung pihak berkuasa dan terdapat laporan serangan di masjid ketiga serta serangan bom kereta di Strickland St.

Seorang penyerang dipercayai warga Australia menyiarkan video secara langsung serangan itu di media sosial.

Polis berkata, seorang lelaki yang memakai pakaian tentera ditangkap di sebuah sekolah berhampiran tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada suspek adalah penyerang berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh la ummah yang bising kata jangan share tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 15-3-2019 05:39 PM
49 sudah terbunuh
Agensi


Shit.

Rest in peace fallen souls...Semoga keluarga yang kehilangan juga diberi ketenangan dan kekuatan di saat sukar sebegini...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-3-2019 05:45 PM
Remyda replied at 15-3-2019 05:39 PM
49 sudah terbunuh
Agensi



Ummah Oz ropanya?! Tapi fefeling hero penyelamat kokesen pi mengganas bunuh umat Islam di NZ?! Uuuu pure bangsatttt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
#christchurch  Dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017. http://bit.ly/2F1ZGLR
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
aijinmisaki replied at 15-3-2019 05:42 PM
Bodoh la ummah yang bising kata jangan share tu

SKMM pun tak bagi share. Pelik betul
Gigih i cari link kt fb td
Jupa jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:46 PM | Show all posts
Remyda replied at 15-3-2019 05:40 PM
Saya hanya nak suami selamat

RAHIMI Ahmad, 39, seorang daripada dua rakyat Malaysia dilaporkan ce ...

kesian dia nih. da la kat negara org. laki kene tembak. tak tau apa nasib. anak lak kt org lain. eventho selamat.
nak call sapa pun dia tak tau. moga dia sabar n stay calm
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis New Zealand juga turut mengarahkan semua masjid di seluruh New Zealand untuk menutup pintu demi keselamatan jemaah & juga arahan penutupan bandar sudah di tarik balik
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kemurungan tgk video ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes tembak masjid di New Zealand

Polis New Zealand dilapor sedang berdepan dua insiden kritikal di Christchurch apabila penyerang melepaskan tembakan di dua masjid.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:52 PM | Show all posts
Remyda replied at 15-3-2019 05:40 PM
Saya hanya nak suami selamat

RAHIMI Ahmad, 39, seorang daripada dua rakyat Malaysia dilaporkan ce ...

alhamdulillah mangsa dah selamat operation.terima kasih buat rakyat malaysia yg mendoakan.

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes tembak Christchurch: ‘Kami masih mencari Haziq’

15 Mar 2019

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
KUALA LUMPUR - “Kami masih mencari Haziq. Kami tidak tahu ketika ini dia di mana. Apa yang kami tahu, ketika kejadian dia di dalam masjid”.

Demikian kata sumber Sinar Harian ketika dihubungi bagi mendapatkan situasi terkini kejadian tembakan selepas solat Jumaat di sebuah Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian Haziq, 17 tahun, bersama adiknya, Hariz dan bapa, Mohd Tarmizi Shuib berada di dalam masjid.

Sementara ibu, kakak dan seorang kenalan wanita mereka, warga Singapura turut solat di masjid berkenaan.

Katanya, ketika tembakan berlaku, ibu, kakak dan kenalan mereka bersembunyi di dalam tandas.
“Tarmizi dan Hariz berlari keluar. Hariz selamat tetapi Tarmizi ditembak di bahagian belakang. Haziq pula tidak dapat dipastikan. Apa yang saya tahu, tiga beranak itu berada di dalam masjid.

“Kami sedang mencari Haziq di kawasan sekitar dan di hospital yang merawat mangsa tembakan,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, ketika kejadian juga, terdapat dua lagi lelaki warga Malaysia dikenali Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

“Mereka juga di dalam masjid. Nazril mengalami kecederaan serius. Ketika kejadian, Rahimi berpura-pura mati namun tetap cedera ditembak,” katanya.
Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Welington menjadi mangsa dalam insiden berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter beliau.
Malah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu, sumber itu berharap rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mangsa-mangsa terlibat.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan sekurang-kurangnya, 40 orang terkorban dalam kejadian itu.

Beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Di dalam rumah ibadat tidak tuhan selamatkan walau di dalam rumah tuhan?

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.167920 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list