|
[Jenayah]
(VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg
[Copy link]
|
|
31 Julai 2019 9:53 AM
KUALA LUMPUR 31 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan untuk memanggil enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri atas pertuduhan membunuh dan bersubahat untuk membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Enam penuntut tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.
Turut dipanggil membela diri ialah 12 penuntut universiti sama yang didakwa mencederakan mangsa.
Hakim Datuk Azman Abdullah memutusakan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh.
Seorang penuntut, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa.
Lima penuntut UPNM yang kini berada dalam reman, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin didakwa membunuh mangsa di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Abdoul Hakeem pula menghadapi pertuduhan bersubahat membunuh di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 109 akta sama yang turut membawa hukuman mati.
Kesemua enam tertuduh turut didakwa bersama-sama 12 lagi penuntut; Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi dan jam 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara jam 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lalu.
https://www.utusan.com.my/berita ... -bela-diri-1.946883 |
|
|
|
|
|
|
|
aduh..panjang lagi ni..silap2 makan bertahun kalau jatuh hukum, then buat rayuan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by WandaMi at 31-7-2019 03:19 AM
akmal dituduh mencederakan, tp skrg dah lepas dari tuduhan tu. yg lain mesti menggigil habis especially yg hukuman mati tu |
|
|
|
|
|
|
|
panjang lagi kes ni..
sampai satu tahap nanti lawyer tertuduh akan tarik diri...
bukti dah ada..
cuma untuk mengaku bersalah je.
bila salah seorang tak tahan dan mengaku bersalah. apa kan jadi..
berapa lama boleh bertahan kan simpan rahsia..
baru settle..
buang masa muda tertuduh je..
selagi boleh, mereka akan runding dengan pihak keluarga mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
harap pihak keluarga tak terima la rundingan..no no to settle luar mahkamah ke apa ke.. jahanam sangat perangai tekap2 seterika rupa tu sampai mati budak tu dikerjakan |
|
|
|
|
|
|
|
sbb akmal & naufal yang tolong zulfarhan & hantar surat layang kat warden tentang zulfarhan sakit dalam bilik. naufal dibebaskan lbh awal tapi akmal hari ni.
dai tak terlibat secara langsung tapi secara tidak langsung sbb hantar surat layang kat warden
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by santubung at 31-7-2019 01:22 PM
sbb:
pada hari kejadian, dia tak terlibat. tapi esoknya. Aufa Aiman jumpa Akmal pasal Farhan. dia nampak Farhan terbaring kena dera. so dorang bincang tentang cara untuk bagi tahu warden sal Farhan. dorang takut nak bagi tahu depan2 sbb nanti mesti kena mcm Farhan. Dorang hantar surat layang tapi OKT tu pindahkan Farhan lbh warden pi sebarkan dlm whatsap.
iols pun tak faham kenapa Akmal disabitkan ..... patutnya dibebaskan juga dari awal mcm Aufa Aiman. mungkin untuk membantu penyiasatan kot. tapi kesian gaklah kat Aufa Aiman dan Akmal sbb niat dorang nak membantu tapi dua2 kena sbb nama dipetik oleh OKT yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgkkan fb puan hawa, tak rasa yang diorg akan settle luar mahkamah. nak2 pulak okt 6 org tu langsung tak tunjuk rasa kesal or bersedih. and dulu ada forumer pernah cakap, family2 okt ni cam geng antara diorg..takde rasa nak dekati family arwah apetah lagi untuk mintak maaf. (kalau lepas tu diorg ada minta maaf i tak tau la) semoga nasib mu terbela dik.. and harap2 okt tu semua kena tindakan yg setimpal. #Justiceforzulfarhan
|
|
|
|
|
|
|
|
ohh dia lah org nya.. tq explain.. dlu pernah follow kejap thread lama tp dah lupa kisah setiap okt..
|
|
|
|
|
|
|
|
i harap bebudak bangsat ni mengalami mimpi ngeri setiap malam sampai buat pengakuan bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
takyah berangan la noksss. kalau ko baca kes ni, family pembunuh pun tak leh terima hakikat yg anak2 diorg ni pembunuh. siap main ugut2 saksi. ko rase diorg tu nak ke bertaubat nk ngaku salah?? |
|
|
|
|
|
|
|
btol sis. family OKT lebih sayang n back up anak dorg kaw2. slalu jmpa kt mahkamah pn takde sorg pn antra mak OKT jmpa fmly arwah utk mntk maaf. lg disalahkan arwah ade laa. mmg kesian sgt kt fmly arwah. anak dh diperlakukan mcm tu. kawan2 langsung takde yg peduli. masing2 selfish nk lepas tengkuk sdri je
|
|
|
|
|
|
|
|
keputusan mau tahun depan ni
jgn risau
aku rs mesti kena sabit budak 5 ekor ni
padan la muker ko |
|
|
|
|
|
|
|
tgk video OKT tu senyum2..rase mcm xde perasaan bersalah lansung ![](static/image/smiley/default/mad.gif)
ke diorang saje je tnjuk cool depan camera |
|
|
|
|
|
|
|
bkn 5 tp 6. jgn hrp sorg pn trlepas. geram haku
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkan Naufal tapi Aufa Aiman nama dia.. dua2 budak ni hantar surat layang kat warden
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape family sujud syukur huhu.. perjalanan jauh lagi kan |
|
|
|
|
|
|
|
Ada some of them ni nak membantu tapi takur kat Hakeem mamak tu.. dia kan boy kepala segala samseng batch diorang so nak tak nak kena la follow arahan... mungkin kita rasa tak patut bela manusia 13 ekor ni tapi tu la... mungkin diorang lakukan kerana terpaksa.. lawyer tu kena pandai buktikan la kan.. at least penjara 20 tahun dah ok dah kot beri pengajaran kat diorang.. yang 6 ketui lagi tu sila la gantung sampai mampos..
|
|
|
|
|
|
|
|
msti chuols confuse akmal akif n akmal zuhairi kan. Akmal akif org yg tlg arwah. tp tak sure nape dia trpalit sama lps soal siasat. akmal zuhairi OKT 6 jahanam tu. yg kekonon hilang laptop tu. last2 smpai ke dh arwah tak jmpa pn laptop nyaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah ada bukti (walaupun diminta membela diri) ini membuktikan diorang mmg bersalah cuma membela diri untuk ringankan hukuman je atau settle luar mahkamah. At least diorang mmg terbukti bersalah... takde la terus lepas lansungkan.. so family okt nak cakap apa ek? Selama ni ko dok ugut2 saksi la apa la.. now apa cer apa cer??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|