CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miftahuljamilah

AKHIR ZAMAN.. MISTERI SEBUAH PERJALANAN 2.0

   Close [Copy link]
Post time 12-3-2021 03:54 PM | Show all posts
pertai replied at 12-3-2021 11:30 AM
Mmg fening duduk dlm negara fening lalat kita ni. Isu kobid baksin blm selesai tambah isu 4 perk ...

betul.. kalo ulama pun lain2 pendapat.. apatah lagi kita rakyat marhaen.. tunggu je la IM dtg betulkan semua... itupun kalo hidup lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2021 03:54 PM | Show all posts
puccafan replied at 12-3-2021 03:36 PM
Tghd siapa? Takleh nak decode plak

Almarhum TG Haron Din..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 06:23 PM | Show all posts
bluecathaze replied at 12-3-2021 07:50 AM
Hari tu masa baca ayat ni rasa macam.... patut lah IM akan datang and revamp balik ajaran Islam kp ...

keh keh keh

indeed...
pergantungan hanya pada ALLAH
bukan di akal..akal guna untuk proses apa yang jatuh pada hati...
hati pula..hanya mukmin yang bersih sudah...baru betul boleh guna untuk terima ..
kita yang belum bersih hati...?
ianya transfer dari hati mukmin ke hati kita...
walau setitis..cukup lah....tu pun dah tak larat bawa dah tu....

walau setitis dari Nabimu...bisa mengubah seluruh duniamu...
jangan diikut emosi hati..kelak nanti merana diri....

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 06:40 PM | Show all posts
keh keh keh

dua benda besar yang dah berjaya puak azazil ni buat wa rasa adalah:

1. Pengiktirafan kepada pendidikan imdividu (dapat degree, master phd etc)
2. Demokrasi


2 perkara ini sahaja telah mengubah mindset umat Muhammad dalam dunia ini...

melalui pendidikan, mereka berjaya mencipta perbezaan taraf antara manusia...
melalui demokrasi, mereka berjaya  mencipta keinginan perasaan manusia pada hak mereka..

sedang Muhammad bawa kesamaan...
tak timbul perbezaaan berapa banyak pondok lu pegi belajar...berapa banyak guru lu pergi mengaji...
berapa tinggi lu mengaji pun tak de sapa kesah...
yang penting, apa yang lu buat dengan ilmu itu....
menyatukan dengan kasih sayang manusia ini atau tidak?

zaman dulu, ilmu bukan untuk di banggakan..
ilmu untuk digunakan kepada jalan kebaikan...
zaman sekarang?
tu yang ada sejak kecil bercita cita nak jadi pendakwah..
zaman dulu mereka belajar sebab nak balik dengan selamat...
takde timbul soal nak pergi berdakwah pada orang lain...
bila sampai arahan pada mereka, baru mereka pergi berdakwah..atas amanah...

dan demokrasi berjaya buat semua jadi orang yang perasan...
perasan mereka pun ada hak....
sedang hak dalam Islam hanya jatuh pada yang sedar...
kerana hak itu datang pula dengan tanggung jawab....
zaman ini, hak datang, tanpa tanggung jawab....
undilah...salah takpe..5 tahun kita tukar...

zaman dulu, undi? kalau salah sila jawab di padang masyhar....
baru ada akai....

ulama2 dahulu cukup takut dengan perkara ini....
zaman ni, dah kucar kacir sudah...
sebab semua rasa itu hak mereka....
hak nak mempertahankan agama pun duduk pada mereka..
sedang agama pun sendiri tak faham, tapi rasa itu tanggungjawab dan hak mereka...

itulah doktrin terbesar yang masuk dalam pemikiran...bila ianya tiada panduan dari nur...
nak haouskan benda ni? coi la....
tunggu IM saja looooooo


keh keh keh


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 07:14 PM | Show all posts
Edited by bluecathaze at 12-3-2021 07:16 PM
Ah_Kwan replied at 12-3-2021 06:40 PM
keh keh keh

dua benda besar yang dah berjaya puak azazil ni buat wa rasa adalah:

ini betul... dan bagi aku asas Islam yang paling penting i.e. pergantungan totally pada Allah tu memang yang cuba dihapuskan oleh geng2 ini... mereka nak kita bergantung pada sijil.. bergantung pada boss... akal... doktor.. ubat.. n sistem itu sendiri.. berapa kerat je ustaz ustazah yang menekankan bab pergantungan pada Allah? paling2 pun mereka akan cakap usaha doa tawakal. tapi aku rasa yang benarnya kena tawakal dulu, baru usaha dan doa.. sebab kalo tak tawakal dulu, kita akan duduk pada usaha kita pulak... aku rasa aku tahu ni pun lepas baca tulisan lu.. serius... mungkin jugak sebab aku tak rajin dengar ceramah dulu

takut betul bab syirik halus ni... dalam Al Quran ada cakap... manusia akan terjerumus dalam neraka sebab kejahilan dan kezaliman diri sendiri.. walaupun kita tak tahu, tetap terjerumus dalam neraka.. nabi pun warning pasal Ulama Su' yang akan bawak pengikutnya masuk neraka jugak... dulu2 aku ingat ustaz ustazah ajar kalau tak tahu takpe... tak dosa... tapi terang2 Al Quran dan hadis cakap lain... weh takot betol... sebab tu buat masa ini kalo nak selamat... jangan cenderung kepada mana2 pihak, duduk diam2, zikir, selawat dan istighfar banyak2... kalo ada salah tolong betulkan

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 12-3-2021 06:23 PM
keh keh keh

indeed...

Uncle nak tanya pasal isu 4 perkataan yg diizin pakai oleh agama lain ni. Gomen awal dh terang2 sound saper buat demo akan diambil tindakan. Saya faham pasal kita xmampu nk settle sbb bkn tugas kita kene tggu pemimpin yg haq zahir dan betulkan segala kerosakan yg ada. Tapi kalaula ada yg bangkit dan menentang ie sekurang kurgnya demo jalanan tidakkah dikira mereka itu bangkit kerana menjaga agama. Bangkit kerana islam seperti yg dibincang sebelom ini berkenaan 3gelombang? Xtaula saya ketinggalan kt  mana xpaham2 lg psl 3gelombang ni. Mohon pencerahan.. Acihh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2021 11:20 PM | Show all posts
bluecathaze replied at 12-3-2021 07:14 PM
ini betul... dan bagi aku asas Islam yang paling penting i.e. pergantungan totally pada Allah tu m ...

keh keh keh

betul dah tu...
tak de salah..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 11:35 PM | Show all posts
pertai replied at 12-3-2021 09:44 PM
Uncle nak tanya pasal isu 4 perkataan yg diizin pakai oleh agama lain ni. Gomen awal dh terang2 so ...

keh keh keh

Tapi kalaula ada yg bangkit dan menentang ie sekurang kurgnya demo jalanan tidakkah dikira mereka itu bangkit kerana menjaga agama.
jika diikut logik akal...tak salah dah statement ini...
wajib kita bangkit dan menjaga kesucian agama itu....
cuma...persoalannya siapa kah yang didepan kita itu? siapa pemimpin kita?
adakah pemimpin kita itu wali Allah yang mendapat petunjuk lansung dari Allah?
atau yang didepan kita pun tak tahu nak kemana kita ini?
sama macam kita..guna akal logik....

musim ni, wali wali Allah pun dok senyap jer...
kerana musim menunggu pemimpin.....tak memandai mandai bangkit..
tanpa perintah, tiada mereka ini akan bangkit pun...

kalau wali wali Allah yang membawa nur barang sedikit ini tak bangkit, dah kenapa kita mau bangkit?
adakah kita bangkit kerana Allah?
atau kita bangkit kerana emosi amarah?

nampak serupa, tapi contradict each other....
orang mukmin, bangkit bukan sebab amarah....
tapi kerana perintah...
kerana faham, semua atas dunia ni aturan Allah...
orang mukmin, melakonkan watak mereka sahaja...bukan rasa 'diri' mereka yang nak..
jika didepan kita mukmin, ..maka dibenarkan kita bangkit, kerana sedikit sebanyak nur didepan akan terbias kedalam jamaah itu..
kerana mukmin itu ikut titah perintah..bukan nafsu amarah...
tapi jika didepan kita, bukan mukmin, nak ke mana kita? akan dapatkah redho Allah itu?
takut takut Allah murka pula...bila ianya mengikut nafsu amarah...

fahamilah satu perkara..musim ini musim fitnah dajjal..penipuan...
apa yang disogokkan pada telinga kita, belum tentu benar..dan belum tentu barang haq..
jangan melompat tak tentu hala...bertenang...duduk dengan Allah dan Muhammad..
mana kita nak tahu, peristiwa membenarkan kalimah itu diguna oleh kristian..bukan satu agenda mereka?
untuk bagi golongan2 yang bersemangat ini naik dan menjadikan huru hara
bukan kita secara tak lansung sedang menjalankan agenda mereka?
sia sia sahaja hujungnya kita....

penipuan mreeka sangat licik...pukul rata keliling...
sebab itu dipesan tok guru...dok diam diam,jaga anak bini dalam rumah sudah..
tunggu gelombang ketiga sampai...masa itu merangkaklah walau di atas salji...
tapi nak merangkak ke kumpulan itu, diri kita ini macam mana pula?
dah duduk belum dengan Allah dan Muhammad 24 jam sehari semalam?
takalu belum, takut takut tak termasuk sahaja nanti dalam golongan itu..terpelanting keluar kembali...
kerana dalam jamaah, jiwanya sama...di panggil orang jawa... samporaso...

keh keh keh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 12:18 AM | Show all posts
keh keh keh

tutup jer kes kalimah ni...
bukan itu yang kita patut kecohkan di sini....
tiada penyelesaian jika masing2 guna akal pun..



keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 12-3-2021 11:35 PM
keh keh keh

jika diikut logik akal...tak salah dah statement ini...

Timekasih utk penerangan panjang..
Mukmin bangkit dgn perintah..jgn memandai meloncat ikut akal...huhu. Pentingnya iqtikad hati mengharap pada Allah diletakkan dalam jemaah yg benar.
Semoga Allah campakkn saya dan kita semua dalam jemaah yg samporaso.. InsyaAllah aameenn..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
banyak perbincangan kalimah Allah ni ye dalam medsos.. macam2 pendapat .. tapi benarlah kita perhatikan saja secara halus .. bukan sebab kita tak rasa marah tapi kita kena. berbalik pada mcm Ahkwan cakap.. dah betulke kebangkitan kita tu? wali2 Allah pun duduk diam.. kita pun ikutla golongan ini.. bukan pengecut atau bacul.. tapi biar apa tindakan kita itu berdasarkan panduan Allah..
suka saya nak kongsi kisah asbabul nuzul surah al kafirun..

Rasulullah saw dengan alasan ajaran mereka dan ajaran Muhammad adalah juga dari ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Ibn Ishaq dan yang lain-lain telah menyebutkan daripada Ibn ‘Abbas bahawa sebab turunnya surah ini ialah berikutan peristiwa di mana al-Walid bin al-Mughirah, al-‘As bin Wa’il, al-Aswad bin ‘Abd al-Muttalib dan ‘Umayyah bin Khalaf berjumpa dengan Rasulullah saw seraya berkata; “Wahai Muhammad,(begini sahajalah) kami menyembah apa yang engkau sembah dan engkau pula menyembah apa yang kami sembah. Kita sama-sama berkongsi pada setiap perkara. Sekiranya apa yang engkau bawa adalah lebih baik daripada pegangan kami, kami akan berkongsi dengan engkau mengenai perkara itu dan kami akan mengambil habuan kami daripadanya. Sekiranya pegangan kami adalah lebih baik dari pegangan engkau, maka engkau boleh berkongsi dengan kami mengenai perkara itu dan engkau masih boleh mengambil bahagian engkau daripadanya.” Lalu Allah swt menurunkan ayat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 13-3-2021 08:16 AM
banyak perbincangan kalimah Allah ni ye dalam medsos.. macam2 pendapat .. tapi benarlah kita perhati ...

Diriwayatkan pembesar-pembesar Quraisy tidak berputus asa dengan usaha mereka. Sekali lagi mereka datang beramai-ramai menemui Nabi saw mengemukakan kepada baginda apa yang pernah ditawarkan oleh ‘Utbah bin Rabi’ah dahulu, menawarkan kepadanya untuk memegang jawatan sebagai penganjur bangsa ‘Arab, kekayaan dan mengemukakan persediaan dan kesanggupan mereka untuk mencari tabib atau dukun sekiranya Nabi saw dirasuk oleh jin dan syaitan dengan syarat yang dahulu juga.

Semuanya itu dijawab oleh Rasulullah saw dengan katanya: “Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi, segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan dan pangkat dan kekuasaan, tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekelian di samping itu diturunkan Kitab Suci kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan mengembirakan, kewajipanku Semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku, sekiranya kamu terima maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat dan kalaulah kamu tolak, tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNya di antara aku dan kamu sekelian.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
109:1. Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir.

109:2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

109:3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

109:4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.

109:5. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

109:6. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.”

kita yang baca surah ni pun hayatilah selalu.. adakah kita juga tergolong dalam kalangan “Al kafirun” yang masih belum mengenal Allah sebenar2nya.. walaupun dilahirkan sebagai orang Islam
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 04:55 PM | Show all posts
keh keh keh

tooo serius dah....
iseng iseng lah semuanya ya...
tak perlu nak pergi deep sangat....

meh layan lagu....



keh keh keh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 13-3-2021 04:55 PM
keh keh keh

tooo serius dah....

apala la maksud lagu ni ye..  ni lagu tamil moden ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 13-3-2021 04:55 PM
keh keh keh

tooo serius dah....

Sekali dia kuar tamil terus

Saper mampu decode lagu ni dipersilakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 08:18 PM | Show all posts
pertai replied at 13-3-2021 07:13 PM
Sekali dia kuar tamil terus

Saper mampu decode lagu ni dipersilakan..

keh keh keh

ni dari filem maaa....
mengkesahkan tentang persahabatan dari sekolah....
kasih sayang sahabat sepermainan...

tapi wa jarang dengar lagu tamil yang kena dengan jiwa...
sekali dengar lagu ni..adoi...
macam wa tengok cerita panchayat juga...
theme song dia wa siap jadikan wa punya ring tone...

sebab kesah dia itu kena dengan jiwa..masuk...
kesah masyarakat biasa..yang mengharungi hidup dengan masalah dan liku liku...
tiada magik dan fantasi seperti cerita hindi lain....

it's life...deal with it...



keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nuurr at 13-3-2021 09:54 PM

Bukak news, medsos sekejap je..baca berita2, info2..macam2 emosi rasa..marah, geram, risau...

Masuk je thread ni..cool je semua..tenang2 je forumer semua..baca post2 yang tenang, buat hati pun jadi tenang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 13-3-2021 08:18 PM
keh keh keh

ni dari filem maaa....

Ya.. Dont over reacted.
It's life..

Tp betul filem tamil lebih dekat dgn kehidupan sejagat dr filem fantasi hindi. Dahla menyeksi xhengat...

Nnt nak try tgk panchayat ni.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:38 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 13-3-2021 12:18 AM
keh keh keh

tutup jer kes kalimah ni...

dia ni buat cover bob dylan jugak eh.. dah macam boyce avenue versi perempuan je
tapi lagu2 bob dylan best jugak.. first time dengar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.179250 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list