Muallaf tu non muslim yg baru memeluk islam, belum boleh berdikari dan perlu dibantu. Muallaf ialah antara golongan asnaf yg layak dapat zakat.Kalau dah berpuluh2 tahun peluk Islam, dah boleh berdikari, mengaji, solat dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, itu dah mukallaf.
Erti MualafBagi pernah melalui zaman mualaf, memahami pengertian mualaf yang sebenarnya. Kita hendak bangkit dan bina Islam dalam diri. Jangan sekadar bersyahadah dan mengaku Islam tanpa berusaha menjadi Muslim yang sebenarnya. Ramai mengaku mualaf padahal sudah berpuluh tahun memeluk Islam. Selepas berpuluh tahun memeluk Islam, mereka masih tidak faham apa-apa itu Islam dan tidak mengamalkan ajaran Islam sebenarnya. Ada yang sudah 30 tahun memeluk Islam sehingga sudah memiliki cucu tetapi masih tidak tahu solat. Lebih menyedihkan, mereka tidak berusaha belajar ilmu Islam, meskipun ruang untuk menuntut ilmu sudah terhidang di depan mata. Kelas al-Quran dan kuliah agama dapat ditemui di mana-mana masjid dan surau. Begitu juga pelbagai majlis ilmu dianjurkan pelbagai agensi dan NGO Islam. Lebih mendukacitakan ada segelintir yang suka meminta-minta atas alasan dirinya seorang mualaf. Walaupun tidak salah membantu mualaf kerana golongan asnaf yang layak dibantu, tetapi perlu ada hadnya. Jika tidak, meminta-minta akan menjadi tabiat dan keseronokan yang akhirnya merosakkan. Justeru, amat tidak wajar apabila berlaku sesuatu musibah dan masalah, ramai pihak menyalahkan agama Islam dan pelbagai pihak tidak mengambil peduli dan tidak memberi pendidikan kepada mereka. Malah sampai mahu mengugut keluar daripada agama Islam. Tanyalah kepada diri sendiri adakah kita mahu menjadi mualaf selama-lamanya? Tepuk dada tanya iman. Islam bukan sekadar bersyahadah kemudian duduk diam tanpa fahami apa-apa itu Islam sebenarnya. Sedangkan Islam adalah cara hidup. Kita perlu mengorak langkah membebaskan diri daripada belenggu selesa dengan status mualaf. Kita perlu membuat transformasi diri menjadi mukalaf sebagaimana yang ditonjolkan oleh golongan sahabat Nabi SAW terdahulu. Biarlah kita menjadi contoh kepada orang lain sama ada saudara asal Islam ataupun saudara kita yang bukan Islam. Kita tunjuk dan buktikan dengan menjadi seorang Islam kita menjadi insan yang lebih baik dan berguna. ‘Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (maksud hadis Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni) Cnp
|