View: 3399|Reply: 8
|
Wow! Pengunjung Muzium Nasional Washington Disambut Lautan Bola Plastik
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Adakah anda pernah mempunyai pengalaman menarik jika berkunjung ke muzium?
Di Amerika Syarikat, pengalaman unik dan menarik menanti pengunjung yang melawat ke Muzium Nasional di Washington.
Mereka di sambut dengan jutaan bola plastik berwarna putih yang memenuhi setiap ruang di dalam muzium tersebut.
Menurut laman web Bored Panda, muzium ini berubah menjadi seperti lautan gelembung plastik yang satu-satunya terdapat di dunia. Orang ramai yang datang juga akan merasai pengalaman yang berbeza di mana pengunjung merasai sendiri suasana musim panas yang klasik dan unik sambil ditemani lautan bola plastik.
Konsep ini diilhamkan oleh firma rekaan eksperimental iaitu Snarkitecture yang memilih tema berwarna putih agar muzium ini nampak lebih luas dari saiz asalnya. Tambahan lagi, penyelenggara untuk konsep ini menyatakan bahawa gelembung-gelembung plastik ini juga boleh dikitar semula.
Ketika memasuki muzium ini, pengunjung bebas merasai pengalaman berenang di pantai yang dipenuhi dengan bola plastik ini, atau boleh juga menghabiskan masa di tepi pantai sambil membaca buku kerana di dalam lautan gelembung ini disediakan bangku-bangku dan payung pantai bagi membolehkan para pengunjung merasakan pengalaman serta suasana seolah-olah berada berada di laut yang sebenar. Menarik kan? lain daripada lain dan luasr biasa kreatif. - CARI Infonet
Kredit : Bored Panda
|
|
|
|
|
|
|
|
Waaaaaah bestnya jadi kanak2 semula! |
|
|
|
|
|
|
|
Wow lautan bailon mesti seronok semua |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya.......... |
|
|
|
|
|
|
|
best....tarikan yg menarik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xdak org kencing ok la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|