View: 23840|Reply: 5
|
★★★★PERATURAN BOD MPS★★★★
[Copy link]
|
|
Edited by Rockafella at 18-3-2022 10:40 PM
PERATURAN BOD MPS
Selamat datang ke Bod Misteri, Paranormal & Sakti (MPS). Anda di sini untuk berbincang atau berbicara tentang perkara di dunia sekeliling anda yang kadangkala tidak logik. Di sini ada sedikit peraturan yang perlu anda patuhi. Jika peraturan tersebut tidak dipatuhi, mungkin kredit anda dipotong atau anda akan diberikan AMARAN.
1. Hanya topik/thread yang sesuai dan berkaitan dibincangkan di sini. Jika tidak sesuai, Moderator berhak menutup/memindahkan tanpa sebarang notis. Sebolehnya gunakan fungsi 'search' dahulu sebelum membuka sebarang topik/thread. Jika anda mempunyai cerita berkaitan dengan topik yang sedia ada, sila post di topik tersebut tanpa perlu membuka topik baru. KECUALI jika anda ingin menceritakan kisah bersambung tentang anda atau kisah berkaitan pengalaman anda sendiri (pastinya bukan hanya satu cerita daripada anda di dalam thread tersebut).
2. Sila gunakan perkataan atau ayat yang mudah difahami forumer lain. Elakkan penggunaan bahasa SMS di dalam posting anda. Jika anda mengambil cerita/gambar/info dari web atau blog lain, SILA BERIKAN KREDIT.3. Jika anda meminta tolong dari forumer untuk mendapatkan rawatan atau apa sahaja yang berkaitan, sebarang RISIKO/KERUGIAN adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Pihak Cari Forum tidak akan bertanggungjawab jika anda mendapat KESULITAN walaupun anda mengenali individu tersebut melalui forum ini.
4. Tidak dibenarkan berbual kosong di setiap topik/thread. Silalah berbual di thread yang telah disediakan.
5. Elakkan dari melakukan kesalahan seperti :
- Advertisement/ Scam/ Spam
- Disrespect/ Insult/ Rude
- Hostile/ Vulgar Languages
- Multiple Posting/ Same Thread
- Name Calling/ Personal Attack
- Problematic Avatar/ Signature
- Provocation/ Sarcasm/ Racist
- Political Issue
6. Forumer DILARANG KERAS untuk membuka thread/membuat post yang mengandungi:
- Link ke website/blog milik peribadi. Sila gunakan board berkaitan untuk mempromosikan website/blog anda.
- Iklan tentang jual beli. Sila gunakan board SHOP ONLINE untuk urusan/pengiklanan anda.
- Unsur-unsur spam, dengan niat untuk 'bump' atau 'up'kan thread. Contoh: 'check in', 'bookmarked' dll.
7. Mana-mana cerita yang telah dirate akan ditarik balik kreditnya jika ceritanya adalah rekaan semata-mata dan kredit akan diberi pada mereka yang telah mengreveal citer itu sama ada benar atau rekaan. Ini adalah amaran kepada semua. Jika forumer yang sama masih bercerita sehingga tiga kali kisah yang direka, tindakan keras akan diambil termasuk forumer akan dipostbanhammer.
8. Urusan pemberian kredit adalah terletak pada budi bicara MOD MOS dan SMOD serta admin. Sebarang urusan penolakan kredit adalah di bawah kuasa MOD di sini dan keputusan kami adalah muktamad.
9. Cerita yang berdasarkan bukan cerita sebenar atau dicedok WAJIB DIBERITAHU SUMBER. Sila tulis kredit kepada ............... Jika tidak, PEMOTONGAN KREDIT akan dilakukan. Juga sila tulis 'Bukan cerita sebenar pada tajuk'.
10. Sebarang cadangan adalah dialu-alukan.
SEBARANG PERMASALAHAN/PERTANYAAN/KEMUSYKILAN, Sila berhubung secara 'Private Message' dengan Moderator bertugas.
SELAMAT BERFORUM!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edoraixora at 21-5-2016 03:11 PM
Ok noted.
Typo bam medang...shop online kan
Ehhh....nape tulisan jdik merah?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok, noted..... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya komen yang didelete atas sebab multipost... huhu.. Kalo komen melampau2 seperti tersebut di atas.. biasa cantas je..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|