Oleh Izzah Abbasy
Tak terfikir untuk menginap di hotel yang cantik dan unik?
Sekali sekala anda perlu lari daripada kesibukan kota. Hotel bertaraf 5 bintang adalah sesuatu yang biasa kita lihat dan terlalu 'mainstream' tetapi ini adalah 5 tempat penginapan yang paling unik untuk anda mencari ketenangan dan merehatkan diri setelah sekian lama hidup dalam kesibukan kerja.
Di Malaysia banyak tempat yang menarik yang masih ramai tidak tahu. Jom, kenali 5 tempat penginapan 'rare' ini. - CARI Infonet
1. Time Capsule Retreat
Ini ialah hotel mini dengan 8 buah bilik hotel yang dibina di dalam kolong konkrit. Setiap bilik dilengkapi sistem penghawa dingin bagi memastikan keselesaan anda. Tandas dan bilik mandi dikongsi bersama dan kos penginapan bermula dari RM 99 semalam.
Lokasi : Sungai Lembing, Pahang
Info lanjut : http://timecapsuleretreat.wix.com/home
2. Container Hotel
Hotel ini sangat unik kerana dibina dalam kontena yang telah diubah suai. Rekaan dan dekorasi dalamnya sangat cantik dan urban!
Lokasi : KLIA 2 & No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur, Malaysia
Info lanjut: www.containerhotel.com.my
3. Tanah Aina Ecotourism Resort
Anda inginkan percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik dan menarik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dalamnya macam anda menginap di hotel bertaraf lima bintang.
Lokasi: Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia, Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia, Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia, Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia.
Info lanjut : http://www.tanah-aina.com/, https://www.facebook.com/tanahaina
4. Tubotel Langkawi
Kalau anda rasa nak tidur dalam bilik kolong konkrit anda boleh ke Tubotel Langkawi yang terletak di Pantai Chenang. Harga penginapan semalam bermula dari RM100 tidak termasuk sarapan pagi. Anda kena cuba, memang best!
Lokasi : Jeti Pelancongan Chenang, Kuala Cenang, Kedah.
Info lanjut : www.tubotel.com
5. Seaventures Dive Rig
Tempat yang dulunya merupakan bekas pelantar minyak dan gas, sekarang berubah menjadi hotel di tengah laut. Walaupun kedengaran aneh, namun hotel ini juga dilengkapi dengan fasiliti hotel bertaraf 5 bintang. Bagi pencinta laut dan peminat “scuba-diving”, ini adalah syurga yang perlu anda lawati.
Lokasi : Semporna, Sabah
Info lanjut: http://seaventuresdive.com
|