oleh Adib ZA
Jika dahulu batik hanya dipakai oleh kaum lelaki untuk majlis rasmi, kini dengan rekaan lebih moden, anda boleh menggayakannya ketika berlibur atau pun santai kasual.
Banyak sahaja batik ready to wear kini tidak kiralah di butik ataua pun kedai online. Yang menariknya anda boleh memadankannya dengan pelbagai jenis seluar, warna, aksesori dan sebagainya.
Pilihan juga semakin banyak bila adanya batik Indonesia dan juga batik Malaysia yang sama-sama menarik perhatian dan memiliki keunikan tersendiri.
Yang penting, anda tetap nampak bergaya dan menawan bila memakai batik. Jangan risau dengan tanggapan ia hanya untuk majlis rasmi atau untuk bapa-bapa sahaja! Itu tanggapan kolot!
Jom lihat beberapa ilham batik untuk anda gayakan. - CARI
|