oleh Adib Za
Memang tak sah percutian anda ke Krabi, Thailand jika tidak menjejakkan kaki ke Emerald Pool dan Blue Lagoon.
Krabi yang terletak di selatan Thailand memang terkenal sebagai pusat pelancongan di kalangan rakyat negara ini.
Manakala, Emerald Pool yang mempunyai air kehijau-hijauan ini terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari pekan atau bandar Krabi.
Masyarakat tempatan memanggil tempat ini sebagai Sra Morakot. Air kolam di sini bukan sahaja sejuk, malah begitu cantik dan menyegarkan pandangan.
Anda disyorkan untuk singgah pada waktu pagi kerana suasana lebih mengasyikkan dan sejuk! Berjalan kaki sejauh 400 meter dari situ, anda akan jumpa pula dengan Blue Lagoon yang membiru dan unik!
Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan mandi di situ. Hanya Emerald Pool sahaja dijadikan lokasi mandi mana pelancong di situ.
Nak lebih mengujakan, apa kata anda menunggang motor sahaja ke sini dari pekan Krabi yang jauhnya cuma 55km! - CARI
|