CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1892|Reply: 7

UPR - ingat tak semakan hak asasi manusia yup that one ... ? okay NGO ....

 Close [Copy link]
Post time 12-8-2016 04:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 13-12-2017 07:06 PM

UPR: proses penting untuk negaraDemi memelihara kemaslahatan hak-hak asasi manusia di Malaysia
11 Ogos 2016 5:00 PM






DELEGASI PPMM yang mendalami selok belok UPR di Palais des Nations, Geneva, Switzerland, baru-baru ini.


PADA 2018 Malaysia akan menghadapi pusingan ketiga Semakan Berkala Sejagat ataupun Universal Periodic Review (UPR) di hadapan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva Switzerland. Sidang tersebut bakal menilai prestasi hak asasi manusia Malaysia, selain meneliti syor-syor yang diterima Malaysia pada pusingan-pusingan sebelumnya.


Pada sidang tersebut negara-negara anggota PBB bakal memberikan syor terhadap pembangunan hak asasi manusia di negara ini. Isu hak asasi manusia dalam sidang tersebut sebenarnya secara umum mengandungi tiga bahagian iaitu laporan negara yang dinilai prestasinya, syor-syor dan laporan negara lain serta laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Saya tidak berhasrat untuk mengulas dua bahagian pertama laporan tersebut tetapi sebagai pemimpin sebuah pertubuhan NGO, amat penting untuk berkongsi pengalaman dalam bahagian terakhir tersebut. Laporan daripada NGO amat penting untuk penelitian negara yang dinilai prestasi hak asasi manusianya, negara lain serta pihak PBB sendiri.

Kepentingan NGO menyertai proses UPR ini tidak boleh diketepikan. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) pada 15 hingga 27 Julai lalu menghantar delegasi yang agak besar bagi memahami selok belok UPR dan membantu Malaysia meningkatkan prestasi hak asasi manusianya. Dalam sesi tersebut delegasi PPMM didedahkan tentang kaedah-kaedah membuat laporan NGO, menghantar maklumat kepada Rapportuer Khas PBB, mengendali sidang selari, berdialog dengan pegawai-pegawai PBB berkaitan dan melawat Palais des Nations iaitu tempat persidangan UPR.


Maklumat dan pendedahan yang diperoleh amat penting khususnya bagi mereka yang bergiat sebagai aktivis dalam bidang hubungan antarabangsa dan hak asasi manusia.
Badan antarabangsa mestilah memahami perlu ada pengubahsuaian tertentu dalam mengimport norma antarabangsa ke sesuatu negara. Malah pengubahsuaian ini juga disebut dalam beberapa konvensyen antarabangsa.

Di Malaysia, agama khususnya agama Islam amat sebati dalam kehidupan umat Islam. Agama tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan umat Islam. Oleh hal yang demikian hak asasi di Malaysia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan agama Islam yang dinobatkan bukan sekadar agama rasmi tetapi sebagai agama Persekutuan.

Bagi saya terlalu banyak isu hak asasi yang boleh diperjuangkan dalam arena yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Graduan zamalah kendalian PPMM dengan kerjasama badan antarabangsa di Geneva baru-baru ini akan meneroka bidang-bidang hak asasi manusia untuk diperjuang bagi membantu negara meningkatkan prestasi hak asasi manusia.

Insya-Allah di peringkat PPMM akan digiatkan suatu sekretariat hak asasi manusia untuk matlamat tersebut. Diharapkan NGO-NGO Islam lain juga akan bersama-sama bergerak ke arah itu. Tanpa menidakkan sumbangan NGO dan badan-badan lain dalam mempertahan Perlembagaan Persekutuan di Malaysia, PPMM mengorak langkah mempergiat usaha mempertahan Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu di samping meningkatkan prestasi hak asasi manusia di Malaysia selagi ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Isu-isu hak asasi manusia seperti hak mendapatkan tempat tinggal yang sesuai, hak mendapat pendidikan, hak Orang Asli, hak orang kurang upaya (OKU) dan banyak lagi yang perlu diperjuang bagi menjaga kebajikan rakyat jelata. Kita perlu bersama-sama dalam isu kebajikan rakyat sebegini merentasi garisan agama ras dan budaya.


Perancangan perlu dilakukan dari sekarang, pasak perlu dipadukan pada hari ini, simpulan perlu diikat ketat ketika ini agar pada waktu menghadapi UPR nanti kita tidak dinafikan hak bersuara.
Isu moral atau akhlak amat disantuni dalam masyarakat Malaysia. Kawalan moral juga umpamanya bukan merupakan trauma di Malaysia malah ia amat dialu-alukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Undang-undang berpaksikan moral manakala moral pula berpaksikan agama.

UPR adalah proses penting bagi negara. Negara perlu menyertainya bagi tujuan menilai prestasi hak asasi manusianya. NGO pula perlu berperanan memastikan hak asasi manusia ini dilaksanakan, di samping tidak membelakangi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kedudukan hak asasi manusia di Malaysia sangat unik. Ia bukanlah hak muktamad sehingga tiada batasannya tetapi undang-undang boleh dibuat bagi mengawal hak asasi manusia ini atas kepentingan yang lebih besar termasuklah keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, susur budaya dan nilai masyarakat serta aspek keagamaan yang sudah sebati di dalam masyarakat arus perdana.
  • Kali ini diharapkan tidak ketinggalan sekali lagi. Langkah awal mesti digarap supaya upaya untuk menghadapi UPR dapat dijalankan dengan tuntas.


  • Sebagaimana Malaysia tidak mahu memaksa negara lain mengikut sosiobudayanya begitulah Malaysia jangan ditunjuk apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu.
  • UPR adalah suatu proses yang mana Malaysia tidak dapat menolak daripada menyertainya.
  • Ia proses sejagat, setiap negara dinilai prestasi hak asasi manusianya.

  • Apa yang perlu dilakukan ialah terus menyertai UPR bagi memberi kefahaman kepada masyarakat antarabangsa betapa perlunya sesuatu norma itu disebatikan dalam diri sesuatu masyarakat dan tidak memaksa sesuatu negara menerima suatu yang asing untuk dilaksanakan.


  • Di dalam UPR kali pertama tiada NGO Islam mengambil bahagian semasa proses tersebut.

Semakan kedua pula hanya beberapa NGO Islam sahaja yang sempat hadir tetapi tidak dapat mengemukakan laporan masing-masing kerana telah agak lewat.







- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.2Eqgyelv.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2016 04:54 AM | Show all posts
dulu pelobi NGO Islam bertungkus lumus ...
okay now again...

ingat kata kata saidina ali ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2016 05:02 AM | Show all posts
as Muslims, bersyukurlah sebab ada pihak yg sensitif dan sedar akan fungsi dan tujuan dia hidup di dunia dan sumbangannya untuk apa...ada digerakkan hati hati mereka untuk berinisiatif dalam memperjelaskan beberapa perkara tertentu..
kita doakan semoga dimudahkan dan segala daya usaha mereka diberkati Allah...

so as muslims harapnya kita mengambil iktibar ini  untuk menjadi muslim yg lebih peka, sayang terhadap Allah, rasul-Nya etc etc ...

kita kena peka dan u canno tjust push this thing  aside...


well saya percaya  bahawa sesiapa yg menjaga hak ALLAH MAKA....YUPS ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2017 07:27 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-12-2017 10:17 PM

UDHR & Hak Asasi Acuan Malaysia
By Fatin Izzati - December 12, 2017

Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/


Tanggal 10 Disember, seluruh dunia berpesta meraikan Hari Hak Asasi Manusia (HAM) bersempena pengisytiharan Deklarasi Hak Asasi Manusia atau dikenali sebagai Universal Declaration of Human Rights (UDHR) secara rasmi pada tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Bertitik tolak daripada sejarah hitam Perang Dunia ke-2, deklarasi ini telah dihasilkan oleh sembilan orang penggubal utama iaitu Dr. Charles Malik (Lebanon), Alexandra Bogomolov (USSR), Dr Peng Chun Chang (China), Rene Cassin (Perancis), Elanor Roosevelt (US), Charles Dukes (United Kingdom), William Hodgson (Australia), Herman Santa Cruz (Chile) dan John P. Humprey (Kanada).

Deklarasi HAM disifatkan sebagai kenyataan pertama hak asasi manusia secara global yang dilihat seolah-olah harus dipatuhi sepenuhnya oleh negara-negara anggota PBB. Merujuk kepada dokumen tersebut, UDHR terdiri daripada 30 perkara yang menyatakan hak dan kebebasan yang asas untuk semua. Walau bagaimanapun, tidak semua hak asasi manusia yang diterbitkan oleh UDHR itu bersifat sejagat. Pada tahun 1981, wakil Iran di Bangsa-Bangsa Bersatu, Said Rajaie-Khorassani, mengatakan bahawa UDHR adalah satu kefahaman sekular tradisi Judeo-Kristian. (“a secular understanding of the Judeo-Christian tradition“) yang tidak boleh dilaksanakan oleh orang Islam tanpa melanggar undang-undang Islam. Pembentukan UDHR yang dilihat menyebelahi Barat telah menghasilkan Deklarasi Kaherah sebagai garis panduan bagi anggota-angota OIC melihat hak asasi manusia dalam perspektif Islam.










Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/












Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2017 10:20 PM | Show all posts
Mengapa UDHR dikatakan tidak sejagat? Hal ini kerana terdapat prinsip yang dibawa melangkaui kepentingan agama dan tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan negara kita. Malangnya, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia ini begitu galak menjaja UDHR agar digunapakai dengan membuta tuli oleh negara yang berdaulat ini.

Pada tahun 2013, Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) telah membuat pelbagai tuntutan dan desakan yang jelas bertentangan dan jauh menyimpang dengan Islam sebagai Agama Persekutuan. Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seksual, LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama yakni pluralisme agama di negara ini. Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan di samping memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri.

Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/








Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2017 10:22 PM | Show all posts
September lalu, Pelapor Khas Hak Kebudayaan PBB, Karima Bennoune telah melawat Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak bagi menyediakan laporan tentang tahap aplikasi hak asasi ke atas rakyat Malaysia dalam hal kebudayaan, kesenian dan pembangunan sains seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 27 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR). Beliau mengkritik sikap tidak terbuka negara dalam membincangkan isu sensitif sebagai mengongkong dalam pengamalan agama dan sekatan terhadap golongan yang menyokong LGBT. Selain itu, beliau turut menyeru agar lembaga penapisan dimansuhkan berikutan tindakan pengharaman beberapa buah buku oleh Kementerian Dalam Negeri.


Bayangkan jika Malaysia mengiktiraf satu-persatu tuntutan tersebut. Kebudayaan, adat dan identiti asal Malaysia sebagai negara berdaulat yang bertunjangkan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan akan terhakis. Walaupun kita boleh merujuk peruntukan hak asasi yang terkandung dalam UDHR, tetapi ia tidak sekali-kali boleh melanggar peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang negara kita.






Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-12-2017 11:56 PM | Show all posts
Meskipun UDHR dianggap sebagai satu dokumen yang ‘gah’ dan sering dibanggakan, ia tidak mempunyai penguatkuasaan ke atas mana-mana negara. Sebaliknya, kuasa besar dunia telah menggunakan hak asasi ini untuk menekan, melemahkan, dan menjatuhkan negara-negara yang tidak sehaluan dengan mereka demi kepentingan tertentu. Tetapi standard yang sama tidak pernah pula mahu digunapakai mereka. Pelanggaran hak asasi ini telah lama berlaku terutamanya kepada umat Islam. Lihat sahaja Iraq, Libya dan contoh yang paling klasik Palestin. Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengisytiharkan supaya kota suci umat Islam, Baitulmuqaddis dijadikan sebagai ibu negara kerajaan haram Israel. Pengisytiharan tersebut telah mengundang kemarahan seluruh umat Islam terutamanya rakyat Palestin yang selama ini telah dizalimi oleh rejim Zionis. Rakyat Palestin bukan sahaja dirampas tanah, dibunuh dengan kejam dan diusir keluar, malah hak asasi mereka dirampas dan dinafikan tanpa pembelaan. PBB seolah-olah memandang sepi sahaja. Puluhan kalau pun tidak ratusan resolusi telah dilanggar Israel, sedangkan PBB, peneraju UDHR tidak mampu berbuat apa malah seringkali ditundukkan dengan kuasa veto.


Begitu juga dengan beberapa yang peristiwa yang berlaku baru-baru ini di seluruh dunia. Tentunya kita masih ingat dengan sebuah bandar di Perancis yang telah mengenakan larangan bagi wanita Islam memakai burkini (baju renang tutup aurat) dan niqab. Manakala, di negara sekular India pula pelancong Muslim berketurunan India diarahkan berpatah balik dan pulang ke Malaysia hanya kerana dikatakan berpakaian seperti pendakwah Islam.


Pelaksanaan larangan ini kononnya dibuat agar keselamatan negara mereka terjamin.


Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2017 11:59 PM | Show all posts
Hal ini jelas menunjukkan sikap prejudis, diskriminasi dan hipokrasi mereka dalam mempertahankan hak asasi manusia. Walhal, tiada bukti kukuh yang mengaitkan pakaian Muslim dengan ancaman keselamatan ataupun keganasan. Hakikatnya, hak asasi manusia dan kebebasan mutlak tanpa sempadan hanya akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan. Sememangnya kita menyanjung tinggi hak asasi manusia. Ianya sangat Islamik sebenarnya. Akan tetapi, janganlah kita menerima bulat-bulat apa yang dibawa oleh Barat sehingga pegangan agama dan maruah negara tergadai. Barat dengan seribu satu dogma sedang berperang dengan ‘diri sendiri’ makanya kita tidak perlu melayan semua itu.

Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/
Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/
Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/
Rujukan: 1. http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:[url=http://www.eaic.gov.my/sites/default/files/seminar_hak_asasi_manusia_kebangsaan_2016_ucap_utama_0.pdf]http://www.eaic.gov.my/sites/def ... 16_ucap_utama_0.pdf[/url] 2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pe ... _note-Littman1999-6 3. http://www.utusan.com.my/rencana ... ancamannya-1.423387 4. http://www.utusan.com.my/rencana ... kebangsaan-1.533064 5. http://www.freemalaysiatoday.com ... ata-wakil-khas-pbb/

Read more at: https://www.menara.my/udhr-hak-asasi-acuan-malaysia/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.127187 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list