CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3105|Reply: 5

Lelaki Akan Berhenti Minum Air Gas Lepas Baca Ini

[Copy link]
Post time 30-8-2016 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Anda sudah lama mahu menimang cahaya mata tetapi walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin, usaha anda dan isteri masih tidak membuahkan hasil. Tak pasal-pasal si isteri dikerah berjumpa dengan doktor pakar kerana ego anda merasakan bukan anda yang menjadi penyebabnya.


Tetapi mungkin anda silap, ia mungkin disebabkan oleh diri anda sendiri. Tanya diri anda dahulu, dalam seminggu berapa kali anda meminum minuman berkarbonat? Jika jawapan anda berliter-liter, ia bukan sahaja dapat membahayakan kesihatan secara keseluruhannya, tetapi ia juga akan menjadikan anda mandul!

Menurut kajian, sekiranya anda minum satu liter air berkarbonat setiap hari, ia akan mengurangkan penghasilan sperma sebanyak 30% dan menjadikan sperma anda kurang aktif. Satu lagi kajian yang dilakukan ke atas 2,554 lelaki muda di Universiti Copenhagen Hospital menunjukkan, air berkarbonat yang diambil di dalam jumlah yang tidak terkawal mengurangkan sperma lelaki kepada 35 million setiap mililiter, di mana seorang lelaki yang mempunyai kesihatan seksual yang optimum akan menghasilkan lebih kurang 56 million sperma per mililiter.

Walaupun 35 milion sperma yang terhasil itu masih di tahap ‘normal’, tetapi penghasilan sperma yang rendah meningkatkan risiko kemandulan! Sudahlah sperma semakin kurang, kualiti sperma juga menurun. Bagaimana anda mahu menimang cahaya mata sekiranya anda masih terus banyak mengambil minuman berkarbonat?

Pasti anda tertanya-tanya, adakah ini disebabkan oleh kandungan kafein di dalam air berkarbonat yang tinggi? Jadi perlukah anda mengurangkan pengambilan teh dan kopi juga untuk menjamin kesihatan seksual anda? Jawapannya adalah, ia bukan disebabkan kandungan kafein tetapi kandungan lain di dalamnya yang menyebabkan pengurangan penghasilan sperma yang drastik. Kandungan gulanya yang tinggi juga turut menjadi penyebabnya.

Air berkarbonat mengandungi sekurang-kurangnya 12 sudu gula. Jika anda minum air berkarbonat di dalam kadar yang tidak terkawal, ia akan meningkatkan risiko kencing manis. Kajian menunjukkan, lelaki yang menghidap penyakit kencing manis tahap satu mungkin mengalami lebih banyak kerosakan DNA di dalam sperma mereka dan menurunkan tahap kesuburan.

Kajian telah dijalankan oleh Universiti Queen di Belfast ke atas 27 lelaki yang menghidap kencing manis tahap 1 untuk membuktikan bahawa kandungan gula dalam darah mempengaruhi kadar dan kualiti sperma yang dihasilkan. Sampel sperma mereka diambil dan telah dibandingkan dengan 29 lagi lelaki yang sihat.

Hasil kajian menunjukkan bilangan sperma, bentuk dan gerakan sperma di antara lelaki yang menghidap kencing manis dan lelaki yang sihat adalah lebih kurang sama. Tetapi DNA di dalam sperma lelaki yang menghidap kencing manis banyak yang telah rosak. Kerosakan DNA di dalam sperma akan meninggikan risiko kemandulan. Lagi berita buruk kepada penggemar minuman berkarbonat. Bukan sahaja ia mengurangkan penghasilan sperma dan juga mempengaruhi kualitinya, ia juga meningkatkan risiko kemandulan sekaligus boleh menyebabkan ketidakfungsian erektil.

Kepada penggemar minuman berkarbonat, inilah masanya untuk anda mengurangkan pengambilannya, kerana ia bukan sahaja mempengaruhi fungsi badan anda dan kesihatan anda secara keseluruhan, tetapi juga ia boleh mempengaruhi tahap ‘kelelakian’ anda. Kepada kaum lelaki yang sudah ‘terlanjur’ atau sudah terlebih pengambilan minuman berkarbonat, mungkin sudah tiba masanya untuk anda memperbetulkan sistem tubuh anda terutamanya sistem reproduktif yang sudah anda ‘rosakkan’.

Cara terbaik adalah untuk anda terus rujuk kepada pakar. Tetapi sekiranya kosnya membebankan, pengambilan makanan tambahan lelaki yang berasakan bahan semulajadi juga boleh membantu anda memperbetulkan tahap kelakian dan kesuburan anda dengan cepat dan pantas, sekiranya ia diambil dengan konsisten.

Makanan tambahan lelaki juga mampu meningkatkan kesihatan seksual anda dengan mengoptimumkan tahap testosteron anda yang menjamin tahap libido yang sihat dan juga meningkatkan tenaga, stamina dan prestasi seksual anda. Tahap testosteron yang optimum menjamin kepekatan, kuantiti dan kualiti sperma yang menjadikannya aktif sekaligus meningkatkan tahap kesuburan kaum lelaki.

Credit: http://www.vimax-vigrx-malaysia.my/kaum-lelaki-akan-berhenti-minum-air-berkarbonat-selepas-anda-baca-ini/





Pos ni untuk peringatan aku sendiri gak sebab suka makan fast food dan air gas masa lunch sebab murah dari makan nasik berlauk. Minum sikit sikit takpelah kot.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2016 12:34 PM | Show all posts
kalau 100 plus tu dikira air gas jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 12:43 PM | Show all posts
tak caya aku...
febret aku coke sejak kecik, anak dh bederet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2016 12:47 PM | Show all posts
zulka replied at 30-8-2016 12:43 PM
tak caya aku...
febret aku coke sejak kecik, anak dh bederet

yeke? aku febret 100plus. takut tak memasal aku hilang jantan pulak. anak pun belum ada lagi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 12:50 PM | Show all posts
supaboy replied at 30-8-2016 12:47 PM
yeke? aku febret 100plus. takut tak memasal aku hilang jantan pulak. anak pun belum ada lagi ni.

takde hal la... mengarut je dorang ni

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
supaboy replied at 30-8-2016 12:47 PM
yeke? aku febret 100plus. takut tak memasal aku hilang jantan pulak. anak pun belum ada lagi ni.

Xsihat la tu air gas,banyak amaran dokter untuk menjauhi tu minuman
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039801 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list