CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3061|Reply: 3

Betulkah 3 Barang Ini Wajib Ada Di Kamar Mandi Bagi Lelaki?

[Copy link]
Post time 2-9-2016 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ramai lelaki yang kurang membuat penekanan terhadap penjagaan wajah mereka. Kaum adam ini sering ambil mudah dengan hanya membasuh muka, bagi mereka ia sudah kelihatan bersih daripada kotoran dan segar sepanjang hari.




Namun, penjagaan wajah lelaki kini sudah selari dengan wanita. Terdapat pencuci muka, penyegar dan pelembap disediakan dengan pelbagai jenama.

Kamar mandi anda tidak perlulah kelihatan mewah dan lengkap segala peralatan cukuplah sekadar memiliki beberapa perkara asas yang harus ada untuk setiap lelaki. Sudah semestinya bahan-bahan untuk kebersihan itu harus menjadi keutamaan.

Berikut adalah beberapa regimen ataupun perkara yang setiap lelaki wajib ada. Cuba cek!. - CARI  





1. Pencuci muka

Kaum lelaki digalakkan untuk menggunakan pencuci muka ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Tiadalah liang roma tersumbat dengan kekotoran.




2. Pelembab



Tidak kira bagaimana mewah pakaian dan jenama yang anda pakai, wajah anda lebih banyak mendapat perhatian. Untuk itu tentu anda tidak mahu kulit anda kelihatan kusam di hadapan orang ramai bukan? Anda perlulah menggunakan pelembap yang berkualiti dan tidak terlalu berminyak. Jangan gunakan sebarang losyen kerana setiap kulit mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang mungkin tidak sesuai menggunakan sesetengah produk.

3. Krim atau pelebat rambut

Kes keguguran rambut ini bukanlah sesuatu yang luar biasa apa lagi pada lelaki pertengahan umur. Malah masalah ini juga kadangkala turut mengganggu remaja yang mempunyai kulit kepala yang bermasalah. Rambut adalah mahkota anda dan seharusnya ia dijaga dengan baik.

Penggunaan krim atau minyak pelebat rambut boleh menyelamatkan anda dari masalah keguguran rambut tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak.

4. Masker wajah (yang ini tak ramai yang ada)

Ramai lelaki di luar sana yang beranggapan penggunaan masker wajah ini lebih merujuk kepada wanita sahaja. Tapi kadangkala wajah lelaki juga memerlukan perawatan dan belaian yang baik untuk menjadikan ia lebih segar dan ceria.

Masker wajah membantu untuk menjadikan kulit kelihatan lebih tegang ataupun mengurangkan bintik-bintik asing pada wajah serta mengecilkan rongga pada wajah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2016 05:32 PM | Show all posts
no 2 , 3 dan 4 tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 02:07 AM | Show all posts
sabun!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2016 09:17 AM | Show all posts
facial cleanser sahaja huhu..kite urang kampung saje boh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.899690 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list