|
Ucapan sempena melayari hari yang bosan.
Jalan berlubang sudah di turap
Cepat diturap sebab mengundi
Kerajaan baru yang sangat diharap
Tapi Lain pulak yang jadi
Makan tidur main skipping
Skipping dibeli oleh En. Laki,
Aku rindu nak pergi shopping
Beli kat shopee x muat dikaki.
Suntik vaksin janda dan dara
Sebab covid ramai yang papa
Bile entah nak jumpa saudara
Takut x kenal lama x jumpa
Duduk rumah work from home
Layan forum pagar menggunung
Pondan operate buang halkum
Aku je ke yang boring termenung?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keluhan Penjara Covid
Memasuki dua tahun,
Kita masih dipenjara,
Tahun pertama, Kita redha,
Tahun kedua, Kita kecewa,
Wayang rampas kuasa, tak berkesudahan,
Nyawa semakin banyak yang hilang,
Semangat semakin lama lupus,
Semoga satu hari,
Ada sinar, dari Ilahi,
Jawapan dan penyelesaian bagi penjara covid ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penat Tengok Angka
Saban hari angka menaik,
sebelum ini ada yang suka tengok bila angka mengena
hari ini dah jemu tenok angka
bilalah nak kembali ke asal semula
adakah negara ku sudah hilang barkahnya
bertegang di mana-mana
bosan melihat sikap manusia
namun, harapan perlu ada
setelah kita berusaha
moga pergilah penyakit ini
sentiasalah berdoa kerana tiada yang berkuasa melain Dia
Ujiannya pasti membenihkan rahmah kepada sekelian manusia
Sungguh Ya Allah aku rindu kepada keadaan dulu
Mungkin dulu kurang syukurnya bila dah tiada semua sengsara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu semasa kita belasan tahun
Kita pernah bercinta tapi aku meninggalkanmu
Aku pergi sebab masa tu aku bersikap materialistik
Lepas agak lama kita tak jumpa
Allah pertemukan kita semasa kita dah sama2 matang
Cubaan utk menghindarkan diri darimu tidak berjaya
Sebabnya kau kata masih boleh terimaku semula wp aku dah berank pinak
Ku sangka kau ikhlas tapi rupanya penakut
Yup mungkin silap ku juga atau mungkin kau nak balas dendam
Terima kasih sebab kita berjaya merealisasikan percintaan kita hingga ke
Alam perkahwinan..
Terimakasih sebab bagi ku title lagi
18.7.21.akan tetap tersemat diingatan
Kali ini perpisahan kita beserta permusuhan....
Terima kasih kerana pernah menjadi suami sementara utk diri ini
Berbelas tahun x jumpa tapi bila terjumpa lagi kita jadi suami isteri dan akhirnya
menjadi musuh
Elok tak payah jumpa semula |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selamat hari raya aidil adha |
|
|
|
|
|
|
|
Sajak ini ditulis kerana terlalu rindu
Rindu..
Setiap hari pasti akan merasai rindu
Rindu pada yang telah tiada
Rindu yang tiada berpenghujung
Dia,
Insan yang kami sayangi
Mereka tulang belakang kami
Doa dan restu sering diberi
Tanpa diminta ikhlas dihati
Kini,
Semua itu sudah tiada lagi
Kami buat hal sendiri
Kerana dia sudah tidak ada lagi
Yang ada hanya rindu setiap hari
Doa,
Untuk dia setiap hari
Pohon berada ditempat yang tertinggi
Ampunkan dosanya jika diadili
Semoga berjumpa di syurga nanti
Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini
Aku diuji
Diuji dengan penyakit Anxiety
Namun ku kena kuat
Kuat untuk suami dan anak2
Mereka perlukan kita
Jadi kita kena berusaha
Berusaha untuk berfikiran positif
Positif boleh membuatkan kita yakin
Yakin kita boleh sihat
Hidup sempuran seperti orang lain
Jadi kita kena ingat
Kalau kita berusaha
Allah akan bantu kita
Begitu juga aku
Aku ingat sihat
Sihat seperti orang lain juga
Doakan aku |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
HR,
Saya ingin memaklumkan bahawa pegawai yang HR pindahkan ke jabatan ini, kerap cuti, cuti kecemasan dan cuti sakit. Dia sentiasa menasihatkan orang bawahannya tentang undang-undang atau peraturan kedatangan di pejabat, tapi saya merasakan dia umpama "cakap tak serupa bikin". Apa yang perlu saya buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah tiba hari minggu
Hari yang aku khaskan untuk berehat
Namun sekiranya ada undangan
Sedaya upaya kan aku tunaikan
Selalunya pabila tiba hari ini
Aku kan cuba memanjakan diri
Yang pasti minda ku akan santai-santai
Atau kadang-kadang kubiarkan melayang
Mengingati memori yang sudah lepas
Waktu manis dan gembira
Kan sentiasa bermain di ingatan
Sudah separuh hari Ahad berlalu
Semoga bertemu lagi di lain minggu..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Syukur
Syukur kerana penyakitku sudah mula sembuh
Walaupun x sepenuhnya tp aku tetap
Syukur
Syukur kerana aku sudah mula kuat
Kuat untuk berpjj dengan suami
Saat kesihatan aku belum pulih sepenuhnya
Syukur
Allah ada bersama
Suami ada bg sokongan
Anak2 ada bg pertolongan
Adik beradik ada bg semangat
Kawan2 ada bg harapan
Syukur dengan ujian yang Allah bagi
Aku bangun untuk menjadi ibu dan isteri yang kuat
Semog aku terus kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Disember kau hadir
BUlan penutup setiap tahun
Kiraanmu diguna pakai utk kalendar tahun Masihi
Masih ku rasa seperti baru melangkah ke tahun ini
Namun pergerakan hari,bulan dan waktu sudah sampai ke hujungnya
Masa itu emas namun tetap ada kesulitan dan halangan yg penuh dgn cabaran
Tiada apa lagi dirasa bila umur semakin menua saban tahun
Perasaan dan pemikiran itu luar biasa berubah dek kerana lanjut usia
Bukan lagi fikiran muda yang menjengah tetapi rasa hambar itu mungkin kerana sudah lama jadi penghuni di dunia
Tiada yg dapat membalas kegembiraan dan kesukaan pd usia kanak-kanak dan waktu muda kerana usia tua itu akan dirasakan semakin suram dan sepi.
Begitulah hanya amalan agama yg kekal menjadi relevan sampai saat ajal dipanggil
Tiada apa lagi untuk dilihat dan dikagumi pd dunia kerana rasa dunia itu tidak kemana akhirnya
Carilah agama dan bertahan dengan unjuran hukum hakam Islam sepenuhnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|