CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7856|Reply: 3

[Pelbagai] Pemikiran lateral lawan pemikiran lurus (vertikal)

[Copy link]
Post time 14-2-2017 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by arinn at 14-2-2017 03:57 PM

Beza antara pemikiran lateral dengan pemikiran lurus (vertikal)

Pemikiran lateral ialah cara berfikir yang berlawanan dengan cara berfikir secara lama atau tardisional. Berfikiran lateral lebih menitikberatkan mencari idea baharu, bebas daripada dibelenggu atau dikongkong oleh konsep dan idea lama. Fikiran ini  akhirnya menghasilkan pemikiran kreatif, kreativiti dan beberapa keputusan yang mungkin lebih baik daripada hasil pemikiran yang lurus. Sesetengah orang, terutamanya yang masih konservatif,  tidak boleh menerima cara pemikiran lateral  kerana ia bertentangan dengan cara pemikiran normal.
        Pemikiran lurus pula ialah jenis pemikiran tradisional atau cara pemikiran lama.  Sesuatu keputusan dalam fikiran ini akan dicapai dengan mengikuti beberapa siri langkah yang boleh diguna pakai.
Dalam dunia yang  canggih sekarang ini, pemikir secara lateral sangat diperlukan untuk mencambahkan lagi idea baharu, yang kadang-kadang dianggap mustahil untuk dicapai, tetapi akhirnya dapat juga dicapai dengan disertakan usaha dan ikhtiar. Kalau semuanya hanya berasaskan kepada pemikiran lateral, ia akan menimbulkan masalah juga kerana tidak ada penghujungnya, meneroka idea tanpa ada garis sempadan, akhirnya tiada keputusan yang dapat dipilih untuk dilaksanakan. Oleh itu, akhirnya pemikiran lurus juga diperlukan bagi menetapkan sesuatu keputusan yang perlu dilaksanakan kerana mempunyai fokus.

       Kesimpulannya,  pemikiran lateral perlu untuk percambahan idea tetapi pemikiran lurus perlu untuk memfokus kepada pilihan apa-apa idea daripada pemikiran lateral untuk dilaksanakan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 07:43 PM | Show all posts

Istilah pemikiran lateral diciptakan oleh Edwar de Bono  dalam buku New Think: The Use of Lateral Thinkingyang published pada tahun 1967.

b. lateral thinking as “seeking to solve problems by unorthodox or apparently illogical methods”. (The oxford dictionary) = usaha untuk memecahkan masalah dengan metode yang tampaknya tidak logis”.

c.      a heuristic for solving problems; you try to look at the problem from many angles instead of tackling it head-on    – wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn

d.     Lateral thinking is a term coined by Edward de Bono, for the solution of problems through an indirect and creative approach. Lateral thinking is about reasoning that is not immediately obvious and about ideas that may not be obtainable by using only traditional step-by-step logic. enwikipedia.org/wiki/wiki/lateral thinking

e.     Using reasoned thought in a non-standard, or non-linear logical, way to find a solution to a problem – en.wiktionary.org /wiki/lateral thinking

f.       Attempting to solve a problem by using non-traditional methods in order to create and identify new concepts and ideas.http://www.teach-nology.com/glossary/terms/l/

g.     is a term coined by Edward de Bono, a Maltese psychologist, physician and writer. It first appeared in the title of his book The Use of Lateral Thinking, published in 1967. De Bono defines lateral thinking as methods of thinking concerned with changing concepts and perception. . india.smashits.com/wikipedia /lateral thinking

h.     refers to a means of escaping from habitual mind patterns (or logical sequential thinking) in order to solve problems or explore new ideas.   Techniques include deliberate and provocative challenging of preconceptions, and rejection  of yes/no thinking. securitybeyondborder.org/global-security-glossary/global-security-glossary-l/

i.       thinking that finds solutions in ways that do not seem obvious .http://www.thutong.doe.gov.za/resourcedownload.aspx

j.       Lateral thinking is solving problems through an indirect and creative  approach, using reasoning  that is not immediately obvious and involving ideas that may not be obtainable by using only traditional step-by-step logic.. http://www.wikipedia.com

Istilah ” Lateral Thinking “dapat digunakan dalam dua pengertian:

Spesifik: Satu set teknik yang sistematis yang digunakan untuk mengubah konsep dan persepsi, dan menciptakan yang baru.

Umum: Menjelajahi beberapa kemungkinan dan pendekatan bukan mengejar pendekatan tunggal.

Edward de Bono telah menulis secara luas tentang proses berpikir lateral – generasi baru solusi masalah. Titik berpikir lateral adalah bahwa banyak masalah yang membutuhkan perspektif yang berbeda untuk memecahkan masalah.

De Bono mengidentifikasi empat faktor penting yang terkait dengan berpikir lateral:

(1) mengenali ide dominan dan polarisasi persepsi masalah,

(2) mencari cara yang berbeda untuk melihat sesuatu,

(3) relaksasi pengendalian berpikir kaku, dan

(4) penggunaan kesempatan untuk mendorong ide-ide lain. Faktor terakhir ini   berkaitan dengan fakta bahwa berpikir lateral melibatkan ide-ide probabilitas rendah yang tidak mungkin terjadi dalam kegiatan peristiwa.normal

Berpikir lateral     vesus berpikir vertikal

berpikir vertikal                                    berpikir lateral

– memilih                                                       – perubahan

– mencari apa yang benar                      – mencari apa yang berbeda

-satu hal yang harus mengikuti           – membuat sengaja melompat

langsung dari yang lain

-berkonsentrasi pada relevansi          -menyambut kesempatan intrusi

-bergerak dalam arah yang                   -mengekplorasi kemungkinan arah sedikit

paling mungkin


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 07:57 PM | Show all posts
Dlm konteks pendidikan -

Kepentingan pemikiran mendatar ini adalah sesuatu masalah yang perlu dilihat daripada perspektif yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan. De Bono manyatakan bahawa terdapat empat faktor yang sangat penting dalam persekitaran mendatar ini iaitu :
      i.        Mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi
    ii.        Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan
   iii.        Melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal
   iv.        Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.
            Tujuan menggunakan teknik pemikiran mendatar ini adalah untuk merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti yang melibatkan sumbangsaran di mana murid-murid dalam setiap kumpulan perlu berhubung antara satu sama lain. Terdapat lima jenis teknik pemikiran mendatar atau lateral. Diantaranya adalah :
1)    Perkaitan bebas iaitu berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapatnya banyak idea bebas untuk murid membentuk kaitan dengan konsep-konsep yang dikaji
2)    Kaedah “Reversal” adalah untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat cara-cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi
3)    Kaedah objek Fokal yang melibatkan murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan kaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji
4)    Kaedah cabaran iaitu murid-murid mencabar cara-cara atau perkara-perkara yang dilakukan dengan keadaan yang sedia ada. Ini dilakukan bukan untuk menunjukkan kedaan yang sedia ada itu adalah salah tetapi untuk menggalakkan konsep “pemikiran di luar kotak”
5)    Menganalisa masalah di mana proses ini memecahkan situasi atau masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali “fractions”. Seorang murid dapat menyusun semula keadaan dengan meletakkan “fractions” dalam cara-cara yang baru. Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan menjana alternetif-alternatif berbeza kepada sesuatu masalah.
            Melalui proses pemikiran mendatar ini guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui pelbagai perspektif dengan menggunakan prosedur seperti untuk memecahkan  sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian yang kecil dan meletakkannya semula untuk melihat penyelesaian yang unik dan berbeza serta untuk melihat alternatif-alternatif yang berbeza berbanding dengan cara-cara tradisional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
            Terdapat juga beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk merangsang pemikiran lateral atau mendatar iaitu dengan menggunakan kaedah seperti senarai rujuk, permainan dan latihan serta matafor dan analogi iaitu persamaan dan perbandingan. Dengan itu, ia akan menggalakkan murid berfikir secara lebih kreatif.
            3.2 Pemikiran Menegak

            Pemikiran menegak dikenali sebagai “vertical thinking”. Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kalangan yang berpemikiran menegak akan memfokuskan kepada satu idea atau penyelesaian sebagai jawapan yang betul serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci. Kalangan yang berpemikiran menegak boleh mempertimbangkan perkaitan antara sesuatu situasi atau idea yang boleh membantu mereka memahami sesuatu idea dengan baik lalu menggunakan idea tersebut itu dalam situasi tertentu secara berkesan.

Sesuatu masalah dapat diselesaikan secara baik dan berkesan. Di antara ciri-ciri menegak adalah seperti berikut :
1)    Murid-murid mesti betul dan tepat dalam setiap langkah
2)    Dalam kategori pemikiran menegak, klasifikasi dan label adalah tetap
3)    Seseorang itu mesti betul pada setiap masa
4)    Pemikiran menegak mengikut urutan yang spesifik
5)    Pemikiran menegak lebih menumpukan kepada apa yang relevan

            Justeru itu, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara pemikiran menegak dan pemikiran lateral seperti pada jadual yang berikut :

1- PEMIKIRAN MENEGAK
2- PEMIKIRAN LATERAL

·1         Mencari pendekatan yang betul
·  2      Mencari sebanyak pendekatan yang mungkin

· 1        Ketepatan
· 2        Kekayaan

·   1      Dilanjutkan jika terdapat arah
·    2    Menjana arah baru

·   1      Mengikut urutan spesifik
·    2     Fleksibel

·   1      Mesti betul pada setiap langkah
·     2    Tidak perlu betul pada setiap langkah

·     1    Meningalkan yang tidak relevan
·    2     Menerima perubahan

·     1    Kategori/label yang tetap
·    2     Label mungkin berubah-ubah

·    1     Meninjau alternatif-alternatif yang mungkin
·   2      Meninjau alternatif-alternatif yang tidak dijangka

·  1       Adalah proses finit/tetap
·   2      Adalah proses kemungkinan

·   1      Adalah analitikal
·    2     Adalah provokatif

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 11:46 AM | Show all posts
Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional.
Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan.
Ia menekankan kepada nilai kenyataan dan idea- idea yang baru
Tujuannya untuk melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.377909 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list