|
The most important thing is to change the bath soap. Do not use bar soap. Use shower cream or shower gel. It helps a lot. |
|
|
|
|
|
|
|
The most important thing is to change the bath soap. Do not use bar soap. Use shower cream or shower gel. It helps a lot. |
|
|
|
|
|
|
|
Few days back , a fren wassap me her leg up to ankle. swollen and merah...aduh kesiannya I xtau nak suggest apa... |
|
|
|
|
|
|
|
i doakan you stay strong and cuba tanya dr, is food really play important role...gluten free? apa je u all boleh makan?
|
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01 replied at 29-12-2022 12:18 PM
For me, mmg awal2 dulu masa 1st kena Dr dah siap tukarkan sabun mandi, tgn dgn brand yg eczema frie ...
Uol jumpa derm kt mana? Allergic test result mcm mana? I know someone yang buat test tp makanan semua ok. Habuk/hama yg xboleh |
|
|
|
|
|
|
|
yea ke u? so mcm mana skrg?
ha ah, masa tgh tggu turn nk jumpa Dermatologist at PPUM i pun ade ternampak eczema org lain, ade yg kat betis tu. Tp better la dari kat tapak kakikan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks U
U know what hari tu I walk in Derma clinic PPUM, sabar je la lepas 1/2 jam tggu rupe2nya Dr sibuk so kena dtg hari lain on 24th Feb??? I tanya nurse. nurse kata gi la private kalau dah x tahan..nangis jap
So Friday tu half day at PPUM, half day lagi kat Assunta. Nasib baik ade Dermatologist hari Jumaat tu cause Dr ada on Tuesdays & Fridays..
Anyway, nak pendekkan cerita Dr tu kata I kena flare up, that's why muka, telinga siku, kaki semua naik rash merah gatal. All this time i fikir positif je "at least x kena kat muka" last2 kena jgk....nak letak emoji nangis x bleh pulak.
Dr kata mungkin la tersalah mkn ke apa ke, but i punya ni genetic la tp baru skrg nak show up..Mcm biase i buat strip show for Dr & Nurse tgk my armppit etc....
Ya ampun, list jenis mknn yg kena kurangkan tu byk u..walaupun sblum ni mmg pernah pantang dah sedekad mkn, sbb gastrik & GERD i was like..no more!! I can't do this uhuhuhu
It took about 2 weeks nak nampak improvement, ubat semua guna yg baru yg PPUMnya stop. RM500+ terbang , 2nd time RM200++ Dr bg i oil soap bar utk mandi die suruh i stop guna PPUMnya. best sabun ni berbuih & smooth je nak guna..
Ubat ade 3 jenis kena mkn, sapu 1 jenis this is for 2nd appointment. Next Friday my 3rd follow up, harap xyah gi Assunta lg. Alhamdulillah my hands and armpits getting better, tp mcm biase ambik masa nk repair kulit kan...especially armpits tu cause this time makin luas area jajahan eczema tu hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey u..kalau rajin bleh la bc post i kat atas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Hai all kawan-kawan semua, penjelasan berkenaan ekzema i dapat info dari google
Maksud eczema?
Ekzema adalah satu penyakit di mana keadaan kulit anda akan menyebabkan kegatalan dan keradangan kulit. Siapa yang mempunyai ekzema shaja yang tahu betapa seksanya mempunyai penyakit ini.
TIDAK JELAS PUNCA SEBENAR YANG MENYEBABKAN PENYAKIT EKZEMA. WALAUPUN EKZEMA BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT, JIKA ANDA MEMPUNYAI AHLI KELUARGA MENGHIDAPI SIMPTOM EKZEMA, ANDA JUGA BERKEMUNGKINAN BESAR BOLEH MENGIDAP PENYAKIT INI.
Ia menyebabkan kulit menjadi kemerahan kerana keradangan dan kegatalan. Ekzema juga memperlihatkan bengkak kecil berair pada kulit. Makanan yang baik untuk ekzema dapat mengelakkan dari berlakunya serangan ekzema yang teruk.
Punca eczema?
Kalau tersalah makan sahaja, satu badan boleh naik gatal. Bukan itu sahaja, jika berpeluh pun badan boleh naik gatal-gatal tau. Sebab itu lah, orang yang mempunyai penyakit ekzema ini sering berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian mereka.
OLEH ITU, PENJAGAAN MAKANAN YANG BETUL ADALAH AMAT PENTING UNTUK MENGELAK KEADAAN EKZEMA MENJADI LEBIH TERUK.JADI, ANDA MENGIDAP PENYAKIT EKZEMA, ANDA MESTI MENGAMBIL BERAT JENIS MAKANAN YANG PATUT DIELAK DAN MAKANAN YANG SESUAI DIAMALKAN. LAIN ORANG TIDAK SAMA JENIS MAKANAN YANG DIA ALAH
Makanan yang perlu dielakkan:
• Produk tenusu
• Telur
• Produk soya
• Gluten
• Kekacang
• Ikan
• Makanan laut
Makanan perlu dielakkan?
1. Makanan Mengandungi Bahan Tiruan dan Bahan Pengawet
Makanan seperti buahan kering yang mempunyai bahan pengawet dan makanan segera dengan bahan tiruan dari segi pewarna atau rasa seperti makanan ringan boleh cetuskan ekzema.
2. Makanan Mengandungi Lemak Trans dan Gula Tinggi
Makanan tinggi lemak trans seperti marjerin dan makanan segera serta makanan yang tinggi kandungan gula seperti minuman berkarbonat serta kek boleh menyebabkan ketidakselesaan ketara pada penghidap ekzema.
3. Makanan Mengandungi MSG
Kandungan monosodium glutamate atau MSG tinggi dalam makanan sama ada semulajadi atau tiruan adalah musuh nombor satu kepada penghidap ekzema.
Antara makanan yang mengandungi unsur semulajadi MSG tinggi ialah brokoli, tomato, kicap dan sebagainya. Elakkan juga menggunakan MSG tiruan dalam masakan
4.Makanan bergoreng
Jika boleh elak terus untuk makan makanan bergoreng kerana ia cepat mencetus rasa gatal kulit, elak dari menggaru dan terkena air kerana luka berkenaan mudah dimasuki bacteria dan akan menjadi berair serta nanah. Memang akan lambat sembuh dan ia memberi kesan piskologi seperti stress dan rasa sedih kerana tidak boleh makan makanan yang kita sukai.
Punca lain mencetus eczema:
1. Stress
2. Berpeluh
3. Pencuci dan sabun yang tidak sesuai
4. Debu/habuk, debunga dan air
Apa perlu pesakit buat ?
1. Ubah cara hidup untuk makan makanan secara sihat untuk elak makanan bergoreng dan berminyak, kerana ia mencetus rasa gatal.
2. Hadkan pengambilan makanan setiap hari seperti mengambil lebih sayur dan buah dan jangan menyentuh makanan segera seperti KFC, Mdonal dan lain-lain seperti meggi dan nugget di pasaraya.
3. Jika eczema anda semakin teruk, sila berjumpa terus dengan dokter yang boleh mengambil tindakkan
4. Hindari sebarang stress seperti tekanan di tempat kerja, tekanan dirumah dan bersenam secara ringan.
Makanan yang baik:
WALAU BAGAIMANAPUN, ANDA PERLU INGAT YANG SESETENGAH MAKANAN BOLEH MENGAMBIL MASA SEHINGGA DUA HARI ATAU TIGA HARI UNTUK MENAMPAKKAN TINDAK BALAS PADA KULIT.
Ikan
Pemakanan ikan berlemak yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan herring baik untuk pesakit ekzema. Minyak ikan mengandungi kandungan omega-3 tinggi yang dapat mengurangkan keradangan. Anda boleh mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan.
Selain itu, untuk mengubati ekzema, pesakit perlu mengambil dos agak tinggi, iaitu kira-kira enam gram omega-3, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, sila berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.
Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Pernah terfikir warna-warna cerah pada buah-buahan dan sayur-sayuran? Itu adalah daripada quercetin, iaitu sejenis bahan flavonoid yang mengandungi banyak antioksidan dan antihistamin. Kedua-dua kandungan ini dapat mengurangkan simptom radang dan tahap histamin dalam badan. Antara makanan yang kaya dengan quercetin ialah epal, ceri dan sayuran brokoli serta bayam.
Selain itu, pisang mampu melawan simptom ekzema kerana buah ini kaya dengan sumber kalium (potassium). Ubi kentang juga mempunyai banyak serat terdiri daripada kalium dan vitamin C. Sayuran seperti bawang dan daun bawang turut mengandungi quercetin serta kaya dengan vitamin K, iaitu vitamin penting untuk penjagaan kulit sihat dan seimbang.
Kunyit
Kunyit adalah sejenis rempah ratus lazim digunakan dalam masakan. Ia mengandungi bahan antioksidan dipanggil curcumin yang dapat melindungi dan memelihara kulit daripada radikal bebas sambil mempercepatkan penyembuhan luka. Amalkan satu sudu kecil kunyit dalam pemakanan harian untuk lihat keberkesanannya
Minyak Zaitun
Minyak zaitun juga sesuai untuk merawat ekzema, tetapi pastikan ia minyak zaitun asli yang tidak dicampur dengan minyak sayuran atau minyak kekacang.
Minyak zaitun adalah satu rawatan alternatif yang diakui dapat digunakan untuk menangani ekzema, termasuklah ekzema di kalangan kanak-kanak.
Kayu Manis dan Madu
Campuran kayu manis dan madu mempunyai khasiat tersendiri. Campuran dua bahan ini boleh diamalkan sebagai satu lagi rawatan alternatif bagi merawat ekzema. Sapukan campuran kayu manis dan madu pada bahagian kulit yang menghidapi ekzema sekurang-kurangnya sekali seminggu.
SAYA SEBAGAI PESAKIT EKZEMA, MENASIHATI JAUHI MAKANAN MENDATANGKAN KESAN KERANA MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK SEMBUH DAN AMALKAN MAKANAN DAN PERSEKITARAN HIDUP YANG SIHAT DAN MAKAN MAKANAN JENIS REBUS, CELUR DIMAKAN MENTAH ATAU STEAMKAN SAJA MAKANAN TERSEBUT .
saya harap perkongsian ini mendapat manafaat bersama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|