Ketika 1940 an dan 1950 an, pengganas Komunis telah menunjukkan sikap biadap & zalim terhadap masyarakat kampung. Mereka menculik anak gadis, membunuh para pemuda serta tok-tok imam di kampung-kampung. Maka bangkit tiga orang ulama yang memimpin penduduk-penduduk kampung untuk bangkit berjihad menentang kekejaman pengganas Komunis tersebut. Perang sabil ini dipimpin oleh Tuan Guru Haji Yahya bin Taha di selatan Kedah dan utara Perak, Tuan Guru Haji Bakri di Hilir Perak dan Perak Tengah dan Kiyai Haji Salleh di Johor. Angkatan perang sabil yang dipimpin oleh ulama-ulama ini ternyata menggerunkan pengganas komunis. Dengan kelengkapan senjata yang terbatas, mereka berjaya membunuh ramai pengganas2 Komunis sehingga mereka serik untuk membuat onar di kampung2 lagi. Disamping itu, ketiga-tiga orang tokoh ulama ini juga dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan. Menurut cerita, banyak maunah (bantuan Allah) berlaku seperti parang terbang, para pejuang tidak mengalami luka ketika ditembak Komunis dan lain-lain peristiwa di luar logik akal.
Semoga perjuangan mereka terus dihayati oleh kita!
|