Assalammualaikum saudara2 ku,
Alhamdulillah kita telah beberapa hari berada di bulan Ramadhan, bulan yang mulia, satu2 nya bulan yang disebut namanya di dalam Al Quran. Kita berpeluang mencari pahala yang banyak pada bulan ini,
BERILAH MAKAN ORANG YANG BERPUASA
Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi s.a.w. Walaupun secara umumnya menjamu orang lain makan merupakan amalan yang digalakkan dalam hadis, namun menjamu orang berbuka puasa lebih banyak lagi ganjarannya. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).
kita punya banyak pilihan nak belanja golongan mana untuk berbuka puasa, utamakan ahli keluarga dahulu, kemudian jiran yg miskin, anak yatim, hantar makanan berbuka ke masjid/surau berdekatan rumah. hantar gula, hantar beras , hantar kurma . dengan 1 kg gula, berapa ramai orang yang boleh minum air untuk berbuka puasa. dengan 5 kg beras dihantar ke rumah org miskin, berapa banyak hari dia sekeluarga boleh berbuka puasa. Saudara ku jangan lepaskan peluang EMAS bulan RAMADHAN yang kita ada sekarang, kerana RAMADHAN Tahun Depan Belum Pasti lagi kita boleh sampai atau tidak, kerana ajal kita tak tahu bila.
|