Cerita cinta romantik hebat di antara Jack dan Rose di dalam filem Titanic pastinya membuatkan anda berasa seperti dilamun cinta. Namun, pengakhirannya yang amat menyedihkan ketika Rose terpaksa melepaskan tangan Jack yang sudah membeku pastinya membuatkan air mata anda meleleh membasahi pipi.
Karamnya The TitanicKapal yang dikatakan tidak akan pernah tenggelam yang dibina oleh Harland dan Wolff di Ireland untuk syarikat The White Star Line itu dilancarkan pada tanggal 31 Mei 1911. Setelah hampir setahun dilancarkan, kapal mewah itu akhirnya siap selepas pada 2 April 1912. 8 hari kemudian, ia melancarkan ekspedisi pertamanya daripada Southampton, England ke New York City, Amerika Syarikat.
Namun, setelah hampir 2 minggu berlayar, satu insiden tidak diingini berlaku di mana sejarah mengatakan bahawa kapal ini telah terlanggar sebuah iceberg yang telah membuatkan kapal itu bocor dan dimasuki air, pada 14 April 1912. Disebabkan kerosakan yang serius, akhirnya kapal itu tenggelam 2 jam 45 minit selepas perlanggaran. Daripada jumlah keseluruhan penumpang dan krew sebanyak 2,224 orang, lebih daripada 1,500 orang dianggarkan telah terkorban.
Tenggelamnya kapal megah itu telah menimbulkan banyak spekulasi dan faktor-faktor yang menyebabkannya tenggelam. Antaranya adalah kapal itu berlayar terlalu laju kerana ingin membuat rekod kelajuan untuk trip itu yang dikemudi oleh Kapten Edward Smith. Namun, arahan itu dikeluarkan oleh pengerusi The White Star Line sendiri, Joseph Bruce Ismay.
Sebab lain adalah kerana menara pemantau tidak mempunyai binokular dan tiada laporan mengenai kelihatannya iceberg ketika pelayaran itu.
|