CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1845|Reply: 10

[Tempatan] Jangan buang masa tonton filem ‘bodoh’ menjelang Merdeka, kata Zaid

 Close [Copy link]
Post time 8-8-2017 10:26 AM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyifatkan sebuah filem baharu mengenai pengorbanan Regimen Askar Melayu sebagai “kerja jahat dan bodoh” yang memalukan anggota pasukan itu sendiri.

“Saya menyeru janganlah membuang masa menonton filem ini,” kata Zaid, merujuk filem “Malay Regiment” yang menimbulkan kritikan selepas ia membuat rujukan mengenai DAP.

Sebuah promosi filem arahan Datuk Jurey Latiff Rosli dan dibintangi Datuk Ahmad Tamimi Siregar itu menunjukkan ia muat dengan propaganda anti-DAP, termasuk penampilan sebuah kereta Mercedes-Benz dengan nombor plat “DAP165” yang boleh dibaca sebagai “DAPigs”, suatu jolokan menghina terhadap parti itu di media sosial.

Promosi yang dimuat naik di YouTube menunjukkan adegan seorang lelaki Cina melihat ke arah bangunan Parlimen sambil berkata dalam bahasa Cina: “Kita tidak perlu berperang. Hanya gunakan otak untuk menguasai ekonomi.”

Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam mengarahkan adegan itu, yang tidak ada dalam filem penuh, dikeluarkan, kerana ia menghina DAP.

Filem tersebut mengisahkan 3 cucu askar Malay Regiment menjejak perjuangan datuk mereka. Ia dibuka di pawagam pada Hari Kemerdekaan hujung bulan ini.

Zaid berkata filem seperti itu suatu kebiasaan setiap kali menjelang perayaan Merdeka.
“Tahun lalu filem ‘Tanda Putra’ mempamerkan unsur orang Cina yang memulakan tragedi 13 Mei, 1969,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang kini ahli DAP.

Zaid berkata filem tersebut merupakan penghinaan kepada Askar Melayu kerana mereka digambarkan seolah-olah boleh diperbodohkan dan diperalatkan Umno.

“Askar Melayu dan seluruh anggota Angkatan Tentera tidak berpolitik, dan tanggung jawab mereka ialah kepada Malaysia, bukan kepada Umno. Jangan sekali-kali kita merendahkan maruah mereka dan mensia-siakan pengorbanan mereka,” katanya.

Zaid berkata filem itu menyerlahkan kebimbangan Umno terhadap kemaraan gabungan 4 parti di bawah Pakatan Harapan.
“Sebab itulah mereka cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan yang berbangsa Cina. DAP sekarang ini telah diterima oleh ramai orang Melayu, dan inilah sebabnya Umno dan unit propaganda mereka mahu orang Melayu benci kepada DAP.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
1 soalan.  Nape kontol beliyau yang sentap?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:13 AM | Show all posts
Wow kena cari filem ni. Munah suka filem perang. Pasal politik tolak tepi. Nak tengok filem ni storyline dengan camera works dia cantik ke tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:24 AM | Show all posts
zaid kn ulama liberal,
psl doa pn dia marah
apetahlagi bab2 gini

klu dipikir psl plet dap165 tu samadgn dapig
lagila nama malaysia ni, de sstgh org pikir malay+sia
sia tu singkatan dri sial

sdgkn pndapat lain sebut , malays + ia
ia tu tanah dlm latin (tktaula aku pesal terselit latin dlm ni)

takdela org melayu sentap smpai skrg.

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:26 AM | Show all posts
ahli DAP sentap... patutlah...
Filem yang patut ditonton...harap Astro tayang filem "Kanang AK Langkau"

Zaid katak sila mereput...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi tak bagi lagi org mencari..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2017 12:17 PM | Show all posts
wow makin tertekan pulak puak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 12:37 PM | Show all posts
Sentap & terhina kah sis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 12:46 PM | Show all posts
Zahid sejak masuk DAP ni nampak lebih kongkang dari apek kongkang DAP itu sendiri..

Ko boleh jadi Ridhuan Tee versi DAP la pulak Pak Jahit ooiii...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 01:13 PM | Show all posts
aku sebenarnya tak tau kewujudan filem ni.free advertisement keww
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Umat suci mulia melayu hafus bangga dengan malay regimdnt ini kerana merekalab yanv nantinya akan merebut sumatra kembali kedalam bágian malaysia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.342038 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list