View: 4648|Reply: 16
|
3.5 Juta Sertai Tentera Pyongyang, Korea Utara
[Copy link]
|
|
Korea Utara mendakwa kira-kira 3.5 juta individu menyertai tentera Korea Utara Pyongyang untuk mempertahankan negara itu jika peperangan tercetus dengan Amerika Syarikat (AS).
“Seluruh rakyat bangkit untuk melancarkan serangan balas beribu kali terhadap Washington. Mereka yang telah mendaftar untuk menyertai tentera Pyongyang termasuk askar bersara dan pelajar,” menurut laporan diterbitkan akhbar Rodong Sinmun.
Di wilayah Hwanghae, seramai 89,000 pemuda memohon untuk berkhidmat dalam tentera pada 9 Ogos lalu manakala lebih 20,000 pelajar, anggota parti dan buruh di daerah Daedong di wilayah Pyongan Selatan telah mendaftar bagi tujuan sama.
Sejak beberapa hari lalu, perang retorik telah tercetus antara AS dan Korea Utara yang mana kedua-dua belah pihak mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap satu sama lain.
Jumaat lalu, China, Rusia dan Jerman turut beri amaran terhadap Washington dan Pyongyang berhubung perang retorik tersebut yang dikhuatiri mencetuskan peperangan sebenar. – Press TV
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastu impact kena kat malaysia. Musibat korg |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perang pun,Amerika support gitu2 je Korea selatan.amerika lebih risaukan serangan nuklear Korea Utara ke atas pangkalannya di Okinawa dan Guam.
Amerika akan reserve tentera dia untuk berdepan dengan China dan Rusia.
Amerika kekurangan sekutu di Pasifik. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat hamba abdi, hamba seks semua masuk askar bapok pun mau heboh ka |
|
|
|
|
|
|
|
Kena kat kepala burit kurap engkau saja la bodoh. Ptuihh
|
|
|
|
|
|
|
|
Korea utara pengecut gebang je lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
Amerika akan pertahankan korea selatan sepenuhnya. China pun kecut dengan US. Setakat korea utara...celah gigi saja. Seperkara lagi...sekutu amerika di asia pasifik yang paling kuat ialah Jepun
|
|
|
|
|
|
|
|
trakea replied at 24-8-2017 07:26 AM
Amerika akan pertahankan korea selatan sepenuhnya. China pun kecut dengan US. Setakat korea utara. ...
Refer dulu perang Korea tahun 1950.pastu mampu ke Amerika nak berdepan Rusia+China+Korea Utara sekaligus sekarang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 1950 dulu Rusia bekal senjata,China hantar tentera.tu pun PBB dah tercirit-cirit |
|
|
|
|
|
|
|
Jepun ni dia bukan sekutu pun,just buffer zone untuk US..maknanya kalau berlaku perang nuklear,dia yang akan kena dulu.
Jepun pun sedia maklum pasal ni.mereka hanya bersama dengan US sekiranya US boleh jamin keselamatan negara mereka.
Kalau sebiji nuklear mendarat atas jepun,tu petanda US dah gagal dan aku assume jepun akan berpaling tadah dan menyerah diri. |
|
|
|
|
|
|
|
China pulak akan ambil kesempatan untuk tawan Taiwan.Dengan armada kedua terbesar di dunia,US Navy akan tercungap-cungap untuk berdepan dengan PLAN.
Tu blom kira kalau Rusia mendarat di Alaska.dah kompem US akan berundur dan fokus kepada pertahanan di Alaska.
Masa ni Korea selatan dan Jepun tinggal nyawa-nyawa ikan dah.
Kita nilai dari rekod peperangan US sejak Perang Korea,Perang Vietnam,Perang Teluk dan Perang Afghanistan.
US ni dia ada kelebihan dekat mobiliti,logistics dan satelit je.Aircraft Carrier dia pun China tak goyang dah.
Lumpuhkan je logistics dia,US kompem akan jadi OKU. |
|
|
|
|
|
|
|
China sekarang dah naik meluat dengan korea utara angkara diktator baru yang sewel tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
trakea replied at 24-8-2017 09:24 PM
China sekarang dah naik meluat dengan korea utara angkara diktator baru yang sewel tuh
Kena faham sekarang ni Korea Utara dan Selatan jadi wilayah penampan kuasa besar je.China tak kesah sape pimpin Korea,janji benci US. |
|
|
|
|
|
|
|
China sekarang makin kaya. Benci benci US pun mereka tak akan berperang untuk korea utara. Bad for business maaa...Zaman miskin dulu boleh la. Nothing much to lose.
Sekarang nak halau kapal perang amerika dari masuk perairan yang china dah diisytihar milik mereka pun tak berani.
|
|
|
|
|
|
|
|
trakea replied at 25-8-2017 08:34 AM
China sekarang makin kaya. Benci benci US pun mereka tak akan berperang untuk korea utara. Bad for ...
Nak bersemuka dengan orang gila,kita kena cerdik.
Dalam kes china-us ni,us tu yang gile.hihihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|