View: 2608|Reply: 8
|
VW Beetle Di Jordan, Hotel Terkecil Di Dunia Di Tengah-tengah Gurun Pasir!
[Copy link]
|
|
Apakah nasib sebuah kereta usang yang sudah tidak berfungsi lagi? Mungkin kebanyakannya akan tersadai menjadi besi buruk atau dilupuskan sahaja. Kalau bernasib baik, ia akan menjadi barang pameran.
Namun, berbeza dengan Mohammed Al Malaheem, 64, menjanjikan pengalaman baru sama hebat dengan hotel lima bintang jika anda bermalam di dalam kereta kecilnya.
Kereta Volkswagen Beetle miliknya di tepi jalan di Desa Al Jaya, gurun pasir Jordan, menjadi kamar penginapan yang diberi julukan “hotel terkecil di dunia” dan ia sudah mula beroperasi sejak 2011.
Memetik CNN, Desa Al Jaya merupakan kampung halaman Mohammed yang terkenal dengan panggilan Abu Ali.
"ada mulanya, saya ingin memulakan sebuah projek yang dapat menarik perhatian pelancong, sekali gus mengembangkan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan kerana kawasan ini memiliki pemandangan yang sangat indah," katanya.
Al Jaya terletak berhampiran Al Shoubak di mana terletaknya sebuah istana peninggalan abad ke-12 bernama Montreal. Ia sebuah desa yang sepi kerana kebanyakan daripada penduduknya berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih moden.
VW Abu Ali dihias anak perempuannya dengan cadar bersulam buatan tangan serta bantal yang dihias dengan motif tradisional dan manik yang berwarna-warni.
Menurut Abu Ali, ianya sangat nyaman bermalam di hotel kecil ini. Rasa macam menginap di hotel lima bintang!
Selain itu, Abu Ali juga membina 'lobi' hotel di dalam sebuah gua berdekatan dan menamakannya 'Baldwin's Grotto' sempenan Baldwin I dari Baitulmuqaddis yang membina istana Montreal pada 1115.
Lobi itu dijadikan tempat melayan tetamu di mana mereka boleh menikmati kopi, teh serta kuih-muih tradisi Jordan. Dia juga mendirikan sebuah kedai kecil menjual cenderamata seperti barang antik, perhiasan, batu permata, dan macam-macam lagi.
Hotel ini hanya boleh memuatkan dua orang pada satu masa dan dikenakan JD40 (Dinar Jordan) bersamaan RM238.73 untuk semalaman.
Menerusi sebuah dinding di mana terdapat banyak kad, gambar pengunjung serta pesanan 'terima kasih' menunjukkan ramai yang berpuas hati selepas bermalam di situ.
Sementara itu, Abu Ali juga bercadang untuk menambah beberapa VW lagi bagi mengembangkan perniagannya itu.
Foto: CNN
Bagaimana, berminat untuk bermalam di dalam VW di tengah-tengah gurun pasir ini? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai jd tmpat ngeseks je.. Tu pon kalo siang berpeluh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kreatifff....agak2 ade pelanggan kee{:give |
|
|
|
|
|
|
|
Sahih ke berita ini??????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
hotel yg dia ckp tu, kereta tu ke?
tgk gambar bantal2 tu mcm beso je...
|
|
|
|
|
|
|
|
bole tido ker tgk cuaca panas mesti macam sauna silap2 kepam bau |
|
|
|
|
|
|
|
apa daa korg ni..tgk cuaca terik camtuh terus samakan dgn cuaca malaysia yg panas lembap nih..kat malaysia mmmg la ko tido dalam kete habis berpeluh kepam..jordan ni 4 musim okeh ..musim panas pun panas kering, bukan panas lembap mcm kat sini
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|