Semerah Darah slot Karya 12
Astro Citra & Mustika HD
28 Oktober 2017, 9:00 malam
Saksikan telefilem Semerah Darah arahan Mamat Khalid. Menampilkan lakonan Aziz M Osman, Pekin Ibrahim, Imuda, Sofi Jikan, Kamarool Yusuf, Jue Aziz dan ramai lagi. Ditayangkan di Astro Citra dan Mustika HD pada Sabtu ini jam 9 malam.
JUDUL : SEMARAH DARAH
TARIKH / MASA : Sabtu, 28 Oktober 2017, 9.00 malam
SIARAN : Karya 12 Vol 2 (Astro Citra 131 & MustikaHD 134)
PENGARAH : Mamat Khalid
TERBITAN : Enjit Semut Sdn Bhd
PELAKON : Kamarul Haji Yusuf, Imuda, Pekin Ibrahim, Aziz M.Osman, Rab Khalid, Sofi Jikan, Jue Aziz, Esma Daniel, Ziema Din, Kuniey Muzaini, Fieza Julie, Amy Juliet, TJ Isa
SINOPSIS SEMARAH DARAH
Koleksi 5 kisah seram yang berlegar di dalam masyarakat Melayu yang berkaitan dengan amalan ilmu hitam.
Mencipta nama sebagai sutradara filem disegani ramai, siapa sangka Mamat Khalid masih berminat mencurahkan kepakarananya di kaca televisyen dengan menghasilkan karya menerusi pendekatan berbeza daripada apa yang pernah disaksikan penonton di layar lebar.
Selepas Aku Bukan Buaya, Pindah Randah dan Rombongan Cik Kiah Kelana Jaya, pengarah prolifik Mamat Khalid tampil dengan naskhah baru berjudul Semerah Darah.
“Apa yang dipaparkan di TV berbeza dengan apa yang pernah saya hasilkan dalam filem. Pindah Randah misalnya, saya bermain dengan ‘seni’ apabila pergerakannya agak perlahan.
“Saya pencinta filem seni. Namun, saya tidak boleh ketengahkan konsep sebegini dalam filem. Nama pun arus perdana takkan nak buat filem seni? Tentu saja yang berunsurkan komersial akan menarik penonton ke panggung.
“Memandangkan jiwa saya lebih terarah kepada karya seni maka idea dan konsepnya saya visualkan ke bentuk drama untuk tayangan di TV,” katanya.
Bertemu Mamat di set penggambaran di Tanjung Malim, Perak, awal April lalu, pengarah terkenal itu memaklumkan Semerah Darah menggabungkan empat cerita yang memaparkan amalan khurafat iaitu ilmu teluh, santau angin, hijab terbuka dan ilmu guna-guna.
“Saya mahu suntik kesedaran kepada penonton mengenai kesan buruk amalan khurafat. Ilmu teluh misalnya, saya mahu tunjukkan natijah individu yang mengamalkannya atas dasar busuk hati atau hasad dengki.
“Apabila ditujukan kepada individu tertentu, orang itu akan menderita. Pada masa sama, orang yang menghantar ilmu hitam itu juga boleh terlantar sakit akibat perbuatannya.
“Pendek kata, saya mahu ingatkan penonton bahawa betapa seksanya hidup orang yang terkena ilmu hitam,” katanya.
Barisan pelakon yang menjayakan telefilem ini majoritinya pernah membintangi filem arahan Mamat.
Antaranya Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Rab Khalid, Amy Juliet, Nizam Mok R Hashim, Kuni dan Kamarul Haji Yusuf.
Karya ini turut menyaksikan kerjasama sulung Mamat dengan beberapa penggiat seni iaitu Aziz M Osman, Esma Daniel, Imuda dan Jue Aziz.
Mamat Khalid berkata, kecenderungannya mengekalkan wajah sama kerana selesa bekerja selain yakin dengan kemampuan pelakon pilihannya.
“Sebahagian besarnya sudah biasa bekerja dengan saya. Sebagai pengarah, saya tahu keupayaan dan keikhlasan mereka ketika bekerja. Mereka tahu bagaimana mahu mencantikkan lagi karakter yang diberi tanpa perlu disuruh.
“Saya puji bakat Jue Aziz yang pertama kali bekerja dengan saya. Dia berjaya menzahirkan watak mangsa santau angin dengan baik. Penghayatannya ketika penggambaran buat bulu roma saya dan kru lain meremang,” katanya.
Pelakon baru, Fieza Jolie yang melakonkan watak mangsa ilmu teluh berkata, pengalaman bekerja dengan Mamat cukup bermakna buat dirinya.
“Saya berterima kasih kepada Abang Mamat dan penerbit Azrin Ahmad Kadri kerana memberi peluang tampil sebagai peneraju kisah ilmu teluh.
“Saya tidak tahu apa itu ilmu teluh, tetapi berkat bantuan Abang Mamat, saya dapat menjiwai watak ini dengan baik. Banyak yang saya belajar sepanjang terbabit dalam projek ini. .
“Detik paling mencabar adalah ketika disolek untuk mengubah penampilan watak saya yang penuh dengan kudis. Selain itu, babak meracau di tengah malam. Saya sendiri berasa seram dan kecut perut sepanjang penggambaran.
“Diharap telefilem ini menarik perhatian ramai penonton kerana banyak mesej diselitkan dalam empat cerita yang dipaparkan,” katanya.
Post time 29-10-2017 06:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Macam tak puas pulak tengok semalam. Yang part last kat meeting tu, sebenarnya kena sihir ke food poisoning? Pening pulak. Takkan food poisoning sampai batuk keluar darah
Post time 8-11-2017 08:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Leeanne88 replied at 29-10-2017 06:38 PM
Macam tak puas pulak tengok semalam. Yang part last kat meeting tu, sebenarnya kena sihir ke food po ...
Mmg semua nak main bomoh2 tp berkesan ke tak tu tak pasti..sama ada kesan sihir atau sekadar food poisoning.. tp yg confirm semuanya kantoi buat benda syirik