Playstore sememangnya dipenuhi pelbagai aplikasi yang menarik untuk dimuat turun, namun apa yang menjegkelkan ialah sekiranya terdapatnya aplikasi yang tidak dapat di “Uninstall“. Perkara seperti ini sangat biasa terjadi kepada peranti Android kerana kelemahannya dari segi sistem keselamatannya.
Apapun jangan panik, kerana terdapat cara untuk memadam aplikasi tersebut, sebagai contohnya aplikasi Assistive Touch seperti dibawah.
Kalau anda perhatikan, tiada butang Uninstall ataupun Clear Data yang muncul pada aplikasi dibawah.
Apa yang perlu anda lakukan ialah, masuk ke menu “Setting” kemudian pilih “Security”. Scroll ke bawah lalu pilih “Device Administrator”.
Tap pada aplikasi yang hendak dihapus yang mana untuk kes ini ialah apliaksi Assistive Touch, kemudian pilih “Deactivate” untuk menyahaktifkan tetapan tersebut. Setelahnya pastikan tanda check hilang pada aplikasi yang akan dihapus tersebut.
Setelah selesai melakukan perkara diatas, kembali ke menu Apps Info. Akan dapati menu Force Stop dan Uninstall akan kembali muncul. Selesai, itulah sahaja serba sedikit perkongsian untuk kali ini, selamat mencuba.
|