CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2547|Reply: 11

4 Bandar Pelancongan Paling Mahal Di Dunia

[Copy link]
Post time 9-11-2017 11:03 AM | Show all posts |Read mode




Pejam, celik, pejam, celik, tahun 2017 tidak lama lagi akan berakhir. Murid-murid sekolah tidak lama lagi akan memulakan percutian akhir tahun.
Ibu bapa di luar sana pasti sudah merancang percutian bersama-sama keluarga. Mungkin ada yang ber-’Cuti-cuti Malaysia’ sahaja, ada juga yang ke negara sejauh Greenland, ataupun mana-mana negara di Eropah.
Apa-apa pun, pastikan anda merancang perjalanan anda dengan baik dan pastikan duit mencukupi untuk segala urusan buat semua ahli keluarga. Perkara ini amat penting kerana perancangan yang baik memainkan peranan dalam memastikan kos untuk pergi bercuti tidak terlalu tinggi.
Sebagai contoh, melancong ke kawasan pantai lebih murah daripada melancong ke kawasan tengah bandar.
Kepada yang belum tahu ingin bercuti diamana dan tiada apa-apa masalah dengan kos yang tinggi, senarai ini mungkin dapat membantu anda. Ia memaparkan beberapa lokasi percutian di bandar yang termahal di dunia.
1. Luanda, Angola – Benua Afrika



Ibu Kota Angola di Benua Afrika adalah antara kawasan termahal di dunia. Penginapan di hotel 2 bintang sahaja sudah mencecah 255 USD (sekitar RM1,080) semalam. Soal makan? Burger tepi jalan berharga kira-kira 11 Euro (sekitar RM54).


2. Hong Kong – China




Hong Kong, yang kadang-kala digelar ‘Pearl of Orient’ juga termasuk dalam senarai ini. Harga secawan kopi berharga 788 USD (sekitar RM3,330). Statusnya sebagai bandar yang mahal dan mewah menaikkan populariti sehingga penduduknya bertambah. Bangunan tinggi bakal ditambah untuk menampung populasi yang bakal meningkat lagi.
3. Tokyo – Jepun




Mengikut kajian, kos menampung kehidupan di sini adalah yang ke-3 tertinggi di Asia pada tahun 2016. Pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara tersebut. Kos teksi dari lapangan terbang Narita ke bandar Tokyo pun sudah sekitar 30,000-40,000 yen (RM1,115-1485).
4. Zurich – Switzerland




Penduduk di sini perlukan lebih RM10,000 hanya untuk bayar sewa dan beberapa fasiliti kemudahan yang lain. Pelancong yang datang ke bandar ini dinasihati menggunakan Kad Zurich selama mereka berada di situ. Dengan kad ini, semua pennggunaan pengangkutan awam adalah percuma. Anda juga menerima potongan harga apabila anda melawat muzium mereka, dan juga di beberapa restoran terpilih. Pelan CHF 24 bertahan selama 24 jam dan berharga RM94 manakala pelan CHF 48 bertahan selama 72 jama dan berharga sekitar RM204.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2017 11:29 AM | Show all posts
nak pi hong kong................
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf, jadi tujuan TT buka thread ni utk tujuan apa ya ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 12:13 PM | Show all posts
wahhh maheinyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 02:27 PM | Show all posts
kenangan HK nasi kosong spinggan rm5
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2017 08:24 PM | Show all posts
Hong Kong, Tokyo, Zurich dah pernah pergi. Mahal mmg mahal, tp takdelah semahal yg digembar gembur. Cubalah pergi negara Scandanavian. Harus pitam terus tgk rega.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2017 08:45 AM | Show all posts
sapa suruh naik teksi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 12:25 PM | Show all posts
hongkong sayur campur sepinggan rm35 T____T nangis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 09:21 PM | Show all posts
setiap tahun aku gi hong kong

syurga membeli belah


xmahal sgt


kalau nak yg mahal di Malaysia pun ada.

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hongkong and japan tu tak lah mahal sgt kot. Mcm exaggerating pula article ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sebelah scandinavian la yg paling mahal... rasa nya mahal dari zurich .sekali p cukup la dgn org2 nya yg sangat cold .
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 10:35 PM | Show all posts
sherry70 replied at 16-11-2017 03:11 PM
sebelah scandinavian la yg paling mahal... rasa nya mahal dari zurich .sekali p cukup la dgn org2 ny ...

kan. Aku pun sependapat dgn ko. Swiss, HongKong, Japan tu msh affordable lg. Try gi Scandanavian country. nak mkn pun rasa tercekik tgk harga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 1.271860 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list