View: 1775|Reply: 3
|
Article YADIM : Surah Al Ghasiya
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 28-11-2017 08:38 AM
Surah Al- Ghashiya: Gambaran nikmat di syurga
pautan asal:
http://www.yadim.com.my/v2/?p=31184
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Mufti Wilayah Persekutuan
Firman Allah SWT yang bermaksud: “(sebaliknya) Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.” (al-Ghashiya:8)
Ibn Kathir berkata: “Mereka mendapat kurniaan nikmat kerana usaha mereka di dunia.”
Firman Allah SWT: “Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia).” (al-Ghashiya:9)
Al-Hasan berkata: “Dia akan reda dengan usahanya. Benarlah kata al-Maraghi: Mereka berasa puas kerana mereka dahulu beramal semata-mata kerana Allah SWT dan mereka diberi balasan baik.
Hal ini umpama seorang yang berbuat baik lalu mendapat hasil atau balasan baik dan pujian yang menyenangkan, maka tercetuslah ucapan: Alangkah baiknya amalku dahulu. Sesungguhnya amalku itu sesuai dengan kebenaran.”
Firman Allah SWT: “(Mereka tinggal menetap) di dalam syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya).” (al-Ghashiya:10)
Dalam hal ini al-Mawardi menyebut dua wajah bahawa syurga lebih tinggi dari neraka kedudukannya. Dengan sebab itu dinyatakan ketinggiannya seperti kata al-Dahak. Sedangkan pendapat kedua dengan maksud di syurga-syurga yang tinggi dan bilik-biliknya.
Atas asas inilah ketinggian mereka dalam dua bentuk, iaitu supaya mereka berlazat dengan kedudukan dan keduanya supaya mereka menyaksikan apa yang Allah SWT sediakan kenikmatan untuk mereka.
Firman Allah SWT: “Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.” (al-Ghashiya:11)
Ulama telah khilaf berkenaan dengan tafsiran lagha di sini, di mana al-Farra’ dan al-Ahfash berpendapat ahli syurga tidak mendengar walaupun sepatah kalimah lagha. |
|
|
|
|
|
|
|
Berkenaan dengan lagha ada tujuh pendapat:
- Seperti pendapat Ibn Abbas.
- Seperti pendapat Qatadah.
- Seperti pendapat Mujahid.
- Seperti pendapat Yahya bin Salam.
- Seperti pendapat al-Hasan.
- Seperti pendapat al-Qalbi.
Ahli syurga tidak mendengar dalam ucapan mereka kalimah lagha. Seperti pendapat al-Farra’. |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah SWT: “Di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir.” (al-Ghashiya:12)
Al-Maraghi berkata: Dalam syurga itu terdapat mata air yang selalu mengalir airnya. Air yang jernih menggembirakan hati dan mententeramkan mata yang memandangnya.
Firman Allah SWT: “Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya).” (al-Ghashiya:13)
Kedudukan tinggi ini ada tiga wajah:
1.Kerana sebahagiannya berada lebih tinggi daripada yang lain
2.Kerana tempatnya berada di puncak.
3. Tempat yang tinggi kerana kedudukannya dan martabatnya yang tinggi.
Ibn Syajarah berkata: Supaya mereka berlazat dengan kedudukannya.
Firman Allah SWT: “Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka).” (al-Ghashiya:14)
Sayid Qutub berkata: Gelas-gelas itu siap diatur dan siap disajikan untuk diminum tanpa perlu diminta dan disediakan.
Firman Allah SWT: “Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar).” (al-Ghashiya:15)
Al-Maraghi berkata: Dalam syurga terdapat juga bantal-bantal yang tersusun rapi. Mereka boleh mendudukinya, bersandar padanya atau berteleku di atasnya apabila dikehendaki.
Firman Allah SWT: “Serta hamparan-hamparan yang terbentang.” (al-Ghashiya:16)
Al-Maraghi berkata: Ketika permaidani (hamparan) terhampar di tempat duduk, maka setiap tempat duduk dapat dilihat hamparan permaidani seperti yang terdapat di rumah-rumah kaum bangsawan lagi hartawan di dunia ini.
Sayid Qutub berkata: “Semuanya itu merupakan nikmat-nikmat kesenangan yang dapat dilihat manusia contoh-contoh seumpamanya di bumi.”
Nikmat-nikmat itu disebut sedemikian rupa untuk mendekatkan kepada kefahaman manusia di bumi, sedangkan hakikat yang sebenar terpulanglah kepada selera di sana yang dikurniakan Allah SWT kepada golongan manusia yang berbahagia.
Di antara usaha yang sia-sia ialah membuat perbandingan dan penyelidikan yang halus mengenai bentuk dan sifat nikmat atau azab di akhirat kerana penduduk bumi berfikir dengan fikiran yang terikat dengan keadaan yang wujud di bumi ini.
Andainya mereka berada di akhirat, maka segala hijab dan dinding akan terhapus, segala roh dan fikiran terlepas bebas, segala makna akan berubah mengikut perubahan selera manusia di sana.
Ini kerana segala yang berlaku di akhirat di luar kemampuan kita untuk mengetahuinya.
Sifat-sifat nikmat yang dijelaskan oleh Allah SWT hanya berguna untuk menolong kita memahami dan menggambarkan kemuncak kelazatan, kemanisan dan kenikmatan hidup yang kita tidak mampu mencapainya selama kita berada di sini.
Ketika di akhirat barulah kita mengetahui dan mengenal hakikatnya apabila Allah SWT memuliakan dengan limpah kurnia dan keredaan-Nya.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita syurga Firdaus sebagai nikmat-Nya. Amin.- MAJALAH DAKWAH |
|
|
|
|
|
|
| |
|