CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2273|Reply: 1

7 Komponen Asas Perancangan Kewangan, No.5 Selalu Gagal Dibuat

[Copy link]
Post time 13-12-2017 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Umumnya perancangan kewangan yang baik adalah mempunyai fleksibiliti yang sedikit sebanyak boleh berubah mengikut status kewangan semasa. Namun begitu, ada banyak komponen perancangan kewangan yang perlu diambil kira selain 4 fasa yang dibincangkan dalam entri lepas. Mari kita lihat, apakah 7 komponen asas perancangan kewangan yang harus kita tahu.



Sumber: yourstory.com



  • Jana pendapatan dari pelbagai sumber.Sumber pendapatan adalah komponen paling utama dan ianya merupakan fitrah dalam menguruskan kewangan peribadi. Ada yang menjadi fitrahnya adalah bekerja makan gaji dan pendapatan dari berniaga. Bagi yang kreatif, mereka boleh menjana pendapatan sampingan untuk menambah pendapatan sedia ada. Antara pendapatan sampingan yang boleh dijana adalah meniaga secara atas talian, ejen takaful atau menjadi perunding kewangan unit amanah.
  • Membuat belanjawan kewangan peribadi dan laksanakannya.Membuat belanjawan kewangan peribadi tidaklah semudah yang disangka. Ada banyak pecahan komponen lain didalamnya yang perlu diambil kira. Setiap formula sesuai digunakan pada sesuatu keadaan kewangan sesorang itu. Jangan pula kita ambil mudah perancangan belanjawan peribadi kerana 'tersontot' disini boleh mengundang pacdah yang pedih. Selepas tu, proses melaksanakan belanjawan dengan penuh berhemah wajib dilakukan. Tiada maknanya belanjawan dibuat jika kita tidak melaksanakannya dengan istiqamah.



    Sumber: moneyview.in


  • Rangka tabungan seumur hidupTabungan atau simpanan adalah usaha yang berterusan secara berperingkat-peringkat. Ianya bertujuan untuk membina kekayaan pada masa hadapan yang lebih kukuh dengan asas yang padu. Antara tabungan seumur hidup yang popular adalah tabungan KWSP atau tabungan persaraan. Tabungan itu hanya boleh digunakan sepenuhnya ketika umur bersara nanti. Apakah kita ada alternatif lain sekiranya institusi seperti KWSP tidak memberikan pulangan tabungan yang tinggi dalam bentuk dividen dan sebagainya?
  • Teroka bidang pelaburanMengikut fasa kewangan yang telah dibincangkan pada artikel yang lepas, pelaburan dilakukan apabila fasa simpanan dan perlindungan sudah dilaksanaakan. Fasa pelaburan adalah fasa yang menyeronokkan kerana pada ketika ini, ilmu kewangan peribadi kita sudah mantap dengan asas yang kukuh. Bila 'backup cash' besar, kita akan lebih berani meneroka bidang pelaburan yang tinggi risiko bersama pulangan yang tinggi. Antara platform pelaburan yang mempunyai risiko dan untung yang tinggi adalah saham atau 'stocks market'. Bayangkan dalam masa 30 minit anda mampu kaut untung RM 30,000 atau rugi RM 30,000. Kalau 'backup cash' besar, tiada masalah untuk rugi RM 30,000 kan?



    Sumber: letsmovevancouver.com




  • Hutang perlu diurus dengan baikHutang hukumnya harus. Harus diingat juga yang hutang juga boleh menjadi pemangkin atau beban. Teknik 'snowball' adalah teknik yang selalu digunakan untuk melangsaikan hutang dengan lebih efektif dan teratur. Namun begitu jika salah berhutang, ianya boleh melambatkan proses kita untuk mengumpul harta. Kat sinilah pepatah 'lagi besar periuk, lagi besarlah keraknya' kerana hutang sepattutnya tidak membesar bersama-sama pendapatan. Setuju?
  • Tahu fungsi takaful/ insurans untuk lindungi kewanganJangan pening dan bingung apakah pelan takaful atau insurans yang terbaik sekiranya anda keliru. Apa yang anda perlu tahu adalah fungsi utamanya adalah untuk melindung. Sekiranya anda sudah mempunyai polisi takaful atau insuran, tahniah diucapkan. Tapi tahukah anda apakah item yang takaful atau insurans anda lindungi? Sekiranya tidak, boleh terus hubungi ejen anda dan minta beliau terangkan dengan terperinci kerana pada komponen inilah selalu kita lepas pandang.
  • Zakat dan bersedekah untuk makmurkan hartaSemua agama menuntut penganutnya bersedekah, apatah lagi jika anda seorang muslim atau muslimah. Barakah dalam setiap sen yang kita hulur untuk sedekah ianya adalah lebih baik dari tidak memberi langsung. Kita boleh terus infaqkan harta kita dari potongan gaji. Ada juga potongan cukai sekiranya kita membayar zakat. Bukan untuk orang lain, untuk memakmurkan ekonomi ummat Islam sejagat. Tak rugi pun.
Ketujuh-tujuh komponen asas kewangan peribadi tadi adalah antara faktor yang perlu diambil kira dalam merancang perjalanan kewangan peribadi yang lebih mantap pada masa akan datang. Kenapa mahu tunggu? Mari lakukannya sekarang! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Good tips n info {:smile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.193589 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list