CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1588|Reply: 8

Inilah Wanita Pertama Yang Menjelalajah ke Semua Negara Di Muka Bumi

[Copy link]
Post time 14-12-2017 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengembara wanita muda telah berjaya memecahkan rekod dunia apabila menjadi individu pertama yang menjelajah ke semua 196 negara di atas muka bumi dalam tempoh hanya 18 bulan dan 26 hari.
Cassie De Pecol, 27, yang berasal dari Washington, Connecticut, memulakan perjalanannya pada bulan Julai, 2015 dan telah berjaya menamatkan misi epiknya ke semua 196 negara yang diiktiraf termasuk Korea Utara, Taiwan, Kosovo dan Palestine. Beliau telah dinobat sebagai wanita pertama yang berjaya menjelajahi ke semua negara juga sebagai individu terpantas berjaya melakukannya


Sehingga Februari 2017, Cassie telah berjaya memecahkan Rekod Dunia Guiness dengan projek beliau ini yang dinamakan Expedition 196 - dengan mencatatkan segala-galanya di media sosial yang memiliki hampir 460 ribu pengikut.
Cassie, yang telah melakukan aktiviti penjelajahan sejak tahun 2010, menganggap dirinya sendiri sebagai penjelajah dunia, peneroka, aktivis alam sekitar, pembela hak wanita, dan juga aktivis keamanan, pendidik, atlet dan usahawanita.


Beliau meletakkan jawatan dari pekerjaan korporatnya yang tidak 'memuaskan' pada tahun 2012 dan memulakan jelajahnya sejak bulan Julai 2015. Pada mulanya beliau cuma menggunakan wang simpanan sendiri namun setelah dikenali ramai, Cassie berjaya mendapat penaja untuk ekspedisi beliau.
Dengan semangatnya yang tinggi dalam pengembaraan, bekas penuntut Pengajian Global ini mula merancang ekspedisi 'sekali dalam seumur hidup' ini pada hari lahirnya yang ke-25. Idea ini datang secara tiba-tiba kerana mengenangkan usianya yang semakin meningkat dan bagi beliau, belum ada apa-apa lagi pencapaian yang berjaya dilakukan dalam hidup.


Beliau menjelaskan "Sejak zaman persekolahan lagi saya mempunyai keinginan untuk melawat ke semua negara di seluruh dunia, tertarik untuk mempelajari tentang semua budaya, habitat semula jadi, dan juga agama yang ada di seluruh pelusuk dunia".
"Boleh dikatakan saya sangat beruntung kerana di Amerika, memiliki pelbagai budaya yang unik dan juga orang-orang dari seluruh dunia yang menjadikan negara ini sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini. Saya mahu belajar tentang dari mana asalnya orang-orang ini, dengan lebih jelas, dari mana asalnya saya, pendek kata, saya mahu belajar tentang kehidupan dan manusia itu sendiri" jelasnya lagi.


"Saya tertanya-tanya apakah yang ada di luar Amerika Utara dan bagaimanakah keadaannya di sana. Adalah Timur Tengah benar seperti yang sentiasa diperkatakan dalam berita? Bagaimana pula dengan Amazon?"
"Bagi saya, dengan melawat ke semua negara adalah misi peribadi untuk belajar sebanyak yang mungkin tentang dunia kita, keluar dari zon selesa dan berasa selesa di tempat yang tidak dikenali sambil mensasarkan untuk menjadi tauladan kepada generasi seterusnya".


Cassie dianggarkan telah membelanjakan lebih daripada $198,000 (hampir RM800,000) dalam usaha untuk memecahkan rekod, walaupun beliau mengakui banyak penaja yang tampil membantu meringankan beban perbelanjaanya.
Diantara cara Cassie menarik minat penaja untuk menaja adalah dengan cara mempromosikan hotel yang terkemuka, seperti Six Senses, Soneva dan Secret Bay, kepada lebih 460,000 pengikutnya di Instagram. Hebat bukan? Penginapan percuma pada masa sama boleh melancong dengan gembira.


"Semua tajaan dan biayaan awal ekspedisi ditanggung oleh saya. Sebelum berjaya mendapat penaja, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya. Agak memeritkan juga" Jelas Cassie.
Sebagai aktivis keamanan yang bergiat aktif, sebahagian daripada aktiviti Cassie sepanjang perjalanannya adalah melibatkan diri dalam pertemuan dengan pelajar pelancongan di universiti-universiti untuk membincangkan tentang tanggungjawab dalam ekonomi dan pelancongan.
Secara purata, beliau menghabiskan 2 hingga 7 hari di setiap negara.


Kesimpulannya, pengalaman beliau boleh dijadikan ikutan bagi anda yang suka travel pada masa sama ingin travel secara percuma dengan meraih peminat di laman sosial untuk mendapatkan penaja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2017 11:35 AM | Show all posts
cantik orngnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lucky girl!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 12:36 PM | Show all posts
bestnya!                                    
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 12:49 PM | Show all posts
akak dh pusing 1 malaysia kecuali sabah serawak johor
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
BEznya, impian hampir kebanyakan org tuk menjelajah satu dunia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2017 01:40 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-12-2017 12:49 PM
akak dh pusing 1 malaysia kecuali sabah serawak johor

belum cukup satu pusingan la tu sis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-12-2017 04:49 AM
akak dh pusing 1 malaysia kecuali sabah serawak johor

hakak bukan org negara johor ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2017 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 14-12-2017 02:33 PM
hakak bukan org negara johor ke?

Bukan akal org bandar raya key EL ( kuala lumpur) johor pun baru first time tgk kat national geographic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.328146 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list