Puan Zurina (bukan nama sebenar), berusia awal 30an, baru memulakan tugas di Kuala Lumpur. Pada hujung minggu beliau mengambil peluang berkunjung ke sebuah bazar yang agak terkenal.
Apa yang unik mengenai bazar berkenaan ialah ramai usahawan atau peniaga terdiri daripada kaum wanita. Di sebuah kedai yang menjual pakaian muslimah, Puan Zurina melihat seorang pekerja Bangladesh sedang menyusun beberapa bungkus kain.
Puan Zurina saja membuka mulut untuk memulakan perbualan. “Pekerja akak ke ni?”, tanya Puan Zurina kepada seorang wanita, berusia sekitar 40-an yang sedang melihat skrin di telefon bimbitnya dalam kedai tersebut.
“Tak. Ini suami saya”. Puan Zurina tidak sedikit pun menyangka jawapan seperti itu. Di Kampung asalnya belum pernah kedengaran warga tempatan menikahi pekerja Bangladesh, tetapi yang kahwin dengan pekerja Indonesia, itu perkara biasa.
“Dulu suami akak Melayu. Tetapi pemalas. Buka kedai, tutup kedai…semua kite kena buat sendiri. Bukannya nak bantu kite. Dah tu bila malam nak gomo kite pulok. Yang ni (suami baru) rajin”.
Foto - Hiasan.
|