Duit syiling itu disimpan beberapa tahun lalu untuk membuat pembayaran pertama membeli BMW baharu.
Seorang lelaki di China berpegang teguh kepada keputusannya untuk membuat bayaran pertama pembelian sebuah kereta baru jenis BMW dengan menggunakan wang syiling.
Menurut laporan Daily Mail, keputusan itu membuatkan pekerja di syarikat itu menghabiskan masa beberapa jam untuk mengira duit syiling dalam kotak yang berjumlah hampir £8,000 (RM43,580).
Pelanggan yang tidak dinamakan itu membeli sebuah BMW di mana harga penuhnya ialah kira-kira £45,000 (RM245,180) pada 18 Disember lalu, memetik laporan tempatan.
Pengurus Jualan BMW di Putian, wilayah Fujian, iaitu Encik Gu memberitahu portal Pear Video bahawa pelangannya terbabit dalam perniagaan borong dan tetap mahu melakukan bayaran pertama dalam bentuk duit syiling lima Mao (5 sen)
"Semua (wang syiling) adalah dalam lima Mao yang disimpan pelanggan sejak beberapa tahun lalu. Ia berjumlah 70,000 Yuan (£7,954) (RM43,342)," katanya.
Sekumpulan jurujual di premis itu dilihat duduk atas lantai dan mengira duit syiling tembaga selama beberapa jam.
Menurut laporan, mereka sebelum itu berkunjung ke rumah pelanggan itu dan membawa balik lebih 10 kotak mengandungi wang syiling.
Kredit: Daily Mail / Pear Video
|