CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1134|Reply: 0

Dar makcik bawang wanita kini jadi makcik pedang samurai- pakar psikologi

[Copy link]
Post time 12-2-2018 07:45 PM | Show all posts |Read mode


12 Feb - Baru-baru ini, secara kebetulan banyak video masalah kejiranan yang tular di laman sosial yang berisiko berlakunya pertumpahan darah kerana ada yang sudah berani menggunakan senjata dalam pertelingkahan dengan jiran.

Pakar Psikologi, Professor Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub berkata, ia sekali gus menunjukkan kelemahan semangat kejiranan dan sebarang unsur ugutan menunjukkan tahap keselamatan rendah di kediaman berkenaan.

Tambahnya lagi, penyelesaian konstruktif perlu dicari selain mengenal pasti punca sebenar sesuatu perkara berlaku.

"Kejadian mungkin disebabkan ibu bapa berkenaan yang sudah lama tidak berpuas hati dengan jirannya. Jiran itu mungkin ada televisyen lebih besar atau isu lebih besar yang dipendam sekian lama.



"Perbalahan antara jiran kini ada juga berpunca berlainan parti politik. Masalah antara anak-anak ini mungkin kecil tetapi dibesarkan oleh sikap ibu bapa. Dalam hal 'makcik samurai' ini jangan masalah membawa kepada kes kematian.

"Sekarang ini banyak ahli kejiranan suka bergosip serta mengumpat dan dikenali sebagai 'makcik bawang'. Perbuatan ini seumpama mengadu domba yang boleh menghancurkan keharmonian kejiranan," katanya kepada Astro AWANIdi sini hari ini.

Dr Rohaty juga tidak ketinggalan untuk mengulas insiden ibu bapa yang campur tangan dalam pergaduhan anak-anak di Dungun, Terengganu sehingga menggunakan sebilah pedang samurai dalam insiden itu.

Menurut laporan, ia berpunca daripada pertengkaran mulut sebelum kemudiannya, berlarutan sehingga klimaksnya pedang samurai dikeluarkan.

Dalam pada itu, Dr Rohaty juga menegaskan, semangat jawatankuasa kejiranan seharusnya diperkuatkan kembali dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan isu penduduk.




"Selain itu makcik-makcik ini juga harus balik kepada hadis dan sunnah serta mengetahui hasad dengki dan mengumpat ini sesuatu yang mengaibkan.

"Penggunaan senjata seperti samurai ini tidak menyelesai masalah, jika ada kematian pasti ia akan menjadi isu yang lebih memudaratkan," jelasnya.

Sementara itu, di laman Twitter, netizen menyifatkan tindakan 'makcik samurai' adalah keterlaluan dan mungkin membawa kepada akibat dipenjarakan.



Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenainya.

Malah senjata yang digunakan dalam pergaduhan berbau ugutan itu juga turut dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.144169 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list