View: 4973|Reply: 8
|
Tiada Alasan Tinggal Sarapan Pagi Lagi, Roti Omelette Senang Je Nak Buat
[Copy link]
|
|
Bagi mereka yang mempunyai rutin harian yang sibuk, kadangkala nak bersarapan pun tak sempat. Walhal sarapan pagi sangat penting sebelum memulakan hari.
Kali ini kami nak berkongsi resipi sarapan pagi, Roti Omelette yang mudah untuk disediakan.
Anda boleh menyediakan bahan-bahan yang perlu sehari sebelum kemudian pada keesokan paginya, campakkan saja dalam kuali mengikut arahan di bawah ini!
Bahan-bahan
1/2 cawan bawang Holland, dipotong dadu
1/3 cawan lada benggala, dipotong dadu
1/3 cawan kepingan ayam, dipotong dadu
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 biji telur
2 sudu besar susu
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 kepingan roti (roti tebal lebih sesuai)
3 sudu besar parutan parmesan
Cara penyediaan:
1. Campurkan potongan kepingan ayam dan sayuran bersama garam dan lada hitam.
2. Masak campuran tadi dengan menggunakan minyak zaitun.
3. Tepikan dan dengan menggunakan kuali yang sama, letak mentega. Kacau telur dan susu dan letakkan bahan perasa kemudian potong tengah-tengah bahagian roti.
4. Letakkan ‘bingkai’ roti dalam kuali kemudian dengan menggunakan sudu, letakkan bahan campuran sayuran dan ayam di tengah-tengah roti.
5. Sekarang letakkan pula telur yang telah dipukul bersama parutan keju. Gunakan spatula atau senduk untuk meratakan bahan kemudian setelah 3 minit letakkan bahagian tengah roti tadi di atasnya.
6. Terbalikkan roti dan tunggu lagi 3 minit hingga masak.
7. Sedia untuk dimakan!
Selamat mencuba! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ok nt nk try buat dgn bahan apa yg ada kat rmh ni |
|
|
|
|
|
|
|
uuu nampak sedap leh try |
|
|
|
|
|
|
|
Sudahnya grab roti gardenia tu je nanti kan? Weekdays mana lah tak berkejaran. |
|
|
|
|
|
|
|
sempat ke nak masak ayam tu.. dah lah sibuk.. kosser tul menu ne.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|