View: 2795|Reply: 1
|
Luar Biasa, 6 Destinasi Percutian Unik Wajib Dikunjungi Pada Cuti Sekolah Nanti!
[Copy link]
|
|
Musim cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Sudahkah anda menemukan destinasi untuk membawa keluarga tersayang mencuci mata?
Foto: Giphy
Nah, ini antara enam lokasi percutian dalam dan luar negara yang wajib berada dalam ‘wishlist’ anda. Hotel dan resort unik ini pasti membuatkan percutian anda menjadi momen terindah!
1. Dash box hotel, Cyberjaya
Mahukan hotel berkonsepkan urban dan ala hipster? Terletak di Cyberjaya, Hotel Dash Box ini menawarkan tempat penginapan unik dan luar biasa. Terdapat dua jenis bilik yang ditawarkan iaitu jenis Studio dan Kabin. Pengikut media sosial anda pasti kagum melihat keunikan hotel ini.
Foto: Dash-Hotel Website
2. Eagle Ranch Resort, PD Negeri Sembilan.
Yang ini pula berkonsepkan Wild Wild West dan Red Indian. Anda dan keluarga sukakan aktivit ‘outdoor’ ya? Boleh ke resort ini kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya, memanah, berkuda, go kart, berbasikal, dan team building. Boleh pilih antara Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/Lower sebagai tempat bermalam anda.
Foto: Eagle Ranch Website
3. Hobbit House, Baan Suan Noi, Thailand
Sudah habis kelilingi Malaysia? Anda boleh ke negara jiran, Thailand untuk merasai keunikan resort berkonsepkan habitat ‘hobbit’ adaptasi filem Lord of the Rings. The Hobbit House ini menawarkan beberapa jenis bilik yang mempunyai tema berbeza iaitu Little Hole, Little Cave, Bagshot House, Dragon Inn dan Dale City. Di sini juga disediakan Cosplay Hut untuk anda memperagakan kostum kegemaran.
Foto: Tripzilla
4. Primo Piazza, Thailand
Thailand cukup terkenal dengan kreativiti mereka. Di Primo Piazza, anda akan dapat menikmati percutian bersma biri-biri, alpaca dan keldai! Haiwan ini ‘diterbangkan’ khas dari Australia dan merupakan tarikan utama resort ini. Pemandangan indah dengan kehadiran haiwan comel ini pasti melengkapkan percutian anda!
Foto: smartliving
5. Hang Nga Guesthouse, Filipina
Puas menikmati keunikan Thailand, jom ke Filipina pula. Hang Nga Guesthouse yang terletak di Dalat merupakan penginapan unik dan sangat popular dikalangan penduduk Filipina. Ia direkabentuk oleh arkitek Vietnam inspirasi daripada rekaan arkitek Sepanyol, Gaudi. Bangunan asalnya adalah berujuan mempamerkan bentuk sepohon pokok yang mempunyai gua dan arca cendawan serta haiwan. Ya, anda boleh menginap di sini dengan bayaran yang berpatutan.
Foto: puretravel
6. Topas Eco Lodge, Sapa Filipina
Dari Hanoi, anda boleh ke kawasan pergunungan Sapa untuk menginap di Topas Eco Lodge. Di sini, anda akan merasai keindahan saujana mata memandang, hamparan sawah padi dan perkmpungan kecil berdepan penginapan. Anda juga boleh melakukan aktiviti memanjat gunung, berenang di sungai kecil dan berkenalan dengan penduduk setempat. Tema eko yang diperkenalkan memerlukan anda berasimiliasi dengan alam semulajadi dan komuniti di sekitarnya.
Foto: Topasecolodge
Tunggu apa lagi? Catit cepat dalam wishlist anda! Semoga percutian kali ini lebih indah dan berbaloi. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|