View: 3492|Reply: 9
|
Taiwan - Rahsia Besar Tersembunyi Di Asia. Jom Tengok Apa Yang Ada Di Sini..
[Copy link]
|
|
Taiwan, bila disebut mungkin namanya tidak asing namun bagaimana pula di kalangan para pelancong?
Ia bukanlah pilihan ramai pengunjung berbanding negara Asia lain, maklumlah dengan keadaan pulaunya yang agak kecil menyukarkan pelancong memanjangkan langkah - namun ia tetap cantik hingga digelar Formosa (pulau cantik).
Ada satu lagi gelaran iaitu Rahsia Terulung Yang Terselindung di Asia oleh National Geographic Traveler membuatkan ia menjadi dambaan para jurugambar bebas untuk merakamkan keindahan alam.
Menerusi lensa jurugambar bebas, Andrew, ada 8 lokasi cantik yang seharusnya dipotretkan sebagai catitan hebat Taiwan.
1) Laomei Coastal Park
Batu-batu di tepi pantai ini dipengaruhi oleh lava yang datang dari lautan dalam. Kini ia adalah tarikan pelancong terutamanya musim luruh iaitu lumut memenuhi semua batuan di sana.
2) Xindian District, Taipei
Bandar yang sangat cantik pemandangannya dari atas dengan jambatan gantung merentasi sungai yang lebar.
3) Nanya Rock Formation
Struktur batuan yang sangat unik untuk dipotretkan. Ada 3 susunan batuan yang menjadi tumpuan kaki jalan. Yang seronoknya tiada sebarang yuran dikenakan.
4) Ming Chi Forest Park
Hutan dara yang masih terpelihara.
5) Baoduozi Coastal Park, Keelung
Pemandangan ombak yang sangat menakjubkan. Jika anda berada seharian di sini, pasti dapat melihat keajaibannya.
6) Bali District, New Taipei City
Bukan Bali di Indonesia ya, tapi di Taipei dan ia telah wujud lama sejak zaman Dinasti Qing.
7) Lensa Taipe dari kuil
Ia lawatan yang berbaloi kerana anda akan melihat Taipei secara keseluruhan dari sini.
Semua foto: carian internet
8) Penunggang basikal di Ximen
Sama ada penunggang basikal atau motosikal, pasti ada yang mencuit nilai kemanusiaan seperti foto ini.
Syurga jurugambar, tapi kita pun ada 'telefon pintar' yang gambarnya pun meletup juga kan? Jom ke Taipei. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru je beli tiket flight gi Taiwan utk travel bln 4 nnti .. last minit planning ..xde terpikir pun nk pg seblm ni .. so x smpt lg study nk gi mana2 .. harap2 semua urusan berjln lancar InsyaAllah .. dh baca ni lg x sabar nk pg 2{:sing |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik untuk share..
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh refer thread Taiwan banyak je forumer ada share info disitu |
|
|
|
|
|
|
|
i pun beli tp utk tahun depan
boleh usha2 klook, mcm ok gak twrn situ
|
|
|
|
|
|
|
|
syue86 replied at 12-3-2018 07:30 AM
i pun beli tp utk tahun depan
boleh usha2 klook, mcm ok gak twrn situ
Tq for the info .. mmg tgh study sket2 ni .. masa pun limited .. ada sebln je blk Msia sbb kakak n makcik ada majlis perkahwinan .. jdnya b4 blk sini tu yg amik kesempatan gi bercuti ke Taiwan ngn hubby .. sume last minit la kn .. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya coastel park tu u olss
|
|
|
|
|
|
|
| |
|