CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3571|Reply: 6

Ibu Bapa Harus Waspada Tanda Awal Penyakit Kawasaki Pada Anak

[Copy link]
Post time 21-3-2018 04:28 PM | Show all posts |Read mode




Ibu mana yang tidak susah hati dan rasa risau jika hampir 3 hari berturut-turut anak lelakinya, Caleb (6 tahun) demam disertai dengan ruam, kelesuan, sakit mulut, dan tidak berselera makan.


Pada awalnya, Annie Ingles tidak sangka anaknya itu menghidap penyakit Kawasaki, dan menganggapnya hanya demam biasa.

Selepas suaminya perasan titik-titik pelik yang penuh dengan air pada lidah anak mereka, Annie mula curiga. Mustahil demam biasa akan menyebabkan bintik-bintik air seperti itu.


Tanpa berfikir panjang, dia terus menelefon doktor pakar dan menghantar gambar lidah anaknya. Doktor memberitahu Caleb mungkin menghidap penyakit Kawasaki.

“Kami rasa sungguh lega kerana penyakit itu dapat dikesan dari awal untuk mengelak kerosakkan pada jantung,” kata Annie kepada theAsianparent.

Dia telah berkongsi pengalamannya di Facebook dengan harapan ceritanya boleh meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini.


Ibu bapa perlu tahu penyakit ini sangat berbahaya dan boleh memberi kesan seumur hidup jika tidak dirawat dari awal.


Ibu bapa mana yang tidak risau akan keadaan anaknya diluar jangkaan itu, oleh kerana mereka tidak mahu berteka teki akan penyakit anaknya itu, mereka membuat keputusan untuk menjalani ujian darah CBC (Complete blood count) and ujian gema 2D keesokkan harinya, dan keputusan ujian mengesahkan diagnosis awal doktor.

Caleb menghidap penyakit Kawasaki dan ianya masih boleh dirawat kerana ibu bapanya mengambil langkah lebih awal. Bayangkan jika ibu bapanya tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut, agaknya apa akan jadi.

Apakah penyakit Kawasaki?

Penyakit ini menjejaskan bahagian mulut, kulit, dan nodus limfatik. Punca penyakit ini tidak diketahui dan ia selalu menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Apabila gejala-gejalanya dikesan awal, kanak-kanak boleh pulih dengan cepat dan dalam hanya beberapa hari sahaja. Tapi kalau tidak dirawat sehingga 10 hari selepas mulanya gejala penyakit ini, jantung mereka boleh terjejas.

Komplikasi termasuklah keradangan saluran darah yang sangat membahayakan jika merebak ke arteri jantung. Bukan itu sahaja, ia juga boleh memberi kesan kepada corak denyutan jantung normal, seperti aritmia serta fungsi injap jantung yang tidak normal.


Bagaimana untuk mengetahui anak saya ada penyakit ini?

Doktor memberi contoh tindak balas badan terhadap keradangan ini adalah seperti tanda demam dan nodus limfatik yang bengkak.

Selepas keradangan itu reda, organ-organ badan akan kembali pulih kecuali jantung kanak-kanak itu.

Oleh sebab jantung kanak-kanak itu masih berdenyut dengan cepat, penyakit Kawasaki boleh menyerang arteri dan organ jantung.

Jika tidak dirawat, arteri akan menjadi radang dan boleh menyebabkan aneurisme dan serangan jantung apabila anak sudah dewasa nanti.

Tanda-tanda penyakit ini mengikut fasa

Fasa pertama adalah demam yang lebih lama dari 5 hari. Fasa ini boleh berlanjut sehingga 2 minggu. Caleb telah menunjukkan tanda awal, yang lebih dikenali sebagai “strawberry tongue” di mana rupa lidah kanak-kanak itu seperti buah strawberi.

Berikut adalah gejala lain yang ibu bapa perlu tahu, mata jadi merah, ruam pada dada, perut, dan alat kelamin, mulut kering dan berwarna merah ,sakit tekak, bengkak pada tapak tangan dan kaki (warna ungu kemerahan), nodus limfatik yang bengkak. Sebaik sahaja kanak-kanak memasuki fasa kedua penyakit ini, sebahagian besar tangan dan kaki mereka boleh mula mengupas.

Ini juga boleh disertai dengan cirit-birit, muntah-muntah, sakit sendi dan sakit perut.


Bagaimanakah penyakit Kawasaki boleh dirawat?

Ibu bapa perlu tahu penyakit ini terdapat 2 jenis —tipikal dan atipikal.


Penyakit Kawasaki tipikal menunjukkan semua gejala yang sama seperti jenis atipikal, kecuali satu tanda. Kes Caleb didiagnosis sebagai atipikal kerana demamnya tidak teruk dan dia tidak mengalami nodus limfatik yang bengkak. Rawatan perlu dijalankan tidak kurang dari 10 hari demam kanak-kanak itu mula, untuk mengelakkan kesan kepada jantung.

Cara rawatan:

Dos gamma globulin secara intravena
Dos tinggi Aspirin untuk mengurangkan komplikasi jantung
Caleb telah melakukan kedua-dua jenis rawatan dan rawatannya tidak murah kerana dos ubat dikira mengikut berat badan pesakit kanak-kanak.


Pengajaran selepas pengalaman penyakit ini?

Penyakit Kawasaki berbahaya apabila tidak dikesan awal dan dirawat. Ia boleh mendatangkan kesan seumur hidup apabila anak dewasa. Jangan pandang ringan tanda-tanda penyakit.

Pastikan doktor anda doktor yang berwibawa, teliti dan jenis yang akan mempertimbangkan semua kemungkinan. Yang paling penting, mereka mesti tahu cara bertindak cepat.

Jangan fikir penyakit in tidak mungkin melanda kanak-kanak yang anda kenal. Baca dan menimba ilmu untuk membantu anda. Sediakan wang yang cukup kerana proses rawatan akan memerlukan banyak wang dan mengambil masa yang lama.

Tiada soalan kerisauan yang tidak munasabah. Oleh itu, jangan teragak-agak untuk bawa anak jumpa pakar kerana pengesanan awal adalah penting.

Sumber: ph.theasianparent.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawasaki tu sama.x dengan coxsackie b?
Dulu kan kecoh pasal sakit ni di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 07:28 PM | Show all posts
shernazz replied at 21-3-2018 05:29 PM
Kawasaki tu sama.x dengan coxsackie b?
Dulu kan kecoh pasal sakit ni di malaysia

tak sama shernazz.
kawasaki ni bila ada infection eg viral ke entahla, selalunya kita tak ketahui pathogennya apa.. lalu badan kita pon cuba lawan.. tetapi terbuat pulak antibodies melalwan komponen badan diri sendiri.. antibodies sebegini dipanggil autoantibodies; penyakit sebegini dikalsifikasi sebagai autoimmune disease.
biasanya ok je, self-limiting je, dan cepat je smebuh.. tapi dia ade chronic sequelae, dan yg canggih nye ialah coronary artery tu boleh membengkak..really, ini sgt lah rare dan tak belaku pada byk disease lain dimana coronary artery tu membengkak.

tongue tu org panggil strawberry tongue.. mcm kulit strawberry
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-3-2018 07:28 PM
tak sama shernazz.
kawasaki ni bila ada infection eg viral ke entahla, selalunya kita tak ketahui ...

Means kawasaki disease ni sangat rare ke?
Takut juga kan bila.kita htr anak.ke taska..
Takut tgk lidah tu...eee...
Kena kat tangan pun kita dh geli...huhu
Teruk benor baca akibat dari penyakit ini kan...
Chronic sequel.ni maknanya akan jadi lagi infection yang sama? Atau lagi teruk?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:26 PM | Show all posts
Edited by ipes2 at 22-3-2018 01:52 AM
shernazz replied at 21-3-2018 08:15 PM
Means kawasaki disease ni sangat rare ke?
Takut juga kan bila.kita htr anak.ke taska..
Takut tgk ...

no, ia tidak dianggap rare. common jugak, tetapi sequelae nye maybe tak teruk atau tak diketahui, jadi org ingat anak dia kena demam biasa aje; padahal sequelae yg lainnya dan yg serious menunggu di masa depan. cuma kita ibu bapa kena berjaga2 esp sebagai Asians kerana ia commoner in Asians. Jika anak2 kita dapat high fever yg tak turun2 dan ada lymphnodes ada rash etc, eloklah bawak jumpa docs cepat2 supaya dapat good teratment; demam ini mungkin hanya dari virus sahaja tapi jika badan tersilap tanggap dan buat Auto-ab tadi, maka boleh lah anak kita dimasa depan dapat complications nyer.

Apa2 pun, jika anak kita dapat high fever, Lymph nodes bengkak dan dapat rash lagi, semua parents rasanya akan bergegas ke hosp sebb ini semua petanda tak elok..kot2 meningitis etc etc

no tkade specific tests yg boleh di lakukan utk diagnoses kawasaki ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-3-2018 08:26 PM
no, ia tidak dianggap rare. common jugak, tetapi sequelae nye maybe tak teruk atau tak diketahui.  ...

Oo begitu
Biasanya.anak.anak.saya kalau demam 3 hari je saya trus ke hospital je..senang...
Anak.saya sorang asthma.ni lagi la..kalau batuk tu..susah.btol nak.elok...
Kena.aware sakit sakit ni sebab depa ni dah sekolah..mcm mcm penyakit ada..anti vax pun ada...risau laa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2018 01:56 AM | Show all posts
shernazz replied at 21-3-2018 08:39 PM
Oo begitu
Biasanya.anak.anak.saya kalau demam 3 hari je saya trus ke hospital je..senang...
Anak ...

ya shernazz, demam je bawak spital tau.(eh baca balik apa yg sy tulis kat atas sbb sy terlupa satu ayat..sy dah tambah)


eh yg asthma tu make sure lah dia dpt proper treatment
apa yg jadi pada mereka ialah depa batuk mlm2
jadi depa takleh good rest (depa tak sedar pun)
jadi kat skolah mereka takleh concentrate, takleh fokus, jadi nagntuk..
dan kebanyakan mereka akan dapat (nauzubillah) poor grades
dan depa, parents jugak cikgu tak tahu kenapa
sebab itu di sini depa maximum kat treatment jika budak tu di skolah rendah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062960 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list