CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5239|Reply: 4

DROP THE BEAT [NTV7]

[Copy link]
Post time 24-3-2018 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 18-4-2018 07:15 AM

Tengah tengok..Best pulak..tak penah tekan ntv7...tv8 tu lagi la..xtau masih wujud ke x..

Rindu tengok gameshow mcm ni.nk lyn astro channel je penat..boring

Drop The Beat adalah rancangan game show lip sync terbitan Media Prima di tahun 2018.Ianya dikendalikan oleh Sherry Al Hadad dan Dennis Yin dan juri tetapnya adalah Nabila Huda.Ianya bersiaran bermula 10 Mac 2018 di NTV7 pada jam 8.30 malam.Rancangan yang bersiaran setiap sabtu ini menampilkan 24 selebriti Malaysia .Mereka akan menyahut cabaran persembahan lip sync dan merebut gelaran juara dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Selama 10 episod, penonton akan dihiburkan dengan persembahan lip sync bertema dari 24 artis popular antaranya Saharul Ridzwan, Elfira Loy, Izzue Islam, Hafidz Roshdi, Erwin Dawson, Shah Iskandar, Lia Natalia, Azrel Ismail, Mark Adam, Iswan Ismail, Azira Shafinaz, Elly Mazlein, Kilafairy, Eyka Farhana, Nadia Aqilah, Naim Daniel, Gambit Saifullah, Nonny Nadirah, Fezrul Khan, Shiqin Kamal, Sweet Qismina, Balqis Mentor, Harris Alif dan Ainul Aishah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mc dia pon best..sherry ngn cina tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dok layan gak rancangan ni. Ok juga la game dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 12:30 PM | Show all posts
kan best.. tp mlm td xde weiii sb ade manifesto tu .. frust iolsss
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 07:15 AM | Show all posts
SUMBER WIKI

Drop The Beat dibahagikan kepada tiga pusingan iaitu pusingan kelayakan, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. Menerusi pusingan kelayakan, hanya enam pemenang akan dipilih ke peringkat separuh akhir. Namun contender yang tidak berjaya melepasi pusingan kelayakan, masih berpeluang untuk ke separuh akhir menerusi pusingan Second Chance. Di pusingan separuh akhir, hanya lapancontender akan bertanding untuk merebut empat tempat di pusingan akhir di mana hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi dijadikan taruhan.
Naib Juara juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000 manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Menerusi pusingan kelayakan (Episod 1 – Episod 6), empat contender akan diberikan dua cabaran iaituLip Sync Mengikut Tema dan Lip Sync Spontan. Mereka juga akan bersaing dalam pusingan Game di mana beberapa cabaran akan diberikan dalam pusingan ini antaranya Humming Challenge, Bisik-Bisik, Lirik Dalam lagu, Translate Lagu ini, Go-Stan lagu, Certeka dan banyak lagi. Satu peserta yang mendapat markah tertinggi daripada juri akan mara ke pusingan separuh akhir.
Pusingan Second Chance pula bakal menyaksikan contender yang tidak berjaya di pusingan kelayakan diberikan peluang kedua untuk beraksi bagi merebut dua tempat ke peringkat separuh akhir.

Pada pusingan separuh akhir (Episod 8 dan 9), empat contender akan bersaing pada setiap episod dan perlu melalui tiga cabaran iaitu Lip Sync Mengikut Tema, Sudden Death dan Lip Sync Spontan.
Pentas Akhir Drop The Beat pula akan menyaksikan empat contender membuat persembahan menerusi Lip Sync Mengikut Tema (Duet) di mana contender dibenarkan membawa rakan selebriti ke pentas untuk membantu persembahan mereka dan menerusi pusingan Lip Sync Solo. Contender juga akan diberikan peluang untuk mendapatkan markah tambahan dalam pusingan Game.

Penonton pastinya akan terhibur dengan aksi bersahaja selebriti-selebriti kesayangan mereka membawakan tema-tema yang dipersembahkan dalam Drop The Beat. Antara tema yang akan dipersembahkan ialah Kpop, Era Hitam Putih, Rock, Music Icon, Dance Dance Dance, Wayang Lebih, Hip Hop, Bollywood, dan Irama Malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060544 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list