Jawab :
Masalah tidak mendapat zuriat adalah termasuk katogeri penyakit. Maka setiap penyakit ada ubatnya sekalipun masih belum diketahui ubatnya.
Daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah saw besabda :
لكل داء دواء, فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله
“Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila berbetulan rawatan dengan penyakit akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah.” (Hadith Muslim)
Berkait penggunaaan rawatan persenyawaan di luar rahim bagi pasangan yang inginkan anak maka bergantung kepada cara dan qaedah rawatan itu sendiri.
Jika cara yang dibenarkan syarak maka harus hukumnya.
Antara cara yang harus ialah mencantumkan benih dari suami dengan benih dari isterinya yang sah di dalam makmal kemudian dimasukkan kembali ke dalam rahim isterinya itu.
Atau disuntik benih suami dengan menggunakan peralatan ke dalam rahim isterinya yang sah.
Kedua-dua cara di atas adalah harus dan halal.
Maka anak yang lahir dari kedua cara di atas adalah anak yang sah dan saling mempusakai harta apabila berlaku kematian.
Tetapi jika menggunakan qaedah atau cara yang haram maka hukumnya adalah haram.
Antara cara yang diharamkan syarak ialah benih suami yang dicantum dengan benih isterinya yang sah tetapi dibiakkan di dalam rahim perempuan yang bukan isterinya. Maka cara ini adalah haram dan tidak sah dan anak yang lahir adalah anak yang tidak sah dan tidak mempusakai harta apabila berlaku kematian.
Dari Hashim bin Malik r.a. Rasulullah saw bersabda :
مامن ذنب بعد الشرك أعظم عند الله من نطفة وضعها رجل فى رحم لايحل له
“Tidak ada dosa selepas dosa syirik yang lebih besar di sisi Allah daripada dosa seorang lelaki yang meletakkan benihnya pada rahim yang tidak halal baginya.” (Hadith Ibnu Abi Dunya)
Wallahua'lam
+ Ustaz Azhar Idrus ( Original )
#ohislam