View: 2225|Reply: 7
|
Pengetua Sempoi, Siap Tunggu Pelajar Di Sekolah Ketika Cuti Umum PRU14
[Copy link]
|
|
Sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan (PH) berjanji akan memberikan cuti umum sebanyak dua hari sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Jadi, seperti yang dijanjikan, rakyat Malaysia diberikan cuti tambahan pada 10 hingga 11 Mei ini selepas PH diberi mandat untuk membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak tahu atau mungkin keliru tentang cuti umum yang telah diuar-uarkan. Seorang pengguna twitter, Rizal Sadiman menaikkan status tentang beberapa orang pelajar di sekolahnya yang telah datang ke sekolah seperti biasa. Yang menariknya, guru besar sekolahnya juga datang ke sekolah kerana risau sekiranya ada dalam kalangan pelajarnya yang ke sekolah pada cuti umum tersebut dan bermurah hati memberi duit ‘raya’ atas kerajinan mereka.
Netizen memuji tindakan guru besar sekolah itu yang sangat prihatin tentang para pelajarnya. Ada komen yang mengatakan ia patut dicontohi oleh guru-guru lain.
Netizen yang sudah tamat sekolah juga merindukan zaman persekolahan mereka. Malah, ada juga netizen berseloroh mahu ke sekolah pada cuti umum jika mereka juga boleh mendapat duit ‘raya’ seperti pelajar sekolah tersebut.
Memang seronok jika mempunyai guru yang mesra dengan para pelajar. Apa-apa pun, kalian yang masih bersekolah itu datanglah ke sekolah kerana ikhlas untuk belajar dan menghormati guru kalian. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu laki mmg kebanyakannya sempoi
|
|
|
|
|
|
|
|
jujur bdk2 ni
mmg aku jupe ada kalangan bdk2, yg rumahnya serba kkurangan, walaupun tv ada, tapi tk buka, tkde smatpon, cuma hanya rumah aja.
mak ayah letih, tido awal,
so anak pn sama sebab sangka esok skolah
bukan takat jujur, pastinya bdk2 ni anak yg baik, bakal jadi menantu yg baik gak ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tau sekolah lain macam mana tapi sekolah anak aku setiap hari akan ada sorang atau lebih cikgu/guru besar akan tunggu murid datang sekolah. semua murid yang masuk sekolah akan bersalam dulu dengan cikgu.
aku juga kagum dengan cikgu & murid bangsa lain (selain melayu) yang dah biasa dengan bersalam sambil cium tangan/tundukkan sedikit badan. |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok dapat baca cerita sebegini baru hubungan guru dan murid jadi baik |
|
|
|
|
|
|
|
waaa....terharu nya
baiknyaaa cikgu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|