|
Ramadhan kareem - Allahu akram - himpunan artikel and infografik Mufti untuk ra
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 5-5-2019 06:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia
Puasa Lemahkan Nafsu Haiwaniah
Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad May 6, 2019
sumber pautan asal :
http://www.ikim.gov.my/index.php ... an-nafsu-haiwaniah/
Alhamdulillah kita bertemu lagi bulan Ramadan, bulan mulia dan bulan rahmat. Bulan yang sepatutnya menjadi bulan latihan meningkatkan keimananan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, sesuai dengan tujuan berpuasa itu “semoga dengan itu kamu menjadi orang yang bertaqwa” (Al-Baqarah”:183).
Persoalannya: bertaqwakah kita setelah berpuluh tahun menjalani ibadah puasa? Kenapa keimanan dan ketaqwaan kita masih di takuk lama? Banyak sebabnya, namun antaranya adalah kerana kita berpuasa ikut-ikutan, berpuasa kerana memang telah datang bulan Ramadan, dan semua orang berpuasa lalu kita pun terpaksa ikut sama berpuasa.
Sikap sebegini tidak akan memberi bekas kepada keimanan dan ketaqwaan kita kerana ia bukan terbit daripada ketundukan ubudiyyah dan ketaatan kita kepada Allah SWT, tetapi kerana persekitaran adat dan budaya. Orang beginilah yang Baginda SAW bersabda: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang bangun malam (Qiyam) tidak mendapat apa-apa daripada Qiyamnya melainkan kepenatan berjaga malam” [Ibn Majah: 1690]. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk ibadah puasa memberi bekas kepada meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, ianya perlu bermula dengan kesedaran bahawa matlamat puasa itu ialah untuk mencapai taqwa kepada Allah SWT, bukan semata-mata untuk berlapar atau dahaga. Tiada apa manfaat yang Allah SWT peroleh dengan membebankan kita agar meninggalkan makan dan minum. Perintah itu memberi kita kesempatan dan peluang untuk fokus, merenung, muhasabah dan refleksi diri seterusnya membuat lonjakan transformasi diri agar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah SWT dengan sisa umur yang berbaki.
Ianya seumpama kakitangan yang dihantar untuk menjalani bengkel atau kursus pendek di suatu tempat agar selepas itu kembali dengan lebih bermotivasi, semangat dan menjadi pekerja yang cekap dan cemerlang. Oleh kerana itulah Ramadan juga sering disebut sebagai suatu “madrasah” atau tempat latihan, sekolah, bengkel yang bertujuan mendidik dan melatih tubi bagi memantapkan lagi keimanan seseorang dan mentransformasi diri menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya, jika pun tidak dapat mencapai tahap taqwā sepenunya. Namun, masih ada yang gagal walaupun menginsafi tujuan dan matlamat Ramadan itu sendiri, kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab lain ialah kerana ramai yang tidak mengerti bagaimana jiwa manusia itu berfungsi. Manusia ini tercipta daripada unsur roh dan jasad. Jasad hanyalah kenderaan bagi roh. Apabila roh berada dalam jasad, roh mengemudi jasad dan mengarahkan jasad mengikut kemahuannya. Roh itu pula dibekalkan dengan dua kekuatan: kekuatan rasional dan kekuatan kehaiwanan. Kekuatan rasional akal ini berfungsi menerima ilmu, membuat pertimbangan baik dan buruk, manakala kekuatan kehaiwanan dalam diri manusia pula atau mudahnya dipanggil “nafsu” berfungsi untuk membantu kehidupan manusia di atas mukabumi ini.
Tanpa nafsu, manusia tidak akan membiak, tiada aktiviti, dan alam ini tidak akan dapat ditadbir seperti sepatutnya kerana aktiviti duniawi manusia banyak didorong oleh nafsu. Namun, nafsu tersebut hendaklah nafsu yang dikawal oleh kekuatan rasional akal baharulah alam ini ditadbir sepertimana yang dikehendaki oleh Pencipta Alam. Jika tidak ianya akan ditadbir mengikut hawa nafsu dan nescaya akan berlaku banyak kerosakan di atas muka bumi ini. Apa kaitan hal ini dengan puasa?
Matlamat sebenar puasa ialah untuk melemahkan kekuatan nafsu dan menguatkan kekuatan rasional akal kerana apabila kekuatan nafsu dapat dikawal, baharulah insan itu menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa kepadaNya. Sifat nafsu manusia adalah bersifat “kehaiwanan” dalam erti kata lain mempunyai persamaan dengan apa yang dilakukan dan disukai oleh haiwan. Antara perlakuan haiwan yang kita berkongsi ialah seperti suka hubungan kelamin, makan minum, bergaduh, dan banyak lagi. Jika diperhatikan sepanjang bulan Ramadan, kekuatan haiwan inilah yang kita diminta untuk mengawal manakala kekuatan rasional akal seperti membaca al-Qur’an, berzikir, Solat Terawih digalakkan untuk diperkuat dan dimantapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita faham bahawa semangat berpuasa di bulan Ramadan itu ialah untuk melemahkan kekuatan hawa nafsu kebinatangan yang bersarang dalam diri kita, dan menguatkan kekuatan rasional akal maka kita sudah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan ini. Sebab itu kurang berkesan bagi orang yang berpuasa di siang hari, tetapi apabila tiba masa berbuka dia makan seolah-olah mengumpulkan tiga waktu makan: makan pagi, tengahari dan malam yang sebelum ini dia terlepas. Dengan berbuat begitu, dia sebenarnya telah menguatkan kembali nafsu yang sudah lemah di siang hari dan apa yang dilalui di siang hari hanya memberi bekas yang sedikit sahaja kepada transformasi rohani dan pembinaan karakter peribadinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam diri manusia itu akan sentiasa wujud pertentangan antara dua kekuatan ini, kekuatan rasional akal dan kekuatan nafsu haiwaniah. Untuk menjadi seorang mukmin sejati dan insan bertaqwa maka kekuatan nafsu haiwaniah itu perlu ditundukkan di bawah kekuatan rasional akal. Selama diri terbelenggu dengan kekuatan nafsu yang tidak terkawal, maka selama itu dia tidak akan mampu menjadi insan yang sebenar, yang bertaqwa kepada Allah. Insan yang menurut hawa nafsu ini bukan saja berperangai seperti haiwan, bahkan lebih teruk dan sesat lagi seperti mana Firman Allah SWT, mafhumnya:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Al-A’raaf : 179] |
|
|
|
|
|
|
|
Ucapan yang tepat adalah Ramadan Mubarak sister |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya ramadhan dah hampir tamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|