KUALA LUMPUR 10 Julai - Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama yang baharu menggantikan Laksamana Madya Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany berkuat kuasa hari ini.
Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini dengan disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Syed Zahiruddin Putra sebelum ini menyandang jawatan sebagai Panglima Armada Timur sejak 27 April 2017 manakala Mohd. Reza telah memegang jawatan Panglima Angkatan Bersama Ke-10 mulai 30 November 2017. - UTUSAN ONLINE.
|