View: 3958|Reply: 2
|
Penangan Pais Tempoyak Ikan Kembung, Sampai Tambah Nasi Berulang Kali
[Copy link]
|
|
p.p1 {margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; font: 12.0px Helvetica; color: #454545} p.p2 {margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; font: 12.0px Helvetica; color: #454545; novalue: 14.0px} Nampak je gambar ni air liur terus meleleh. Tunggu apa lagi jom cuba buat Pais Tempoyak Ikan Kembung.
Foto:Facebook
Bahan-bahan:
Ikan kembung ( boleh juga guna ikan patin tau ikan talapia)
Tempoyak
Garam & perasa
Bunga kantan (dihiris)
Daun kunyit (dihiris)
Petai (ikut suka nak tambah atau tidak)
Bahan Tumbuk/Kisar :-
Cili api
Kunyit hidup
Foto: Facebook
Cara-cara:
1)Masukkan cili api mengikut citarasa di dalam mesin pengisar beserta kunyit.
2)Gaulkan tempoyak beserta bahan kisar tadi.
3)Tambahkan sedikit air. Kemudian gaulkan sebati.
4)Masukkan daun kunyit dan bunga kantan yang telah dihiris beserta garam secukup rasa.
5)Taburkan garam di atas ikan.
6)Lumurkan campuran tempoyak tadi di atas ikan. Jangan lupa lumurkan juga campuran tempoyak di dalam bahagian ikan.
7)Balut ikan menggunakan daun pisang dan panggang di atas api sederhana sehingga masak.
Makan bersama nasi panas, pasti anda akan bertambah-tambah nasi! -CARI
Kredit : Ibu Resepi |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnyer.. nak cuba masak la |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|