CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2349|Reply: 9

“Dulu hanya mampu naik motor je! Percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli k

[Copy link]
Post time 19-9-2018 03:21 PM | Show all posts |Read mode




“Dulu hanya mampu naik motor je! Percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli kereta..” Begitulah perkongsian oleh penyanyi, Taleeb Mizad apabila menjalani kehidupan rumah tangga dengan kecekalan dan kegigihan setelah bernikah dengan isterinya, Juliana Nazarudin sejak lima tahun lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 29 tahun itu berkongsi sebuah posting tweet berunsurkan nasihat dan pengajaran bagi pasangan suami isteri di luar sana.




“Orang sekarang lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti. Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bagi mereka yang berkahwin.



“Yakin dengan janji Allah. Ramai yang yakin dengan janji Allah tapi lupa tentang bab usaha & tawakal. Semua kata nak kahwin nak elak maksiat, elak fitnah, yakin dengan janji Allah..

“Tapi dimana usaha & tanggungjawab? Niat yang baik pasti betul tapi Allah takkan ubah nasib kita melainkan dengan mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka.


“Ramai yang kata ‘bila kau kahwin rezeki kau makin kurang. Makin tak famous & makin tak laku’. Tapi bro, rezeki datang dalam pelbagai bentuk, selagi kita bersyukur Allah akan temukan kita rezeki dalam macam2 cara,” tulisnya




Walaupun tweet tersebut dimuat naik pada April lalu, namun ia sekadar berkongsi serta mengingatkan semula bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang mudah.

“Ini tweet abang yang lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita.

“Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dengan dugaan & ujian yang Allah beri, jangan cepat melatah dengan dugaan. Allah uji hambaNya yang beriman untuk tingkatkan taqwa pada Allah,” tambahnya.




Taleeb dan isteri berkahwin pada 22 Jun 2013 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla.



Sumber : Taleeb Mizad



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 03:28 PM | Show all posts
isi lain kisah lain... pjg lebar kisah psl lain, tapi tajuk psl beli kereta. lahai.

lps tu ajet2 bagus je ayat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 03:37 PM | Show all posts
Shaklee? What?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Memangler lepas kahwin makin ok.. kan gaji makin naik, umur meningkat.. gaji kongsi.. koserrrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 04:26 PM | Show all posts
end up suruh pm tepi jadi ejen shaklee
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 04:47 PM | Show all posts
poyo...sssss....
xyah nak up sgt la dlm socmed setakat kehidupan yg almost 99% sama ja dgn org lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2018 04:52 PM | Show all posts
Ada je orang single, 5 tahun dulu naik public transport je. Dalam 5 tahun pendapatan bertambah sebab gaji naik etc, dapat gak beli kereta.

Nak iklankan shaklee lettew.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 07:45 AM | Show all posts
apa yg pelik nya ramai jerk org macm ni
x perlu nak tunggu kawin pun ada, boleh jerk pelan2 pastu beli kreta..
tu pun nak sembang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 08:34 AM | Show all posts
patutnya beli rumah dulu baru ok
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:13 AM | Show all posts
oh ingat kereta turun dari langit tanpa perlu buat apa apa..

kalau berusaha jualan itu ini logik lah ada rezeki. again kalau single bujang terlajak andartu pun kalau berusaha juga...  pun boleh beli kereta ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.090751 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list