|
Reply #20 Bell's post
Betul apa yang ko tulis tu. Konsep dua2 turbo dgn NOS memang sama, cuma pendekatan dier yang berbeza. Turbo membawa masuk lebih oksigen dengan memaksa masuk udara termampat ke dalam enjin. NOS lak membawa masuk lebih oksigen dengan menambah ketepuan oksigen tu sendiri. Kalau oksigen dalam udara biasa cuma ada ketepuan oksigen maksimum 21%, bila NOS terurai akan membebaskan gas oksigen dan menaikkan tahap ketepuan oksigen ke 33%. Kalau nak lagi giler nyer, ko bleh try la gantikan tong NOS dgn tong oksigen, tapi serta-merta enjin akan barai walaupun enjin paling power sekalipun, sebab ketepuan oksigen dalam tong oksigen tu dah memang hampir 100% laa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|