CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2139|Reply: 3

Harga Getah 80 Sen Sekilo, Penoreh Nak Hidup Camna?

[Copy link]
Post time 11-10-2018 11:34 AM | Show all posts |Read mode





Di sebalik kekecohan 20,000 pekerja Gamuda yang akan kehilangan kerja, kita juga tidak harus melupakan orang kampung yang bersengkang mata untuk mencari rezeki. Golongan penoreh getah yang menghadapi kekusutan kerana harga komoditi getah jatuh merundum hingga 80 sen sekilo ini perlu diberi perhatian.


Memandangkan harga getah tidak stabil (kini dibawah paras RM2 sekilo), penoreh getah yang majoritinya adalah orang tua dan cuma mengambil upah menoreh akan mempunyai pendapatan kira-kira RM450 sebulan (sumber Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputra Malaysia-PUGBM).


Hal ini membuatkan netizen menyeru kerajaan dan orang ramai untuk lebih peka dengan nasib golongan ini.




Kredit foto: Twitter




Biarpun ada desakan daripada Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) supaya kerajaan menetapkan harga lantai sebanyak RM4 sekilogram, namun ia dianggap sukar dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, ramai penoreh membuat kerja sampingan seperti mengambil upah menebas dan meracun kebun, tetapi ia masih tidak mencukupi, apatah lagi dengan musim hujan yang menyukarkan mereka membuat kerja.















Carian Internet




Menurut netizen, hal ini adalah sangat menyusahkan golongan penoreh getah, apatah lagi hanya itulah sumber pendapatan mereka. Ada juga yang menyatakan harga pasaran sebenar lebih mahal, jadi 80 sen itu sekadar upah kepada penoreh manakala selebihnya adalah hak milik 'orang tengah'.










"Dengar cerita kilang getah di kawasan kampung dan felda dah banyak ditutup dan buang pekerja. Sebabnya... dah tak boleh nak support kos. Sedih."



Ya. Itu kisah sedih mereka. Apatah lagi apabila hasil jualan getah tersebut perlu dibahagi dua antara penoreh dan tuan pokok. Memandangkan tuan pokok perlu membeli baja dan lain-lain membuatkan tiada hasil yang diperolehi.


Ramai netizen menyeru pihak berwajib untuk bertindak bagi menyelamatkan situasi sebegini.










Carian Internet




Tidak hanya nasib penoreh getah, peladang kelapa sawit juga mengalami nasib sama kerana harga komoditinya semakin menurun setiap bulan. Walaupun ia bermain dengan harga pasaran, mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh pihak berwajib. Maklumlah kebanyakan penoreh dan petani ini adalah dari golongan berusia dan kerjanya juga bukan calang-calang penat. Semoga ada sesuatu yang lebih baik untuk mereka yang berbakti kepada tanah ini. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2018 02:44 PM | Show all posts
council of elders kan bijak pandai ekonomi
takkan takde idea langsung boleh tolong rakyot marhaen macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 09:18 AM | Show all posts
jangan risau semua
lepas najib masuk penjara mesti economy semua pulih
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2018 11:57 AM | Show all posts
mana pergi org2 yg berjuang utk golongan mcm ni masa zaman najib dulu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038044 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list