|
AL-KAFI #888: SIAPA YANG LEBIH LAYAK MENJADI IMAM?
DetailsUploaded by Muhammad Alfilfilany Published: 12 November 2018
pautan asal:http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2749-al-kafi-888-siapa-yang-lebih-layak-menjadi-imam
|
|
|
|
|
|
|
|
SOALAN
Saya ingin bertanya, siapakah yang lebih layak menjadi imam solat?
|
|
|
|
|
|
|
|
JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, isteri-isteri dan para sahabat seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.
Dalam menjawab persoalan ini, kami bawakan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud beliau berkata bahawa Nabi SAW berkata kepada kami:
يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانَتْ قِرَاءَتُهُمْ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا وَلاَ تَؤُمَّنَّ الرَّجُلَ فِي أَهْلِهِ وَلاَ فِي سُلْطَانِهِ وَلاَ تَجْلِسْ عَلَى تَكْرِمَتِهِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ أَنْ يَأْذَنَ لَكَ أَوْ بِإِذْنِهِ
Maksudnya: “Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.”
Riwayat Muslim (613)
Berdasarkan hadis ini para ulama mazhab al-Syafie telah pun menulis hal ini di dalam kitab-kitab mereka. Berikut merupakan susunan orang yang layak menjadi imam ketika ketiadaan imam khusus yang dilantik masjid menurut Ibn Naqib al-masri di dalam kitabnya Umdah al-Salik (128):
Yang paling faqih (iaitu yang paling mengetahui dan memahami) hukum-hakam syariah Islam, terutamanya perkara yang berkaitan solat seperti sah dan batalnya solat dan lain-lain.
Yang paling baik bacaan al-Quran
Yang paling warak (iaitu mereka yang menjauhi syubhah)
Yang paling awal berhijrah ke kerajaan islam madinah dan anak cucunya
Yang paling awal memeluk islam
Yang mulia nasabnya atau keturunan mengikut turutan bermula daripada bani hashim, bani muthalib, kemudian diikuti quraish, kemudian bangsa arab, diutamakan anak orang yang soleh dan alim daripada yang disebutkan dari nasab
Yang paling baik keperibadian
Yang paling bersih tubuh badan dan pakaian
Yang paling lunak suara
Yang paling baik penampilan
Kesimpulan
Oleh itu, sekiranya ketiadaan imam yang dilantik untuk sesebuah masjid atau surau tidak ada, maka boleh dipilih sesiapa yang mempunyai satu syarat daripada syarat-syarat di atas mengikut turutan. Kami tarjihkan mereka yang faqih berdasarkan mazhab al-Syafie hendaklah didahulukan kerana lebih mengetahui tentang keseluruhan solat daripada yang mmepunyai suara yang baik sahaja.
Semoga kita sentiasa diberi hidayah untuk mengikut syariat Islam. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
apakah maksud sebenar hadis nabi sebut dari kalangan org yg paling pandai bacaan quran...
apakah takrif sebenar baca?
jika kita lihat pd wahyu pertama turun surah al alaq - iqrak, bacalah, bacalah dgn nama tuhanmu yg menciptakan....
dgn nama tuhan - setengah ulama sufi mentafsir pd ilmu ismu zat , ilmu yg Allah ajarkan pd nabi adam as, dlm fahaman org skang adalah sifat 20...
zaman nabi dan sahabat maseh belm direkodkan baris tanda baca quran apatah lagi bab taranum semua tu dibelakang
bab YG TERBAIK BACAAN itu pd pendapat arifbillah - adalah yg paling memahami TADABUR TAKWIL PENGERTIAN FAHAM SEBENAR ALQURAN DR SEGI 7 TEBING KEFAHAMAN..ringkasnya PENGUASAAN ILMU QURAN... |
|
|
|
|
|
|
| |
|