|
AL-KAFI #919: MAKSUD NAMA ALLAH AL-AKHIR (الآخر)
DetailsUploaded by Admin PMWP Published: 24 November 2018
pautan asal:http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2803-al-kafi-maksud-nama-allah-al-akhir?fbclid=IwAR2mh3T85jrpZInF5-dTenFYocuBhb6_npFsxH9x4rlRANjF1T4WsF9WgnE
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan
Salah satu nama Allah iaitu al-Akhir (الآخر). Boleh terangkan dan syarahkan maknanya? |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Al-Akhir (الآخر) adalah berlawanan atau khilaf dengan yang terdahulu. Ada pendapat menyatakan Akhir (آخر) khilaf (berlawanan) yang pertama.
Dari segi syarak, telah sabit daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda:
أَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَىْءٌ
Maksudnya: “Engkaulah Yang Maha Terakhir tiada sesuatu pun setelah Engkau.”
Riwayat Muslim (7064), Abu Daud (5053),
Ibn Majah (3831), al-Tirmizi (3400)
Perkataan Akhir (آخر) mempunyai dua makna pada Syarak:
Tiada selepasnya sesuatu dan tiada kesudahan baginya dan bersifat kekal selepas binasa makhluk-Nya. Ibn Mandah berkata: Makna Akhir (آخر) iaitu yang akhir, yang sentiasa akhir selama-lamanya, kekal dan mewarisi setiap sesuatu dengan kekekalannya yang tiada berkesudahan. (Lihat Kitab al-Tauhid oleh Ibn Mandah, 2/82)
Kemuncak yang akan kembali kepada-Nya semua urusan makhluk. Ibn Qayyim berkata: Perkataan al-Akhir (الآخر) iaitu semuanya terhenti dan berakhir kepada-Nya sebagai puncak sama ada ibadah, iradah dan mahabbah. Tiada selain Allah sesuatu untuk diqasad, diibadat dan diabdikan. (Lihat Tariq al-Hijratain, 41)
Sebab dinamakan Allah sebagai al-Akhir (الآخر), yang bersifat kekal selama-lamanya kerana ‘ubudiyyah dan kehendak serta mahabbah makhluk hanya kepada Allah.
Justeru, wajib kita imani bahawa salah satu nama Allah, Akhir (آخر) yang Dia disifatkan dengan Akhiriyyah (آخرية) sepertimana yang telah kami bahaskan.
Kita yakin dengan nama-nama Allah dan disuruh untuk kita berdoa dengannya. Benarlah firman Allah SWT:
وَلِلَّـهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا
Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,
(Surah al-A’raf: 180)
Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita serta menjadikan daripada kalangan hamba-Nya yang bertaqwa. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah swt ini sebenarnya wujudNya tiada awal akhir...
yg ada awal tiada akhir adalah - nur Muhamad, makhluk bertaraf zat ketuhanan yg mana asal dr kejadian ini maka lahirlah penciptaan kursi arasy, surga, neraka, malaikat, jin , setan dll...
arashy ada 2 lapis mertabat - arashy yg ditawaf oleh malaikat di langit 7 di mana nabi ibrahim as bersandar - itu adalah arasy MAUJUD - wujud ruh pd manusia, pd alam ini...zahir batin..
arashy Allah itu kena belajar zat mutlak ghoibul ghuyub kepada bagaimana ia disebut nama Allah wajibal wujud...kena cari sanad wasilah mursid utk mengaji sifat 20 mertabat ketuhanan ini
selagi tiada baiah sanad mursid....tidak akan sampai kefahaman di peringkat ini...
|
|
|
|
|
|
|
|
janganlah tersalah faham pula akan maksud namanya al Awal - sptmana Dia menciptakan makhluk (muhadas) dr awal permulaan ada segala isi alam ini, bermulanya MASA...maka esoknya Dia juga akan mengakhirkan ciptaanNya - kiamat , kematian segala ciptaan makhluk...itulah sebatas pd nama yg di kata al Akhir...
sedangkan pada hakikat mertabat zatNya tiada awal akhir...
sedangkan sabda nabi saw, nama2 Allah itu 100 kurang 1, jadi dimanakah pelengkap yg 1 itu utk sempurna kefahaman pd asmaul husna ismu zat yg 100 ? maka pelengkap itulah yg akan memberi sudut cerah kejelasan segala nya, dr 99 asmaul husna - akan sampai pd sudut nama2 tuhan terdahulu baik pd kalam zabur 1000 nama, kalam taurat 1000 nama dan kalam injil 1000 nama...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|