Kemudian, Imam al-Syafi’e menangis dan mengalunkan sya’ir seperti berikut:
وَلَمّا قَسا قَلبي وَضاقَت مَذاهِبي جَعَلتُ الرَجا مِنّي لِعَفوِكَ سُلَّما
تَعاظَمَني ذَنبي فَلَمّا قَرَنتُهُ بِعَفوِكَ رَبّي كانَ عَفوُكَ أَعظَما
فَما زِلتَ ذا عَفوٍ عَنِ الذَنبِ لَم تَزَل تَجودُ وَتَعفو مِنَّةً وَتَكَرُّما
Tatkala kerasnya hatiku dan sempitnya jalan-jalanku
Aku jadikan harapanku untuk ampun-Mu sebagai tangga
Maka besarlah dosaku tapi tatkala aku bandingkannya
Dengan ampun-Mu Tuhanku, adalah ampun-Mu itu lebih besar
Maka sentiasalah Kamu ampunkan dosa
Dan sentiasalah-Mu Pemurah, Pengampun, kurniaan dan kemuliaan
Imam al-Syafie Rahimahullah meninggal dunia di Mesir pada hari Khamis, awal bulan Sya’ban tahun 204 H dalam usia sekitar 54 tahun. (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 10/76)
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi muridnya yang setia, iaitu Imam al-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi Rahimahullah. Beliau meninggal dunia di kediaman Abdullah bin Abdul Hakam dan meninggalkan wasiat terakhir kepada Abdullah bin Abdul Hakam.
Jenazah Imam al-Syafie dikebumikan pada hari Jumaat selepas Asar pada keesokan harinya. Anak-anak Abdul Hakam mengebumikannya di tanah perkuburan mereka, iaitu di sebelah Barat al-Khandak. Di sekelilingnya ialah kubur-kubur anak Zahrah. Yakut berkata: “Kuburnya sangat masyhur di sana sebagai dalil bagi kebenarannya.” |